Derapan Tapak Kaki Kuda Milik Sebaik Baik Raja Yang Akan Mengetuai Sebaik Baik Tentera 9874



“Semoga kesolehan dia, bantu keputusan peperiksaan”
 By admin   Posted in Semasa Posted on March 6, 2020
BANGI – Setiap ibu pastinya mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup, tidak terkecuali buat Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ustazah Zakiah Ab Rahman yang harini turut menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui anaknya Hanan Mohamad, dari SMK Jalan 3 Bangi. Ujarnya, pada permulaan, anaknya tidak begitu cemerlang dalam pelajaran apabila hanya mendapat 2 A ketika percubaan SPM. Tetapi dek kerana kesolehan akhlak anak ke enam daripada tujuh beradik ini, beliau nekad doakan agar anaknya peroleh keputusan cemerlang. 
“Hannan ni seorang anak yang paling banyak bantu saya, rajin, ambil berat pasal saya sampaikan, setiap malam dia yang akan siapkan air ditepi sebelum saya tidur sebab uminya selalu batuk-batuk. “Akhlak baik dia sebagai seorang anak itu, sampaikn ustazah doa, mudahan kesolehan dia itu bantu untuk keputusan peperiksaan dia,” ujar Usatazah Zakiah yang juga guru di SMK Ab Jalil Hulu Langat. – Isma.org.mywww.indahnyaislam.my
Sumber: “Semoga kesolehan dia, bantu keputusan peperiksaan” – Indahnya Islam
Anak yatim jaga ibu sakit dapat 11A+ 
By admin   Posted in Semasa  Posted on March 6, 2020
PASIR PUTEH: Berkat menjaga ibu yang menghidap sakit misteri selepas kematian bapanya dua tahun lalu, bukan penghalang Mohamad Nur Firdaus Zulkifli muncul pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh Kelantan dengan mendapat 11A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Lebih membanggakan bagi anak yatim berusia 18 tahun itu turut memecah rekod sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil dengan muncul sebagai pelajar pertama mendapat A dalam 11 mata pelajaran sejak sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1954.
Nur Firdaus, akan bongsu daripada dua beradik mendapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Biologi serta Pendidikan Syari’ah Islamiah.
Pelajar itu yang hadir bersendirian kelihatan tenang menerima keputusan peperiksaan daripada Pengetua Sekolahnya, Mohd Razak Che Yaakob walaupun rakan-rakan lain datang bersama ibu bapa masing-masing.
“Saya tidak pernah menganggap menjaga ibu selepas kematian ayah adalah beban, sebaliknya ibu menjadi kekuatan saya untuk terus berjaya.
“Rahsia kejayaan saya pula mudah, saya beri tumpuan penuh dalam kelas dan buat kerja sekolah sebaik diberikan guru kerana itu latihan terbaik,” katanya ketika ditemui di SMK Kamil, di sini, hari ini.
Katanya, dia juga akan mengulangkaji setiap malam selepas Isyak dan memanfaatkan aplikasi Telegram dengan mengetahui tips dan latih tubi terkini dengan rakan-rakan sama tingkatan di seluruh Malaysia.“Saya cari maklumat yang sesuai dan berhubung dengan mereka berkaitan soalan, latihan atau apa saja berkaitan pelajaran selain saya juga mengambil kelas tambahan Bahasa Arab dan berhubung dengan guru-guru untuk lebih faham mengenai sesuatu mata pelajaran,” katanya yang kematian bapa, Zulkifli Mahmood, dua tahun lalu akibat sakit buah pinggang.
Nur Firdaus berkata, dia berhasrat menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dan bercita-cita mahu menjadi doktor pakar jantung.
Sementara itu, ibunya, Sarimah Shaffii, 50, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjong Kong, terkejut apabila mendapat tahu anak bongsunya itu mencatat keputusan cemerlang dalam SPM sehingga muncul pelajar terbaik di Kelantan. Katanya, Nur Firdaus atau lebih mesra dikenali sebagai ‘adik’ adalah anak yang pendiam dan tidak pernah berenggang dengan buku. “Saya sangat bangga dengan kejayaan ini sekali gus menjadi penawar yang mengubat hati saya selepas kematian ayahnya,” katanya yang tidak bekerja. 
Sarimah memberitahu, dia menghidap penyakit misteri sebelum kematian suaminya lagi apabila dia tidak mampu berdiri lama, pitam secara tiba-tiba dan mengalami sakit kepala yang kronik. Katanya, mereka bertiga termasuk Nur Firdaus dan kakaknya, Siti Nor Umirah, 21 bergantung sepenuhnya pada wang pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Allahyarham suami, yang bekerja di kilang swasta.- Berita Harianwww.indahnyaislam.my—-—Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:https://www.billplz.com/indahnyaislamMYDAKWAH RESOURCES5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Sumber: Anak yatim jaga ibu sakit dapat 11A+ – Indahnya Islam

Teladani Muhammad Al-Fateh – Pembuka Constatinople
 By admin   Posted in Semasa  Posted on March 6, 2020
Kenapa Constantinople begitu istimewa?
Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasaskan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M.
Constantinople begitu sangat strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya – “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”
Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq
لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير و لنعم الجيش ذلك الجيش
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” Hadis riwayat Imam Ahmad.
Bagaimana sikap pemimpin umat Islam terdahulu terhadap sabda Rasulullah s.a.w? Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumba-lumba di dalam usaha untuk membebaskan Constantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt sebagaimana di dalam Hadis tersebut. Daripada catatan sejarah mendapati bahawa tidak kurang daripada 8 kempen yang besar daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kesemua kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah sebanyak 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 lagi kempen yang besar di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople.” Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar Nabi s.a.w.
Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harun ar Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan. Hadith Nabi s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, Khalifah yang ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira 265,000 orang tenteranya.
Siapakah Muhammad al Fateh?
Nama sebenar Baginda ialah Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria). Baginda dikenali dengan gelaran ‘Muhammad Al Fateh’ kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople.
Baginda telah menaiki takhta seawal usia 19 tahun lagi apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun di antara tahun 1451–1481M. Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang Panglima Tentera Agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 (855H) ketika berumur 49 tahun.
Bagaimanakah kehebatan pendidikan Baginda?
Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak dibuktikan pada ketinggian keperibadian dan kesungguhan Baginda di dalam menjalani hidupnya. Semenjak kecil ayahandanya, Sultan Murad II telah membawa para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh secara intensif dan bersepadu. Sheikh Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk mengetuai barisan pendidik kepada Muhammad al-Fateh. Beliau telah diberikan autoriti untuk memukul Muhammad sekiranya diperlukan. Bahkan beliau pernah diberikan hadiah penghargaan oleh Sultan Murad II kerana beliau telah memukul Muhamamad al-Fateh dalam rangka untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek. Guru sebenar yang membimbing Baginda secara bersepadu ialah Sheikh Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Muhammad al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh Shamsuddin bahawa Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan.
Beliau mengajar Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Hadith, Feqah serta ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda. Di dalam bidang bahasa pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun sebagai pemangku Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Baginda telah mulai matang untuk menangani tipu helah musuh. Apabila Baginda menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Shamsuddin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan.
Bagaimanakah hasil pendidikan ini terhadap Muhammad al-Fateh?
Baginda seorang yang sentiasa berani, tegas, kuat menyimpan rahsia pemerintahan disamping bersikap tenang dan pendiam. Baginda sangat mencintai para ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. 
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Kubu Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, Baginda mengangkat batu dan pasir hingga para ulama dan menteri-menteri pun terpaksa ikut sama bekerja. 
Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fateh. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa pembukaan Constantinople, 
Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin al Wali. 
Bagaimanakah persiapan awal peperangan dipersiapkan?
Semenjak kecil, Muhammad al-Fateh telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Constantinople. Juga sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople di samping mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen Panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan Panglima-panglima Perangnya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang menggunung bagi menawan  Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini.
Baginda juga telah mengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari Kota Constantinople. Ia dibina bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila mereka diserang nanti.
Baginda membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265,000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam. 
Bagaimanakah serangan ke atas Constantinople dilancarkan?
Dari sudut geografinya, Kota Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ianya dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Laut Marmara, Selat Bhosphore dan Teluk Golden Horn. Kemasukan ke perairan Teluk Goldern Horn telah dihalang dengan adanya rantai besi raksasa. yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople. Setelah segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan kota Constantinople kepadanya tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Kota Costantinople telah dikepung dan mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453M bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya yang menjangkau seramai 265,000 orang, Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut. 
Menara Bergerak 
Baginda kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Constantinple serta boleh memuatkan ratusan pejuang jihad Islam. Namun tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setelah ianya berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan dari Vatican.
