Denda Hingga Rm5 Juta Jika Kelirukan Pengguna Dengan Status Halal


Oleh BERNAMAJanuary 12, 2019 6:51 pm

Mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pengguna dengan status halal boleh didenda sehingga tidak melebihi RM5 juta jika kesalahan pertama dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara tersebut adalah berpandukan Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011.

“Jika kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama,” katanya lagi.

Tambah Mohamad Nordin, peniaga dan pengusaha seharusnya mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk membangun perusahaan dalam memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini. Sementara masyarakat pengguna pula hendaklah memilih hanya premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja.

Beliau mengulas laporan Bernama pada 7 Jan berhubung kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Permas) Ayob Abd Majid yang mencadangkan Jakim perlu mewajibkan pengusaha restoran untuk memiliki sijil halal sebelum beroperasi.

Jelas Mohamad Nordin, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan bagi pengusaha premis makanan dan ia adalah berpandukan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011.

Setakat ini, tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan SPHM daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), tambah beliau.

“Cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua premis makanan memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak,” katanya lagi.

Mohamad Nordin menasihatkan semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan supaya mendapatkan sijil halal daripada Jakim bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan yang disediakan di samping meningkatkan keyakinan pengguna.

– BERNAMA
Berita penuh https://malaysiadateline.com/denda-hingga-rm5-juta-jika-kelirukan-pengguna-dengan-status-halal/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/denda-hingga-rm5-juta-jika-kelirukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Proton Saga Proton 1 Ditawar Dengan Harga Rm5 Juta

Datuk Proton Saga Proton 1 Ditawar Dengan Harga Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 476 hits
Datuk kepada generasi Proton Saga hari ini kereta keluaran pertama negara dengan nombor plat Proton 1 akan ditawar sehingga RM5 juta sekiranya dilelong Kereta yang menjadi milik Sultan Johor itu sanggup dibeli dengan harga sebegitu seperti ...
Sekretaris Bppkad Gresik Potong Insentif Anak Buah Hingga Terkumpul Rp 500 Juta

Sekretaris Bppkad Gresik Potong Insentif Anak Buah Hingga Terkumpul Rp 500 Juta

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 362 hits
Penarikan uang dalam jumlah bervariasi Tergantung jabatan masing masing pegawai Dari hasil pemeriksaan didapati data untuk staf dipotong 10 persen pejabat setingkat kepala seksi 20 persen dan pejabat setingkat kepala bidang 30 persen
Proton 1 Ini Telah Dipandu Oleh Dua Orang Sultan Ahli Perniagaan Tawar Rm5 Juta Untuk Beli Proton 1 Sultan Johor

Proton 1 Ini Telah Dipandu Oleh Dua Orang Sultan Ahli Perniagaan Tawar Rm5 Juta Untuk Beli Proton 1 Sultan Johor

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 639 hits
Proton 1 ini telah dipandu oleh dua orang sultan Ahli Perniagaan tawar RM5 juta Untuk beli Proton 1 Sultan Johor Seorang ahli perniagaan sanggup menawarkan RM5 juta untuk membeli kereta Proton Saga generasi pertama dengan nombor pendaftaran...
Spotify Kini Mempunyai 200 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Spotify Kini Mempunyai 200 Juta Pengguna Aktif Bulanan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 314 hits
Perkhidmatan penstriman muzik membolehkan jutaan lagu didengari di mana mana sahaja tanpa mengambil ruang di dalam peranti Ia sedikit sebanyak menyelesaikan masalah cetak rompak yang hampir memusnahkan industri muzik lima tahun yang lalu Sp...
Proton 1 Edisi Pertama Ditawar Rm5 Juta

Proton 1 Edisi Pertama Ditawar Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 378 hits
Seorang ahli perniagaan sanggup tawar RM5 juta untuk beli kereta Proton Saga generasi pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1 milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Proton 1 Tawaran itu jika baginda berkenan sanggup lelong ken...
Lelaki Dipenjara 3 Tahun Denda Rm5 130 Kerana Hina Dan Ugut Bunuh Raja

Lelaki Dipenjara 3 Tahun Denda Rm5 130 Kerana Hina Dan Ugut Bunuh Raja

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 315 hits
Lelaki dipenjara 3 tahun denda RM5 130 kerana hina dan ugut bunuh rajaMahkamah di Kemboja menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap seorang lelaki kerana menghina raja dalam penulisannya di Facebook Tertuduh Ieng Cholsa mengaku...
Indonesia Bakar Batubara 115 Juta Ton Sepanjang 2018

Indonesia Bakar Batubara 115 Juta Ton Sepanjang 2018

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 376 hits
Menteri ESDM Ignasius Jonan mengatakan konsumsi batubara Indonesia meningkat dari 76 juta ton di 2014 86 juta ton di 2015 91 juta ton di 2016 97 juta ton di 2017 dan di 2018 menjadi 115 juta ton
Rm900 Juta Setahun Peruntukan Untuk Stesen Minyak Sekiranya

Rm900 Juta Setahun Peruntukan Untuk Stesen Minyak Sekiranya

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 292 hits
Unjuran jumlah penggunaan petrol dan diesel oleh rakyat Malaysia bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak 30 bilion literBermula hari ini kerajaan PH menaikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak sebanyak 23 bagi RON95 iaitu dari 12 19 sen ...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Perbalahan Antara Dr Akmal Saleh Dan Lokman Noor Adam Apa Kesannya Pada Umno

Salmon And Ikura Dashi Chazuke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat