Demonstrasi Kelas Makanan Thailand Thai Cooking With Your Heart
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar kepada semua pembaca dan rakan-rakan? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda pengalaman aku menyertai kelas memasak. Ya. Anda tak silap. Aku, seorang yang tak reti memasak sertai kelas memasak, dan bukan masakan tempatan, tapi masakan menu Thailand ya!✌😎
Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority of Thailand (TAT) atas jemputan untuk sertai Demonstrasi Kelas Makanan Thailand "Cooking with Your Heart". Demonstrasi ini telah berlangsung di Royal Thai Embassy, Kuala Lumpur. Dalam artikel ini aku akan kongsikan menu apakah yang dimasak, resepi dan juga suasana sekitar program ini
🍲THAI COOKING WITH YOUR HEART🍲
Selain terkenal dalam menjadi lokasi pelancongan terkenal, Thailand, negara jiran kita turut dikenali dengan pilihan makanan yang sangat sedap dan unik. Untuk memperkenalkan makanan warisan Thai kepada dunia, Royal Thai Embassy, Tourism Autority of Thailand dan ASEAN Ladies' Circle Kuala Lumpur (ALC), iaitu organisasi wanita ASEAN dimana program ini dikelolakan oleh ALC Thailand bersama-sama menjayakan demonstrasi kelas memasak "Thai Cooking with Your Heart" pada 21 Januari 2020 di Royal Thai Embassy, Kuala Lumpur
Program ini bertujuan untuk mempromosikan makanan Thailand kepada rakyat Maaysia dan demonstrasi makanan yang boleh dimasak dirumah yang sangat mudah dan ringkas. Tiga menu yang didemonstrasikan pada hari tersebut adalah Yum Thuo Phu ( Four Angled Bean Salad), Gang Kua Gung Bai Chaplu (Prawn Curry with Betel Leaves) dan juga Look Choup (Mung Beans Paste Snack). Semua peserta diajar dan ditunjuk langkah demi langkah oleh Chef Korn daripada restoran La Moon, salah seorang chef dari Thailand yang disegani di Malaysia
🍲YUM THUO PHU🍲[ FOUR ANGLED BEAN SALAD ]
Menu salad yang ringkas dan mudah sahaja sebenarnya. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Yang penting menu ini tak menggunakan sebarang api. Kita hanya perlu masukkan bahan dalam magkuk, kemudian kacau-kacau sahaja. Tambah beberapa bahan perisa untuk sedapkan, dan dah siap
👆Bahan Kandungan
RESEPI
🍲GANG KUA GUNG BAI CHAPLU🍲[ PRAWN CURRY WITH BETEL LEAVES ]
Menu kedua pulak ringkas sahaja. Menggunakan daun kaduk dan juga udang sebagai bahan utama. Senarai kandungan dalam menu ini boleh dilihat di bawah.
👆Senarai Kandungan
RESEPI
🍲LOOK CHOUP🍲[ MUNG BEANS PASTE SNACK ]
Menu terakhir adalah menu pencuci mulut dan manisan. Ini pun menu yang sangat ringkas dan menarik. Anda boleh buat bentuk mengikut kreativiti anda. Aku sempat buat beberapa jenis bentuk contohnya macam burger di atas, daun dan sebagainya
👆Bahan-bahan
RESEPI
SESI MEMASAK
Sebenarnya aku bukanlah memasak sangat pun. 😅 Aku lebih kepada mengambil gambar, video kemudian merasa makanan
Pross memasak menu ke dua
Proses memasak menu terakhir
CHEF DATANG RASA MASAKAN
Yang seronoknya bila masakan kita dipuji oleh chef! Alhamdulillah, pandai kak Maria , @ruggedmom masak. Seronok bila dipuji kan?! 😇
MAKAN TENGAH HARI
Lepas sahaja sesi demonstrasi memasak berakhir, semua peserta di bawa ke tempat makan untuk menikmati makanan yang telah disediakan. Alhamdulillah, memang kenyang makan makanan Thailand ni. Walaupun rasanya berbeza dengan masakan tempatan, tapi aku suka dengan rasa Thailand.👍
Terima kasih sekali lagi atas jemputan oleh pihak Tourism Authority of Thailand untuk program yang sangat menarik dan pengalaman yang baru. Kepada anda yang nak mencuba masak menu-menu yang tersenarai bolehlah lihat pada resepi yang aku tunjukkan sekali. Selamat mencuba
Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2020/01/demonstrasi-kelas-makanan-thailand-thai-cooking-with-your-heart.html