Denda Rm 1 800 Terhadap Adun Meru



PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman denda RM1,800 terhadap ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar atas sabitan menyebut kata-kata menghasut berhubung tuntutan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri protes jalanan #KitaLawan pada 2015.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mempengerusikan panel tiga hakim menggantikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen kepada denda terhadap Mohd Fakhrulrazi, 39, selepas membenarkan rayuannya untuk menggantikan hukuman penjara kepada denda.

Loading...
“ Mahkamah membenarkan rayuan perayu (Mohd Fakhrulrazi) terhadap hukuman penjara dan menjatuhkan hukuman denda RM1,800, gagal bayar enam bulan penjara. Keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan,” kata Hakim Umi Kalthum yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Stephen Chung Hian Guan.

Mohd Fakhrulrazi, yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah yang berdiri dalam kandang tertuduh mengucapkan “syukur Alhamduillah” selepas mendengar keputusan itu.

Mohd Fakhrulrazi, yang juga bekas Bendahari Dewan Pemuda Pas merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak rayuannya ke atas hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada 27 Februari 2018, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah mengekalkan hukuman penjara lapan bulan itu selepas mendapati hukuman itu adalah selamat untuk dikekalkan dan ianya memadai serta tidak terlampau berat dan tidak terlampau ringan.

Pada 25 Ogos 2016, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Mohd Fakhrulrazi selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut di hadapan Kompleks Sogo, No. 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada 4.30 petang, 21 Feb 2015.

Hakim Shamsudin Abdullah dalam penghakimannya berkata mahkamah menjatuhkan hukuman itu kerana perkataan hasutan yang digunakan Mohd Fakhrulrazi mendatangkan kebencian dan ketidaksetiaan terhadap pentadbiran negara.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Mohd Fakhrulrazi, yang juga penceramah bebas, sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin sementara semua rayuannya diputuskan. 

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/denda-rm-1800-terhadap-adun-meru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Guan Eng Berjaya Hapuskan Ketakutan Pelabur Jepun Terhadap 1mdb

Lim Guan Eng Berjaya Hapuskan Ketakutan Pelabur Jepun Terhadap 1mdb

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 297 hits
Pelabur Jepun kini yakin dapat kembali melabur di Malaysia di tengah tengah ekonomi negara yang semakin kukuh kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata keyakinan mereka berdasarkan kepada pengendalian skandal 1Malaysia Development B...
Harapan Ustaz Yusuf Mansur Terhadap Jokowi Dan Prabowo Di Debat Kedua

Harapan Ustaz Yusuf Mansur Terhadap Jokowi Dan Prabowo Di Debat Kedua

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 235 hits
Debat Pilpres yang pertama kemarin buat kacamata saya sebagai anak muda Indonesia kurang greget gitu Kayaknya masih malu malu masih takut takut Kalau bisa yang kedua ini lepas saja ujar Yusuf
Ramalan Harga Minyak Bergantung Terhadap Kdnk Global

Ramalan Harga Minyak Bergantung Terhadap Kdnk Global

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 382 hits
Menurut para pakar kebanyakan ramalan harga emas hitam berubah berikutan pergerakan KDNK global Pakar percaya bahawa harga minyak sebahagian besarnya ditentukan oleh permintaan dan bukan bekalan Menurut pemerhatian penganalisis di Bloomberg...
Perempuan Kalau Nak Cari Calon Carilah Lelaki Yang Caring Terhadap Keluarga Dia

Perempuan Kalau Nak Cari Calon Carilah Lelaki Yang Caring Terhadap Keluarga Dia

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 542 hits
Perempuan Kalau Nak Cari Calon Carilah Lelaki Yang Caring Terhadap Keluarga Dia Kaum perempuan kalau nak cari calon carilah lelaki yang caring terhadap keluarga dia Selalu bertanggungjawab terhadap keluarga dia Mak ayah dia layan dengan bai...
Jabatan Peguam Negara Batalkan Pertuduhan Terhadap Siti Kasim

Jabatan Peguam Negara Batalkan Pertuduhan Terhadap Siti Kasim

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 301 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 11 Februari 2019 5 39 PM SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pertuduhan terhadap seorang p
Tindakan Dehumanisasi Praktek Kolonialisme Indonesia Terhadap Bangsa Papua Mengapa

Tindakan Dehumanisasi Praktek Kolonialisme Indonesia Terhadap Bangsa Papua Mengapa

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 509 hits
Mari kita bahas dua kasus dugaan pencurian ini Lukas Enembe diduga mencuri uang negara dan satunya diduga mencuri hp lalu diinterogasi dengan ular Terlepas dari pandangan publik yang beragam kedua kasus ini adalah tindakan dehumanisasi sebu...
Amarah Dap Terhadap Pengerusi Ph

Amarah Dap Terhadap Pengerusi Ph

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 383 hits
Oleh M FAQIH JADI apa yang berlaku jika lebih banyak katak daripada Umno meninggalkan kapal dan meminta untuk menyertai Bersatu Adakah Bersatu akan membawa mereka secara beramai ramai Adakah kita menyaksikan pengambilalihan Bersatu oleh bek...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini