Demi Tunaikan Permintaan Anak Kecil Kedai Bakeri Ni Bermurah Hati Jual Kek Rm5 30 Sahaja Murah Rezeki
Permintaan anak-anak selalu buat ibu rasa lemah. Walau macam mana susah pun, seorang ibu sebolehnya tetap mahu menunaikan hasrat anak kecilnya.
Kisah seorang ibu yang ingin membelikan kek hari jadi dengan kekangan duit yang tidak mencukupi akhirnya membuka hati seorang pengusaha kek di Bakeries Baker yang bermurah hati menjual kek harijadi dengan harga hanya RM5.30 sahaja demi memenuhi keinginan anak-anak kecil.
Akur dengan kesempitan hidup yang dilalui ramai orang kini, pemilik Bakeries Baker tampil berkongsi rezeki untuk mereka yang tidak berkemampuan. Satu usaha murni yang seharusnya dicontohi ramai.
“Semua customer yang disayangi, saya dah bagitahu sebab apa saya jual kek RM5.30 ni. Niat saya cuma untuk membantu sesiapa yang dalam kesusahan.
“Harga kek RM5.30 adalah untuk membantu ibu bapa yang dalam kesusahan nak menyambut birthday anak-anak tapi tak cukup duit.
“Bagi yang mampu untuk bayar harga asal, sila bayar harga asal ye”.
Imbas kisah kek RM5.30
Hari ni saja bosan-bosan sebelum tidur, nak throwback pasal kek RM5.30 ni. Hari tu ada sorang customer ni, Regular Customer.
Customer: Salam sis, saya nak tanya, ada tak kek yang paling murah untuk befday?
Saya: Kek yang paling murah RM30 sis.. boleh makan 4-6 orang.
Customer: Ouhh, kalau cupcake berapa ye? Saya nak 1 je, sebab anak saya ni nak sangat makan kek sis.
Tapi maklumlah, waktu sekarang ni.. duit sentiasa tak cukup. Suami pulak baru lepas kena buang kerja.
Yang anak saya ni pulak asyik sebut kek je. Nak beli bahan semua mahal-mahal. Boleh ke buatkan saya 1 je cupcake. Untuk anak.
Saya: Dalam rumah ada berapa orang sis?
Customer: Ade 4 orang je.
Saya: Ok sis, saya buatkan kek befday ye.. cukup kalau nak makan 1 family tu. Kalau tak habis, boleh simpan. Nanti anak-anak boleh makan lagi.
Kek dah siap, customer tanya, berapa harga sis, dan saya kata, bagi je berapa yang mampu bayar.
Customer pun bagi RM5.30 + RM5 duit runner. Dari situlah terciptanya kek RM5.30. Harga asalnya RM30.
Dan dari situ juga saya terfikir untuk berikan kek yang berharga RM5.30 dan semua orang mampu beli.
Moga dipermudahkan urusan kita semua.
Stay safe. Stay strong!
Menarik:Sebelum Marah-Marah, Kenali Dulu 4 Personaliti Anak, Dah Tahu Senang Nak Target
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Bakeries Baker
The post Demi Tunaikan Permintaan Anak Kecil, Kedai Bakeri Ni Bermurah Hati Jual Kek RM5.30 Sahaja, Murah Rezeki! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/demi-tunaikan-permintaan-anak-kecil-kedai-bakeri-ni-bermurah-hati-jual-kek-rm5-30-sahaja-murah-rezeki/