Tentera laut Byzantine turut diperkukuhkan oleh bantuan yang dihantar oleh Vatican dan Eropah dengan sebanyak 5 buah armada. Apatah lagi tentera Islam gagal untuk merentasi perairan Teluk Goldern Horn disebabkan rantai besi gergasi yang menghalang kemasukan kapal laut mereka. Ini menaikkan semula semangat tentera Vatican. Para paderi pula mengingatkan penduduk Constantinope supaya banyak berdoa agar Constantinople selamat. Maharaja Byzantine cuba memperdaya Muhammad al-Fateh dengan pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatkan kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda supaya Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka.
Bagaimanakah Constantinople ditawan?
a -Membawa kapal melalui gunung
Ketenangan dan kegembiraan Maharaja dan penduduk Constantinople tidak berpanjangan apabila mereka mendapati kehadiran sebanyak 72 kapal perang Muhammad al-Fateh telah sampai ke perairan Teluk Golden Horn pada 22hb April 1453M. Sultan Muhammad menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila Baginda dan tenteranya telah membawa kapal-kapal ini melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn. Ini adalah satu keajaiban dan dianggap sebagai tektik peperangan yang terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.
b-Suntikan semangat jihad
Baginda yang turut dibantu oleh para ulama telah mengambi kesempatan pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat jihad kepada tenteranya di samping mengingatkan kepada mereka tentang hadith Rasulullah s.a.w dan mereka kemudiannya sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t.
c-Memanjat kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah telah cuba memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar. Mereka kemudiannya telah memacak bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Tentangan sengit dari pihak Byzantine telah mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi syudaha’. Muhammad al-Fateh kemudiannya memerintahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
d-Karisma Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhirnya dengan kejayaan telah menimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan di kalangan sebahagian tentera Islam. Melihatkan keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato bagi menaikkan semangat tenteranya,
Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!
Mendengarkan pidato tersebut maka salah seorang tentera Baginda yang bernama Hasan Ulubate telah bangkit dan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera yang telah membuka dan kemudiannya melompat masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas memacak bendera Islam di situ. Ini telah menaikan lagi semangat tentera Islam dan menggetarkan pihak musuh. Mereka kesemuanya kemudiannya gugur syahid setelah dihujani oleh anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Laungan takbir yang telah mengisi ruang angkasa Constantinople telah memberikan kesan serangan psikologi kepada pihak musuh.
e-Terowong
Ketika kekalutan di Kota Constantinople belum pun reda, pihak musuh telah mendapat tahu bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Ketakutan menimpa mereka dengan rasa gerun dan takut yang teramat sangat. Penawanan Constantinople Pada 29 Mei 1453, Baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan dan Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah s.a.w. Constantinople telah ditukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang telah dijadikan sebagai ibu negara Khilafah Uthmaniyyah.
Gereja Besar St Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sophia. Dengan tawadhunya Baginda melumurkan tanah ke dahinya dengan melakukan Sujud Syukur sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih bersama tenteranya. Nama Islambol kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul. 
Kenapa beliau dikatakan sebagai sebaik-baik raja? 
Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
Siapa di antara kita yang tidak pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. 
Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!” 
Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk. 
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!” 
Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh.
Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera di dalam hadithnya itu. Adakah kemenangan itu adalah disebabkan oleh kelemahan Byzantine? Sesungguhnya kemenangan tersebut berjaya dilakukan bukanlah kerana kelemahan Byzantine atau Constantinople tetapi adalah kerana pergantungan tentera Islam terhadap Allah, berpegang kepada taliNya yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah ketika itu. 
Seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyifatkan itu dengan menyatakan, ”Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada di zamannya.”
Apakah sumbangan utama [yang lain] Sultan Muhammad al Fateh
Para Ahli Sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai Tarikh kepada Sejarah Moden. Ketika memasuki Bandar tersebut, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.
1- Keadilan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih Anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik) kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan. 
2-Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan.
Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah penguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasan 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.
3-Perkembangan Tamadun
Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. 
Ada pendapat mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi.
Wahai anak muda! Mari bersama kita teladani ikon kita….Sultan Muhammad al-Fateh! Al Fatihah untuk Sultan Muhammad al Fateh – Dr. Zainur Rashid
www.indahnyaislam.my—-—Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:https://www.billplz.com/indahnyaislamMYDAKWAH RESOURCES5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Sumber: Teladani Muhammad Al-Fateh – Pembuka Constatinople

Siti ART Indonesia di Singapura Butuh Bantuan Dana 105 Ribu Dolar, Sebulan Alami Penyakit Misterius
Tribunnews.com - 3 hours agoSeorang asisten rumah tangga Indonesia di Singapura, Siti Sariyah masih dirawat di RS karena penyakit misterius, tagihan mencapai S $ 105 ribuPria Ini Jadi Pemilik Pertama Medium SUV Suzuki XL7 di Banda Aceh
Tribunnews.com - 3 hours agoSuzuki XL7memiliki dimensi 4.450 mm x 1.775 mm x 1.710 mm serta jarak sumbu roda sepanjang 2.740 mmPendatang dari Iran, Italia, dan Korea Selatan Sementara Dilarang Masuk Indonesia
Tribunnews.com - 3 hours agoPemerintah Indonesia resmi melarang pendatang Iran, Italia, dan Korea Selatan masuk ke tanah air.Prediksi Susunan Pemain Barito Putera vs Bali United, Incar 3 Poin Perdana, Teco Tanpa Dua Jagoannya
Tribunnews.com - 3 hours agoBali United dipastikan tidak akan diperkuat oleh dua pilar andalannya dalam misinya mendulang kemenangan perdana di Liga 1 2020.Kasus Corona Berujung Rasisme di Sejumlah Negara, di London Pria Singapura Dianiaya
Tribunnews.com - 3 hours agoSeorang mahasiswa dari Singapura mengatakan dia dipukuli oleh sekelompok pria yang mengatakan kepadanya,Kasus Pengemudi Ojol vs Debt Collector akan Ditelusuri, Kapolres Sleman: Akan Kita Proses
Tribunnews.com - 3 hours agoKapolres Sleman, AKBP Rizki Ferdiansyah menegaskan pihaknya akan mengusut akar permasalahan dari bentrokan antara pengemudi ojol dengan debt collectorTransjakarta Segera Operasikan Bus Single Scania Tipe K250IB-4x2
Tribunnews.com - 3 hours agoUnited Tractors menargetkan bisa memasarkan 60 hingga 100 unit bus baru Scania ke Transjakarta tahun ini.Apakah Calon Pemimpin Ibu Kota Baru akan Jadi Gubernur? Berikut Penjelasan Andrinof Chaniago
Tribunnews.com - 3 hours agoMantan Kepala Bappenas, Andrinof Chaniago turut mengomentari empat kandidat pemimpin ibu kota baru.95.478 Kasus Virus Corona di Seluruh Dunia, 53.423 Orang Dinyatakan Sembuh
Tribunnews.com - 3 hours agoAngka kematian akibat virus corona hingga Kamis (5/3/2020) kemarin sudah menyentuh 3.254 orang dengan kasus kesembuhan sebesar 53.423 orang.Berawal Memanaskan Mobil untuk Antar Cucu Bos, Ini Sederet Fakta Sopir Dianiaya Majikan di Bintaro
Tribunnews.com - 3 hours agoAdanya penganiayaan tersebut membuatnya melaporkan kejadian kepada Polres Tangerang Selatan pada Kamis (5/3/2020).Ditanya Ayu Ting Ting Pilih Dul Jaelani atau Azriel Hermansyah, Tiara Indonesian Idol Senyum-senyum
Tribunnews.com - 3 hours agoPenyanyi Ayu Ting Ting menyodorkan sebuah pertanyaan kepada jebolan ajang pencarian bakat Indonesian Idol X, Tiara Anugrah.Update CPNS 2019: Hasil Tes SKD akan Diumumkan Serentak 22-23 Maret 2020
Tribunnews.com - 3 hours agoTahapan setelah lolos dari tes SKD yaitu mengikut tes SKB. Hasil SKD akan diumumkan serentak pada 22 hingga 23 Maret 2020.Rakernas IKANU Mesir di Cirebon Bahas 3 Isu Aktual
Tribunnews.com - 3 hours agoRakernas Ikatan Alumni Nahdlatul Ulama (IKANU) Mesir 7-8 Maret 2020 di Cirebon, Jawa Barat.Ari Lasso Blak-blakan Ceritakan Kisah Rumah Tangganya: Terlibat Cinta Segitiga dan Hampir Poligami
Tribunnews.com - 3 hours agoPenyanyi Ari Lasso membeberkan kisah rumah tangganya bersama sang istri, Vita Dessy Catur Purnama....Kerajaan baharu jangan layan Dong Zong, utamakan NGO Islam
admin, Indahnya Islam - 3 hours agoBANGI – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berharap kerajaan baharu – diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin – tidak meraikan tuntutan pertubuhan rasis, Dong Jiao Zong berkaitan isu pendidikan Cina. Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, beliau sangat berharap Muhyiddin dapat mengutamakan permintaan NGO Islam untuk berjumpa, kerana dianggap pemegang taruh terbesar kepada agenda Islam ...Restoran ada tanda ‘no pork’, ‘pork free’ bukan 100 peratus halal
admin, Indahnya Islam - 3 hours agoAPABILA melalui deretan restoran di premis perniagaan atau pusat beli-belah, perasan atau tidak, kadangkala terpampang tanda tulisan no pork dan pork free. Sekali pandang, restoran itu nampak begitu meyakinkan kerana tidak menyajikan makanan yang haram di sisi agama Islam iaitu daging khinzir. Persoalannya, bolehkah kita makan di kedai berkenaan? Adakah restoran berkenaan berstatus halal? Apa pula hukumnya jika ...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/03/derapan-tapak-kaki-kuda-milik-sebaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Tapak Kaki Bilal Di Dalam Syurga

