Kisah Tapak Kaki Bilal Di Dalam Syurga



SOALAN:
Apakah status kisah tapak kaki Bilal di syurga?

JAWAPAN:
Sahabat Nabi SAW merupakan di antara generasi yang terbaik kerana mereka hidup sezaman dengan Nabi SAW dan mereka juga dididik sendiri oleh Baginda SAW. Hal ini diakui sendiri oleh Baginda SAW melalui sabdanya:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah kurunku. Kemudian kurun selepas daripada mereka dan kemudian kurun selepas daripada mereka.” [Riwayat al-Bukhari (3651)]

Selain itu juga, di dalam al-Quran ada dinyatakan bahawa Allah SWT meredhai para sahabat ini dan Allah SWT menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Dan orang-orang yang terdahulu -yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) daripada Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.” (Al-Taubah: 100)

Berdasarkan soalan di atas, kisah Nabi SAW mendengar tapak kaki Bilal di dalam syurga adalah bersumberkan daripada hadith yang sahih. Antaranya, ia diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (256H) di dalam kitab sahihnya:

Daripada Abu Hurairah R.A berkata, telah berkata Nabi SAW kepada Bilal ketika solat Fajar:

يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الجَنَّةِ. قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي: أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ
“Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam syurga.” Bilal menjawab: “Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwudhu’ pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wudhu’ tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.” [Riwayat al-Bukhari (1149)]

Antara perkara yang boleh diambil daripada hadith ini adalah menetapkan waktu beribadah (menetapkan waktu khusus dalam sesuatu ibadah) adalah dibenarkan kerana Bilal telah melakukannya kerana ia terhasil daripada istinbatnya sendiri lalu Nabi SAW membenarkan perkara tersebut. [Lihat: Fath al-Bari, 3/34]

Hadith ini juga menjadi dalil tuntutan untuk menunaikan solat sunat selepas daripada berwudhu’. Hal ini turut diperkatakan oleh Imam Ibn al-Jauzi apabila beliau mengatakan bahawa hadith ini menunjukkan galakan menunaikan solat selepas selesai berwudhu’ agar wudhu’ itu mencapai maksudnya. [Lihat: Fath al-Bari, 3/34]

Tambahan pula, perbuatan Bilal bin Rabah ini menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW melalui hadithnya.

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhaniy RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ، وَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، يُقْبِلُ بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ عَلَيْهِمَا، إِلَّا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
“Barangsiapa yang berwudhu’ serta memperelokkan wudhu’nya, lalu dia mendirikan solat sebanyak dua rakaat dalam menghadapkan keduanya iaitu hati dan wajahnya (khusyuk), melainkan akan dijamin baginya syurga.” [Riwayat Abu Daud (906), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hadith yang kuat]

Penutup

Kesimpulannya, kisah Nabi SAW mendengar tapak kaki Bilal R.A di dalam syurga adalah kisah yang sahih dan kisah tersebut menunjukkan ketinggian kedudukan Bilal R.A disebabkan beliau menjaga serta mengamalkan sunnah-sunnah yang diajar oleh Nabi SAW.

Semoga dengan sedikit pencerahan yang ringkas ini dapat memberi manfaat serta kefahaman kepada kita dalam memahami ilmu hadith. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama seterusnya dapat kita beramal dengannya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/kisah-tapak-kaki-bilal-di-dalam-syurga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Derapan Tapak Kaki Kuda Milik Sebaik Baik Raja Yang Akan Mengetuai Sebaik Baik Tentera 9874

Derapan Tapak Kaki Kuda Milik Sebaik Baik Raja Yang Akan Mengetuai Sebaik Baik Tentera 9874

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 518 hits
Semoga kesolehan dia bantu keputusan peperiksaan By Posted in Posted on BANGI Setiap ibu pastinya mahu melihat anak anaknya berjaya dalam hidup tidak terkecuali buat Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat Ustazah Zakiah Ab Rahman yang harini tu...
Padah Miliki Hempedu Dan Tapak Kaki Beruang Madu

Padah Miliki Hempedu Dan Tapak Kaki Beruang Madu

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 373 hits
Kota Kinabalu Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan dua lelaki kerana memiliki tapak kaki dan hempedu di kawasan Kompleks Asia City di sini semalam Dalam kejadian 11 45 pagi itu penahanan yang dilakukan Unit Penguat Kuasa JHL Sabah turut meram...
Perghhh Kaki Atas Kepala Dua Wanita Buat Hal Dalam Pesawat Dimalukan Di Media Sosial

Perghhh Kaki Atas Kepala Dua Wanita Buat Hal Dalam Pesawat Dimalukan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 829 hits
Kaki atas kepala dua wanita buat hal dalam pesawat dimalukan di media sosial Aksi dua wanita itu yang menerima kecaman ramai APABILA menaiki penerbangan kita pastinya mengharapkan perjalanan itu selamat tiba ke destinasi Malah kita juga mah...
Nenek Tua Gigih Tolak Basikal Jual Kerepek Di Kaki Lima Tak Mahu Raih Simpati

Nenek Tua Gigih Tolak Basikal Jual Kerepek Di Kaki Lima Tak Mahu Raih Simpati

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 1517 hits
Tidak semua orang boleh hidup dengan mewah dan senang ada juga yang terpaksa bekerja keras walaupun tak larat kerana usia yang semakin tua Peribahasa ada berkata berat mata memandang berat lagi bahu memikul Itulah ungkapan yang menggambarka...
Mayat Reput Ditemui Kaki Dan Tangan Terikat

Mayat Reput Ditemui Kaki Dan Tangan Terikat

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 296 hits
Gambar hiasanPolis menemui mayat reput di Flat Taman Pauh Indah Bukit Tengah dekat sini malam tadi Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata mayat terbabit ditemukan dengan kaki dan tangannya...
Kepala Diserkup Sarung Bantal Tangan Dan Kaki Diikat

Kepala Diserkup Sarung Bantal Tangan Dan Kaki Diikat

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 431 hits
MOHD ISKANDAR OTHMAN 10 Mac 2020Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat Gambar kecil ZahariBUKIT MERTAJAM Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Flat Taman Pauh di sini terjawab dengan penemuan mayat s...
Digelar Kaki Perempuan Ini Respon Safawi Rasid

Digelar Kaki Perempuan Ini Respon Safawi Rasid

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 462 hits
Digelar Kaki Perempuan Ini Respon Safawi Rasid Selepas isu dikatakan mendapat tekanan oleh kekasih yang memaksanya untuk berkahwin timbul pula isu Safawi Rasid dikatakan sebagai seorang kaki perempuan Digelar Kaki Perempuan Ini Respon Safaw...
Melambung Sehingga 20 Kaki Di Udara Kanak Kanak Maut Lepas Belon Trampolin Meletup

Melambung Sehingga 20 Kaki Di Udara Kanak Kanak Maut Lepas Belon Trampolin Meletup

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 409 hits
Seorang kanak kanak tiga tahun maut selepas dibuang dari trampolin kembung ketika ia meletup di bawahnya Inkues kematiannya didengar semalam Kanak kanak itu berada di pantai di Gorleston Norfolk bersama ibu bapanya datuk nenek dan rakan kel...
Kaki Hiking Kena Baca Ni 5 Lokasi Best Sesuai Untuk Aktiviti Mendaki

Kaki Hiking Kena Baca Ni 5 Lokasi Best Sesuai Untuk Aktiviti Mendaki

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 542 hits
KAKI HIKING KENA BACA NI 5 LOKASI BEST SESUAI UNTUK AKTIVITI MENDAKI Rasanya dah jadi trend orang beriadah dengan cara hiking atau aktiviti mendaki Selain dari join marathon jogathon run fun dan lain lainlah Betul kan lagi lagi mereka yang ...
We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Makan Makan Di Camden Market

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Konsert Elite Jadi Perhatian Ramai Peminat Tetap Setia Sokong Walau Harga Tiket Jadi Perbualan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Maal Hijrah 1447 Semoga Takdir Hidupmu Lebih Baik

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Lirik Lagu Gelora Jiwa Meronta Asmara Tomok Siti Nordiana

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Flat Peach Selepas Viral

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa