Macam Mana Nak Hapus Katak


 

Tanya sesiapa sahaja apa pandangan mereka terhadap “katak” politik pasti jawapannya – benci, meluat, menyampah, jijik, geli ,loya dan banyak lagi yang menyimpulkan rasa tidak suka dan tidak senang.
Tanya saya itu juga jawapannya walaupun tidak dinafikan ada juga orang politik yang tukar parti atas dasar “prinsip”. Atau parti sudah menyeleweng dan lari daripada matlamat perjuangan asal.
Tetapi ramai yang tukar parti untuk mendapat habuan dan ganjaran. Jawatan tinggi umpamanya, terutama apabila tinggalkan parti lompat ke parti yang berkuasa. Politikus yang lompat parti untuk dapat untung. Lalu mereka digelar katak. Kerana katak memang melompat. Lompat si katak lompat.
Sebenarnya bagi saya, panggilan “katak” untuk golongan politikus seperti yang disebut tadi satu penghinaan bagi haiwan amfibia itu. Malah manusia harus berterima kasih kepada katak khususnya kerana memakan serangga termasuk lalat yang kerap menganggu hidup kita. Itu antara jasa katak kepada manusia.
Namun lain ceritanya dengan manusia bergelar katak. Tidak ada jasanya kepada kita. Lantas oleh kerana kemarahan ke atas politikus yang berpaling tadah dan lompat parti sekali gus mengkhianati mandat rakyat, istilah “katak” dianugerah untuk mereka. Saya setuju dan dalam konteks artikel ini bila disebut katak, ia bermakna katak politik.
Kata wartawan veteran Kadir Jasin sejak selepas PRU14 tiga tahun lalu, perbuatan melompat parti menjadi begitu berleluasa sehingga susah hendak dibezakan antara satu dengan lain.
“Macam katak lompat masuk kubang kerbau apabila dikejutkan. Ada macam-macam jenis katak dan cara melompat,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.
Menurut Kadir, ada lompat dari satu parti ke parti lain kerana dijanjikan ganjaran atau melihat katak katak yang terdahulu mendapat habuan lumayan setelah melompat – “tapi bawa parti keluar daripada pakatan setelah menang pilihanraya seperti yang dibuat oleh Mahiaddin Md Yasin terhadap Pakatan Harapan bukan sahaja lompat tapi konspirasi politik yang keji”.
Jelas Kadir bercakap mengenai Langkah Sheraton.
Sekarang dua bekas ADUN Umno Melaka yang jatuhkan kerajaan negeri jadi calon Pakatan Harapan. Justeru PRN kali ini juga mengenai katak politik. Dan kali ini imej PH, khususnya PKR dan Amanah, tercalar kerana bersetuju menerima mereka.
Esok rakyat Melaka dijadual keluar mengundi. Pelbagai pihak menasihati atau mencadangkan pengundi jangan pilih parti atau calon katak.
Isu katak ini turut mengundang kata-kata keras daripada bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim.
Zaid menyeru pengundi Melaka “tunjukkan kepada kumpulan pemimpin pembelot dan gila kuasa bahawa rakyat tidak merestui tindakan mereka”.
Zaid sedar banyak pihak yang mahu diwujudkan undang undang lompat parti di negara ini supaya pembelotan dapat dihapuskan tetapi pada hemat beliau “ubat yang paling berkesan untuk menghapuskan pengkhianat politik ialah bila rakyat tolak mereka dalam pilihanraya”.
Dalam konteks PRN Melaka, persoalan utama membabitkan jumlah pengundi yang akan keluar untuk pangkah kertas undi. Terutama pengundi komuniti Cina. Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar, “mood” pengundi Cina di Melaka pada PRN kali ini “sangat sejuk dan dingin sekali”.
Kebiasaannya kata beliau, berdasarkan pengalaman Ilham Centre, pengundi Cina agak kritikal dalam memberi kenyataan kepada penyelidik tetapi berbeza untuk PRN ini.
Kali ini mereka memilih untuk mengelak apa sahaja soalan dan membayangkan enggan mengambil bahagian dalam PRN yang kata mereka “tidak perlu”.
Menurut Hisommudin “mereka juga tidak menggalakkan ahli keluarga yang berada di luar Melaka untuk pulang mengundi.”
Alasan utama yang diberi majoriti mereka adalah khuatir PRN ini akan atau boleh menyaksikan peningkatan kes Covid 19 seperti mana PRN Sabah tahun lalu.
Bagaimanapun, dapatan itu berdasarkan kajian yang dijalankan awal bulan ini, khususnya membabitkan pengundi Cina. Saya tidak dapat pastikan sama ada “mood sejuk ” itu sudah memanas sekarang dan apa pula “mood” pengundi Melayu dan komuniti lain.
Apa pun pengundi di Melaka, tanpa kira bangsa, ada pilihan. 1) Tidak keluar mengundi tetapi mesti pasrah melepaskan peluang untuk menentukan siapa yang layak memerintah mereka. Sekurangnya kurangnya menyatakan pilihan ATAU 2) Meluah apa yang terpendam menerusi kotak undi. Mungkin hasrat tercapai mungkin tidak. Tetapi percubaan sudah dilaksanakan.
Orang Melaka, bola di kaki anda. Lebih tepat – tepuk dada tanya selera. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/macam-mana-nak-hapus-katak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Tahu Status Halal Perlukah Ada Logo Halal Tidak Perlu

