Demi Rakyat Inilah Tiga Wira Sebenar


Manzaidi Mohd AminTiga menteri ini langsung tidak campur tangan isu politik, sebaliknya menumpukan usaha menyelamatkan nyawa rakyat dari wabak Covid-19. KUALA LUMPUR – Tiga menteri yang bertungkus lumus bekerja siang malam memastikan rakyat dan negara selamat dari wabak pandemik Covid-19, wajar dinobatkan sebagai wira.
Aktivis politik, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, mereka ialah Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurut beliau, walaupun tiga menteri ini mempunyai jawatan dalam parti, tetapi mereka sebolehnya tidak terlibat dalam keberantakan politik dalaman parti.
Sebaliknya, mereka secara konsisten memfokuskan usaha menyelamatkan nyawa rakyat dari terus dicengkam dengan serangan virus Covid-19.
Wan Khairul Ihsan“Pada pemerhatian saya sepanjang keberantakan politik dalam UMNO, mereka tidak pernah membuat sebarang kenyataan politik kepartian. Mereka hanya secara konsisten menumpukan usaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat.
“Inilah wira sebenar yang tidak didendangkan oleh rakyat mahu pun rakan dalam parti. Mereka habiskan masa untuk menyelesaikan keperluan mendesak vaksin agar seluruh rakyat dapat diberikan keselamatan kesihatan yang terjamin,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysia Gazette, di sini, hari ini.
Wan Khairul Ihsan berkata, tiga menteri ini adalah dari Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mendapat kepercayaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, mereka diberi jawatan penting untuk mengepalai usaha memerangi pandemik Covid-19 dan pasca pandemik itu, termasuk memastikan rakyat mendapatkan vaksin dalam kadar segera.
“Mereka juga Ahli Parlimen yang telah menaikkan nama UMNO dan BN sebagai menteri yang cukup berkualiti jika dibandingkan dengan tahap serta pengalaman menteri zaman Pakatan Harapan (PH).
“Namun, ada rakan dalam parti mereka memandang sinis ketiga-tiga wira ini kerana dilihat fokus kepada kerja menteri, dan langsung tidak memberikan ulasan berkaitan politik serta polemik kepartian.
“Ada juga rakan dalam parti melihat wira ini seolah selesa dengan kerusi empuk dalam kerajaan, tetapi hakikatnya, mereka ini setiap hari dan waktu bekerja keras memastikan vaksin berjaya dibawa masuk dan diberikan kepada rakyat secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata, dalam kekangan masa dan usaha yang amat terhad disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya, cahaya harapan rakyat semakin dekat untuk direalisasikan oleh kerajaan dengan mempercepatkan proses mendapatkan vaksin ke negara ini.
Ini menurutnya, termeterai apabila semalam, satu perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia melalui PharmaNiaga Berhad iaitu anak syarikat Boustead Berhad telah ditandatangani dengan Sinovac dari China.
Katanya, beliau difahamkan, sebulan selepas tarikh MoU itu, Sinovac akan membuat penghantaran vaksin fasa pertama kepada Malaysia melalui PharmaNiaga Berhad.
“Apabila vaksin mula diberikan kepada rakyat, maka kes baharu akan mula berkurangan dan negara menuju ke arah satu kejayaan dalam memerangi pandemik Covid-19.
“Tahniah kepada tiga wira negara ini, kerana mementingkan nyawa dan kesihatan rakyat mendahului segala politik kotor serta gila kuasa peribadi sesetengah pihak.
“Kami bangga dan terus akan menyokong wira ini demi melakukan segala kebaikan dan meraikan kejayaan bersama seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/demi-rakyat-inilah-tiga-wira-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Wira Dapatkan Vaksin Untuk Rakyat Malaysia

Tiga Wira Dapatkan Vaksin Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 267 hits
Pakar kesihatan berpendapat ancaman pandemik Covid 19 tidak akan tamat selagi tidak dilakukan vaksinisasi kepada seluruh rakyat Pematuhan SOP atau tindakan kerajaan memperkenalkan kembali Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 hanya akan mengawal ...
Kalau Dewan Rakyat Boleh Digantung Kenapa Bina Tiga Dewan Di Pagoh Tak Boleh Digantung

Kalau Dewan Rakyat Boleh Digantung Kenapa Bina Tiga Dewan Di Pagoh Tak Boleh Digantung

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 235 hits
Kos membina tiga Dewan baru di Parlimen Pagoh ialah RM35 4 Juta Bukankah lebih darurat kalau dewan dewan sedia ada dinaik taraf sebagai Pusat Kuarantin sementara pesakit COVID 19 Itu lebih darurat berbanding tiga dewan baru untuk Parlimen P...
Cara Kj Menghina Itulah Menjadi Punca Sebenar Kenapa Umno Bn Kian Ditolak Rakyat Ketika Sebelum Pru14 Lalu

Cara Kj Menghina Itulah Menjadi Punca Sebenar Kenapa Umno Bn Kian Ditolak Rakyat Ketika Sebelum Pru14 Lalu

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 425 hits
KJ PATUT TAHU BEZAKAN ANTARA MENYINDIR DAN MERENDAH RENDAHKAN WALAUPUN MUNGKIN BENDA TIDAK PERNAH DIAJAR DI UNIVERSITI OXFORD Jenis suka dok label dok condemn under estimated orang memang cukup masalah patut la selama ni orang muda mudah sk...
Tiga Tahun Bantu Isteri Berniaga Tajul Beli Kereta Bmw Demi Keselesaan Keluarga

Tiga Tahun Bantu Isteri Berniaga Tajul Beli Kereta Bmw Demi Keselesaan Keluarga

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 892 hits
Rezeki itu milik Allah Buat sesiapa yang berusaha Allah pasti memberi rezeki melimpah ruah kepada empunya diri berkenaan Begitulah apa yang dilalui oleh seorang penyanyi lelaki ini Setelah sekian lama menyepi dari dunia nyanyian penyanyi Ta...
Hentikan Hipokrasi Dalam Berpolitik Demi Rakyat

Hentikan Hipokrasi Dalam Berpolitik Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 191 hits
Bila naratif YDPA sesuai selari dengan ultra kiasu maka menjunjung kasihlah mereka Tetapi bila tidak selari lihat gelagat mereka SERAMAI 222 pemegang Phd di bawah kelolaan Pertubuhan Intelektual Negara dikritik hebat oleh kumpulan ultra kia...
Umno Korbankan Keselamatan Rakyat Demi Rebut Kuasa

Umno Korbankan Keselamatan Rakyat Demi Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 239 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 5 10 pmSeramai 13 ahli parlimen pembangkang dan seorang senator membidas Umno kerana berterusan menuntut pilihan raya diadakan dalam keadaan negara mencatatkan peningkatan kes Covid 19 dan banjir buruk d...
Pm Laksanakanlah Demi Rakyat

Pm Laksanakanlah Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 148 hits
FAEZUDEIN PUAD1 Kurang dari satu jam Perdana Menteri akan buat pengumuman Semua tertunggu Rasah dan risau 2 Seandainya betul betul kerajaan umum akan melaksanakan semula PKP yang modelnya sebiji sama seperti Mac tahun lalu Saya harap sangat...
Nak Urus Bini Pun Kena Siku Nak Urus Parti Pun Flip Flop Nak Urus Kes Pun Tangguh Ada Hati Nak Jaga Rakyat

Nak Urus Bini Pun Kena Siku Nak Urus Parti Pun Flip Flop Nak Urus Kes Pun Tangguh Ada Hati Nak Jaga Rakyat

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 292 hits
Tanya je dan tanya lagi Nak jadi PM untuk apa Mana satu dulu Mustahil bukan demi tengkuk Isu 2015 2018 kenapa baru sekarang 2021 tiba ada skrip jawapan dan penjelasan
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa