Denda Penjara Jika Tak Solat Fardu



Penguatkuasa JHEAT yang terlibat sedang memberi penjelasan tentang kewajipan solat fardu kepada orang awam yang ditemui sempena kempen kesedaran solat fardu.
KUALA TERENGGANU - Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardu di negeri ini boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, mereka yang tiada alasan munasabah meninggalkan solat fardu boleh didakwa di bawah Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kesalahan tidak menunaikan sembahyang fardu.

"Bagi kesalahan itu, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan," katanya.

Tegasnya, tindakan yang dikenakan terhadap umat Islam di negeri ini adalah satu pelaksanaan yang relevan, malah masyarakat perlu tahu itu bukan bertujuan menghukum tetapi sebagai pengajaran bagi mendidik umat Islam mematuhi perintah ALLAH menerusi pelaksanaan undang-undang.

"Tindakan itu juga, secara tidak langsung menunjukkan kasih sayang pemimpin yang bertanggungjawab untuk mengelakkan umat Islam daripada terus melakukan dosa dan maksiat.

"Bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula, peringatan menerusi pelbagai medium termasuk bertulis, secara lisan melalui ceramah selain turun padang mendekati masyarakat terutama golongan remaja hari ini bagi memberi kesedaran dan mengingatkan kepada mereka tentang pentingnya menjaga solat fardu," katanya.
Penguatkuasa JHEAT turun padang mengedar risalah tentang kesedaran kewajipan menjaga solat fardu kepada orang awam di sekitar Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini.
Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, seramai lapan lelaki Islam dicekup kerana didapati ponteng solat Jumaat sepanjang tempoh 2016 hingga November lalu.

Jelasnya, kesemua mereka ini didakwa di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 iaitu mana-mana lelaki akil baligh yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan dibenarkan hukum syarak merupakan satu kesalahan.

"Jika disabitkan kesalahan, individu itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan," katanya.

Nik Zuhaiza berkata, penguatkuasaan itu juga adalah bagi meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kewajipan melaksanakan solat fardu yang lain bermula dengan penekanan solat Jumaat secara berjemaah.

"Mungkin ada umat Islam yang seumur hidup tidak pernah solat. Menerusi penguatkuasaan ini secara tidak langsung akan membuatkan dia hadir ke masjid walaupun bukan secara sukarela dan siapa tahu hadirnya hidayah dan memberi kesedaran kepadanya," ujarnya.

Beliau berkata, kempen dan kesedaran perlu diteruskan dan diperkasa lagi supaya selari dengan tindakan undang-undang yang diambil.

"Di bahagian penguatkuasaan, kami akan pastikan kempen kesedaran kepada umat Islam selari dengan penguatkuasaan yang diambil," katanya. - sinarharian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2018/12/denda-penjara-jika-tak-solat-fardu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denda Sehingga Rm5 000 Penjara Jika Tak Solat Fardhu

Denda Sehingga Rm5 000 Penjara Jika Tak Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 319 hits
Denda Sehingga RM5 000 Penjara Jika Tak Solat Fardhu KUALA TERENGGANU Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardhu di negeri ini boleh dihukum denda RM5 000 atau penjara sehingga tiga tahun Pengerusi Jawatankuasa Pembanguna...
Membantah Alan Azlan Tak Solat Denda Dan Penjara

Membantah Alan Azlan Tak Solat Denda Dan Penjara

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 367 hits
Ia memalukan untuk pihak berkuasa datang memeriksa sama ada solat ataupun tidak Awak siapa untuk mengarahkan saya Alan Azlan terjemahan daripada Bahasa Inggeris Awal petikan video ini sudah nampak ada yang tak kena Seolah olah solat tu perk...
Ini Hukuman Dan Denda Jika Tak Solat Fardhu Di Terengganu

Ini Hukuman Dan Denda Jika Tak Solat Fardhu Di Terengganu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 406 hits
Ini hukuman dan denda jika tak solat fardhu di Terengganu Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardhu di negeri ini boleh dihukum denda RM5 000 atau penjara sehingga tiga tahun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakw...
Jangan Abaikan Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat Rileks Media

Jangan Abaikan Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 407 hits
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat Dalam islam seluas luas pintu adalah pintu taubat Allah S W T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S W T adalah satu satunya Tuhan Yang M...
Insha Allah Mujarab Baca Dan Amalkan Doa Pendek Ini Anak Anda Akan Solat Tanpa Disuruh Atau Dipaksa Lagi Selepas Ini

Insha Allah Mujarab Baca Dan Amalkan Doa Pendek Ini Anak Anda Akan Solat Tanpa Disuruh Atau Dipaksa Lagi Selepas Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 518 hits
Bagaimana membuat anak anak solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah Seorang sahabat pernah bercerita Aku menceritakan satu kisah yang terjadi padaku Anak perempuanku yang berumur 16 tahun solat baginya adalah h...
Anak Akan Solat Tanpa Disuruh Atau Dipaksa Amalkan Doa Ini Rileks Media

Anak Akan Solat Tanpa Disuruh Atau Dipaksa Amalkan Doa Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 421 hits
Bagaimana membuat anak anak solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah Seorang sahabat pernah bercerita Aku menceritakan satu kisah yang terjadi padaku Anak perempuanku yang berumur 16 tahun solat baginya adalah h...
Adakah Solat Kita Sah Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat Rileks Media

Adakah Solat Kita Sah Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 378 hits
Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja Ia adalah untuk semua orang Islam Anggap pengetahuan basic itu sebagai ulangkaji untuk kita semua Kita selalu mengerjakan solat Kita seronok bersolat Tapi sedarkah kita ...
Tahukah Anda Membaca Surah Al Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu Kita Mengubati Diri Kita Sendiri Rileks Media

Tahukah Anda Membaca Surah Al Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu Kita Mengubati Diri Kita Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 414 hits
Bismillahhirohmanirrohiim 1 Qul huwa Allahu ahad Allahu alshshamad lam yalid walam yuulad walam yakullahu kufuwan ahad 2 Qul huwa Allahu ahad Allahu alshshamad lam yalid walam yuulad walam yakullahu kufuwan ahad 3 Qul huwa Allahu ahad Allah...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Misteri Surat Addendum Pengampunan Najib

Aksi Tfc Tempang Tanpa Akhyar

Prk Kuala Kubu Bharu Sock Tao Garis Lima Teras Dalam Manifesto

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Kento Momota Tak Berjaya Masuk Gelanggang Buat Kali Terakhir Sebelum Gantung Raket

Pegawai Perbendaharaan As Jumpa Pihak Berkuasa Malaysia Berhubung Sekatan