Denda Sehingga Rm5 000 Penjara Jika Tak Solat Fardhu


Denda Sehingga RM5,000, Penjara Jika Tak Solat Fardhu
KUALA TERENGGANU – Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardhu di negeri ini boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, mereka yang tiada alasan munasabah meninggalkan solat fadhu boleh didakwa di bawah Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kesalahan tidak menunaikan sembahyang fardhu.
“Bagi kesalahan itu, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Tegasnya, tindakan yang dikenakan terhadap umat Islam di negeri ini adalah satu pelaksanaan yang relevan, malah masyarakat perlu tahu itu bukan bertujuan menghukum tetapi sebagai pengajaran bagi mendidik umat Islam mematuhi perintah ALLAH menerusi pelaksanaan undang-undang.
“Tindakan itu juga, secara tidak langsung menunjukkan kasih sayang pemimpin yang bertanggungjawab untuk mengelakkan umat Islam daripada terus melakukan dosa dan maksiat.
“Bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula, peringatan menerusi pelbagai medium termasuk bertulis, secara lisan melalui ceramah selain turun padang mendekati masyarakat terutama golongan remaja hari ini bagi memberi kesedaran dan mengingatkan kepada mereka tentang pentingnya menjaga solat fardhu,” katanya.
Penguatkuasa JHEAT turun padang mengedar risalah tentang kesedaran kewajipan menjaga solat fardhu kepada orang awam di sekitar Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini.
Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, seramai lapan lelaki Islam dicekup kerana didapati ponteng solat Jumaat sepanjang tempoh 2016 hingga November lalu.
Jelasnya, kesemua mereka ini didakwa di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 iaitu mana-mana lelaki akil baligh yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan dibenarkan hukum syarak merupakan satu kesalahan.
“Jika disabitkan kesalahan, individu itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Nik Zuhaiza berkata, penguatkuasaan itu juga adalah bagi meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kewajipan melaksanakan solat fardhu yang lain bermula dengan penekanan solat Jumaat secara berjemaah.
“Mungkin ada umat Islam yang seumur hidup tidak pernah solat. Menerusi penguatkuasaan ini secara tidak langsung akan membuatkan dia hadir ke masjid walaupun bukan secara sukarela dan siapa tahu hadirnya hidayah dan memberi kesedaran kepadanya,” ujarnya.
Beliau berkata, kempen dan kesedaran perlu diteruskan dan diperkasa lagi supaya selari dengan tindakan undang-undang yang diambil.
“Di bahagian penguatkuasaan, kami akan pastikan kempen kesedaran kepada umat Islam selari dengan penguatkuasaan yang diambil,” katanya. – Sinar Harian
The post Denda Sehingga RM5,000, Penjara Jika Tak Solat Fardhu appeared first on Sayap Hitam Dot Com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sayaphitam.com/60706/denda-sehingga-rm5000-penjara-jika-tak-solat-fardhu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Brunei Larang Sambutan Krismas Penjara 5 Tahun Denda Rm60 000

Brunei Larang Sambutan Krismas Penjara 5 Tahun Denda Rm60 000

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 384 hits
Negara yang kaya akan minyak Brunei Darussalam secara rasmi melarang perayaan Krismas secara terbuka di negaranya Hal ini dikuatkuasakan kerana khuatir akan kerosakan akidah rakyatnya Larangan juga termasuk bagi semua perkara yang berkaitan...
Ini Hukuman Dan Denda Jika Tak Solat Fardhu Di Terengganu

Ini Hukuman Dan Denda Jika Tak Solat Fardhu Di Terengganu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 523 hits
Ini hukuman dan denda jika tak solat fardhu di Terengganu Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardhu di negeri ini boleh dihukum denda RM5 000 atau penjara sehingga tiga tahun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakw...
Denda Penjara Jika Tak Solat Fardu

Denda Penjara Jika Tak Solat Fardu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 478 hits
Penguatkuasa JHEAT yang terlibat sedang memberi penjelasan tentang kewajipan solat fardu kepada orang awam yang ditemui sempena kempen kesedaran solat fardu KUALA TERENGGANU Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardu di ne...
Membantah Alan Azlan Tak Solat Denda Dan Penjara

Membantah Alan Azlan Tak Solat Denda Dan Penjara

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 414 hits
Ia memalukan untuk pihak berkuasa datang memeriksa sama ada solat ataupun tidak Awak siapa untuk mengarahkan saya Alan Azlan terjemahan daripada Bahasa Inggeris Awal petikan video ini sudah nampak ada yang tak kena Seolah olah solat tu perk...
Anak Lelaki Lge Pakai Jaket Berharga Rm5 000 Dedah Netizen

Anak Lelaki Lge Pakai Jaket Berharga Rm5 000 Dedah Netizen

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 348 hits
Sekeping gambar diviralkan dalam laman sosial menunjukkan kelibat Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng dan keluarga di dalam pesawat penerbangan kelas ekonomi dari Melbourne Australia Menurut posting pengguna Facebook bernama Vetri Sri Da...
Tahukah Anda Membaca Surah Al Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu Kita Mengubati Diri Kita Sendiri Rileks Media

Tahukah Anda Membaca Surah Al Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu Kita Mengubati Diri Kita Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 470 hits
Bismillahhirohmanirrohiim 1 Qul huwa Allahu ahad Allahu alshshamad lam yalid walam yuulad walam yakullahu kufuwan ahad 2 Qul huwa Allahu ahad Allahu alshshamad lam yalid walam yuulad walam yakullahu kufuwan ahad 3 Qul huwa Allahu ahad Allah...
Nelayan Curi 47 Keping Coklat Cadbury 2 Botol Listerine Bernilai Rm407 Dipenjara 12 Bulan Denda Rm1 000

Nelayan Curi 47 Keping Coklat Cadbury 2 Botol Listerine Bernilai Rm407 Dipenjara 12 Bulan Denda Rm1 000

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 477 hits
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan denda RM1 000 terhadap seorang nelayan yang mengaku bersalah di atas pertuduhan mencuri 47 keping coklat dan dua botol pencuci mulut di sebuah pasar raya lapor Majistret Ste...
Anak Derhaka Pukul Mak Didenda Rm5 000 Rayu Hukuman Ringan

Anak Derhaka Pukul Mak Didenda Rm5 000 Rayu Hukuman Ringan

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 262 hits
Padah memukul ibu kandungnya dengan rangka kerusi sehingga lebam dan luka di mata tangan dan kaki seorang pegawal keselamatan dijatuhkan hukuman denda RM5 000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini lapor Majistret Nor Ariffin Hisham...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice