Be Careful With My Heart
Bismillah,
Hehehe... Kenapa dalam blog saya ni tunjuk sedutan drama Filipina ye? Sebenarnya saya bukan nak memberi sebarang komen ke sinopsis cerita ke atau sebarang review. Ye, saya akan beri sedikit pengenalan, tetapi tujuan saya adalah masih lagi berkaitan bisnes yang kita jalankan
Bagi permulaan entri ni saya akan terangkan serba ringkas berkenaan drama berepisod dari Filipina ni. Ketika entri ni di tulis, TV3 masih menayangkan drama berepisod 'Be Careful with My Heart' ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3 petang. Bagi yang tidak berkesempatan boleh menontonnya di www.tonton.com.my. Saya sendiri sedang mengikuti kisah ini. Memang bagus sekali sebab drama dari Filipina ini tidak ada watak antagonis. Ia berlangsung dengan ceria dan gembira selalu
Kisah berkenaan Maya De La Rosa watak utama yang dibawakan oleh pelakon Jodi Santamaria adalah seorang yang bijak, sangat positif, penyayang, ambil berat, rajin berusaha, setiap hari bangun dari tidur dengan sifat positif dan ceria serta memberikan keceriaan dengan orang sekelilingnya yang membuatkan mereka sayang kepada beliau
Bagi saya, apa yang kita tonton akan mempengaruhi emosi kita. Maaf, saya memang kurang gemar menonton slot drama atau sinetron dari beberapa pembuat filem dari Indonesia. Di Malaysia sekarang ada tapi tidak keterlaluan tapi saya tetap kurang gemar menontonnya jika ada watak jahat yang suka mendengki orang tak habis-habis. Tetapi kalau berkaitan agama dan pengajaran seperti kisah dalam 'Islam KTP' di TV Al-Hijrah tu memang saya suka menontonnya.
Kesimpulannya, sifat yang baik yang saya sebutkan di atas perlu ada untuk memudahkan kita memperolehi rezeki atas setiap apa yang kita usahakan. Dan satu lagi lihat pada video tersebut. Kita lihat walaupun Bos kepada Maya itu mempunyai syarikat yang besar, tetapi di rumahnya tetap di sediakan ruang pejabat sebagai urusannya kepada pekerja di dalam rumahnya malah untuk urusan keluarga iaitu untuk anak-anaknya juga
Bagi saya yang berniaga dari rumah atau SOHO ni memang sudah tersedia ruang pejabat di bilik saya. Tetapi walaupun bekerja di rumah, perlu ada disiplin. Kalau boleh berpakaian juga seperti orang yang bekerja pejabat agar kita termotivasi untuk bekerja mengikut peraturan dan berdisiplin sentiasa
Ok jumpa lagi, adios
Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan'MEKANIK BISNES INTERNET'.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2014/02/be-careful-with-my-heart.html