Macam Mana Nak Tahu Status Halal Perlukah Ada Logo Halal Tidak Perlu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 192 hits
Macam mana nak tahu status halal Perlukah ada logo halal Status halal sememangnya berbeza dengan logo halal Halal adalah suatu hukum Tuhan Logo halal adalah manusia yang bagi yang mana adakalanya berkaitan dengan status halal ataupun mungki...
Hiburan Nak Buat Macam Mana Sebab Pkp Badan Berisi Seolah Hamil Ini Respon Hos Gv8 Jihan Muse

Hiburan Nak Buat Macam Mana Sebab Pkp Badan Berisi Seolah Hamil Ini Respon Hos Gv8 Jihan Muse

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 252 hits
Setelah agak lama menyepi di atas pentas pengacaraan berikutan perlaksanaan PKP sebelum ini kemunculan pada malam konsert minggu pertama program nyanyian Gegar Vaganza musim ke 8 ternyata telah meraih perhatian netizen Manakan tidak perubah...
Macam Mana Nak Jadi Baik

Macam Mana Nak Jadi Baik

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 234 hits
Jika ingin membaiki dunia kita perlu baiki manusia Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya Untuk membaiki hati kita mesti bermula dengan memperbaiki solat Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi s a w Bagaimana ...
Pelabur Mana Nak Datang Kalau Dalam 4 Tahun 3 Perdana Menteri Ini Bukan Afrika Tapi Malaysia

Pelabur Mana Nak Datang Kalau Dalam 4 Tahun 3 Perdana Menteri Ini Bukan Afrika Tapi Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 242 hits
ASUWADI ISMAILBetul tak apa kita cakap Negara luar tak iktiraf kerajaan yang ada hari ni kerana bukan undi dari rakyat Sebab itu Pelabur lari Kerja tak ada barangan naik mendadak Semua ni kerana rancangan tebuk atap JAWAB LAH DEPAN ALLAH na...
Kerja Banyak Tapi Tak Tahu Nak Buat Yang Mana Dulu

Kerja Banyak Tapi Tak Tahu Nak Buat Yang Mana Dulu

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 397 hits
Kerja Banyak Tapi Tak Tahu Nak Buat Yang Mana Dulu Hah gitulah keadaan umi sekarang Entah apa yang buat umi ni sibuk pun tak taulah Lepas balik dari Melaka hari tu memang takde kesempatan sangat nak update blog ni Tu belum masuk settlekan v...
Macam 7 Bulan Tak Lama Dah Tu Nak Ber4nak Gambar Babybvmp Neel0fa Terserlah Di Cafe Di0r

Macam 7 Bulan Tak Lama Dah Tu Nak Ber4nak Gambar Babybvmp Neel0fa Terserlah Di Cafe Di0r

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 257 hits
Umum mengetahui tel4han peminat tentang kehamilan Neelofa hampir tepat apabila selebriti itu meminta orang ramai bersabar sementara menunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan Walaupun tidak memberi apa apa pengesahan tentang berita baik it...
Keh Keh Rega Sayur Pun Tak Boleh Kontrol Mana Pak Lebai Nak Bmf

Keh Keh Rega Sayur Pun Tak Boleh Kontrol Mana Pak Lebai Nak Bmf

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 244 hits
NI ZAMAN WALAUNCAI PERINTAH ISLE N MELAYU LA SANGAT MELINGKUP DAN MENYUSAHKAN RAKYAT SAIFUDDIN NASUTIONAyam RM 5 99 sekilo Telur Gred B RM 9 49 sepapan Tomato RM 2 99 sekilo dan Kacang Panjang RM 5 99 sekilo Hari ini saya telah melakukan pa...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting

How To Tell If Your Bmw Has Angel Eyes Step By Step Guide

Lelaki Warga Israel Dipenjara Tujuh Tahun Miliki Peluru Senjata Api