Kisah Tapak Kaki Bilal Di Dalam Syurga

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 166 hits
SOALAN Apakah status kisah tapak kaki Bilal di syurga JAWAPAN Sahabat Nabi SAW merupakan di antara generasi yang terbaik kerana mereka hidup sezaman dengan Nabi SAW dan mereka juga dididik sendiri oleh Baginda SAW Hal ini diakui sendiri ole...
Jika Menginginkan Yang Baik Minta Sama Allah Jangan Merebut Milik Orang Lain

Jika Menginginkan Yang Baik Minta Sama Allah Jangan Merebut Milik Orang Lain

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 301 hits
Jika Menginginkan yang Baik Minta Sama Allah Jangan Merebut Milik Orang LainUntukmu wanita menginginkan laki laki yang baik bertanggung jawab baik agamanya dan memiliki pekerjaan keren itu sah sah saja tapi jangan pernah gelap mata menginca...
10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 342 hits
Elektrolit merupakan sebuah cairan dalam tubuh yang memainkan peran penting dalam fungsi kesehatan yang tepat Secara alami bentuk dari elektrolit yang terkandung dalam tubuh kita berbentuk kalsium natrium dan kalium
Tapak Kaki Kanak Kanak Anggaran Usia 2 3 Tahun Digonggong Anjing

Tapak Kaki Kanak Kanak Anggaran Usia 2 3 Tahun Digonggong Anjing

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 344 hits
Tiga tapak kaki bersaiz kanak kanak dianggar berusia dua hingga tiga tahun ditemui di belakang sebuah bengkel di Pelabuhan Sepanggar di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata perkara itu dis...
Ph Tumbang Atas Kezaliman Mereka Sendiri Allah Sebaik Baik Perancang Zahida

Ph Tumbang Atas Kezaliman Mereka Sendiri Allah Sebaik Baik Perancang Zahida

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 365 hits
Zylan Moha KUALA LUMPUR Rakyat mendoakan kerajaan Pakatan Harapan hanya satu penggal di Putrajaya tetapi rupa rupanya hanya separuh penggal di mana perancangan Allah itu yang terbaik ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Z...
Sebaik Baik Perniagaan

Sebaik Baik Perniagaan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 304 hits
Assalammualaikum wbtSEBAIK BAIK PERNIAGAAN Aktiviti perniagaan telah bermula sejak zaman berzaman Rasulullah SAW pun berniaga begitu juga isteri baginda Khadijah binti Khuwailid Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan Besarka...
Benarkah Seburuk Buruk Manusia Adalah Sebaik Baik Jin

Benarkah Seburuk Buruk Manusia Adalah Sebaik Baik Jin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 214 hits
SOALAN Saya ingin bertanya berkenaan dengan kenyataan Sebaik baik jin adalah seburuk buruk manusia adakah kenyataan ini benar Bolehkah ceritakan sikit berkenaan dengan jin mengikut pentafsiran al Quran JAWAPAN Al Quran merupakan sumber utam...
Padah Miliki Hempedu Dan Tapak Kaki Beruang Madu

Padah Miliki Hempedu Dan Tapak Kaki Beruang Madu

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 333 hits
Kota Kinabalu Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan dua lelaki kerana memiliki tapak kaki dan hempedu di kawasan Kompleks Asia City di sini semalam Dalam kejadian 11 45 pagi itu penahanan yang dilakukan Unit Penguat Kuasa JHL Sabah turut meram...
Tun Dalam Bersangka Baik Akhirnya Sedar Ada Yang Khianati 9791

Tun Dalam Bersangka Baik Akhirnya Sedar Ada Yang Khianati 9791

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 346 hits
Sifat khianat merugikan perjalanan tadbir urus negara dalam keadaan ekonomi dunia semasa dan ancaman kesihatan sedunia Adalah tepat pilihan Tun untuk melaksana dan menggayakan Pemerintahan Sementara tanpa parti dalam meneruskan agenda kecem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip