Demi Anak Ummi Nazeera Kembali Berlakon






Selepas enam bulan berehat daripada dunia seni kerana memberi tumpuan kepada cahaya mata sulungnya, Ayra Aneesah yang lahir pada 22 Ogos tahun lalu, pelakon Ummi Nazeera kini sudah bersedia untuk kembali aktif dengan berlakon.

Langkah pertama yang diambil Ummi Nazeera, 29, adalah dengan bernaung di bawah syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. untuk memastikan perjalanan kariernya tersusun.

Sebelum ini pelakon filem Bisik Pada Langit itu menguruskan sendiri kariernya dengan bantuan pengurus. Bagaimanapun, status ibu dan isteri yang digalas menyebabkan masanya begitu terhad. Oleh sebab itu, keputusan bernaung di bawah syarikat pengurusan dianggap tepat.

Ikuti penjelasan pemilik nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin itu ketika ditemui pada majlis sidang akhbar khas Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. yang diadakan baru-baru ini.

Selepas melahirkan anak, bilakah masa yang sesuai untuk Ummi kembali aktif?

UMMI NAZEERA: Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya kembali aktif dengan lakonan. Malah, saya telah mula aktif antaranya dengan menyertai program Sepahtu Reunion Live selain terlibat dalam drama radio untuk IKIM FM sempena bulan puasa nanti. Pada masa sama juga saya kini sudah bergelar artis naungan syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

Mengapakah anda mengambil keputusan untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan?

Sebelum ini, saya boleh memilih tawaran mengikut kehendak sendiri. Namun, sekarang saya sudah berkeluarga dan memiliki anak.

Jadi, saya perlu fikir jauh ke depan untuk keluarga. Saya dan suami perlu bekerja lebih keras untuk memastikan masa depan anak terjamin. Mungkin dulu saya terlalu bergantung dengan ibu, bagaimanapun, selepas berkahwin sudah tiba masanya untuk saya berdikari dan bekerja lebih keras. Sebelum mendapat anak kedua, lebih baik saya berusaha untuk mencari pendapatan.

Adakah anda masih kekal sebagai aktres yang selektif terhadap tawaran lakonan meskipun selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan?

Bersama Rocketfuel, saya tidak meletakkan sebarang syarat. Setakat ini mereka juga tidak pernah memaksa saya menerima tawaran yang tidak bagus.

Sebelum ini saya ada menerima satu tawaran tetapi selepas diteliti pihak pengurusan menjelaskan tawaran tersebut tidak bagus kerana boleh menjejaskan imej saya. Melihat ketegasan yang dipamerkan, saya begitu yakin pihak pengurusan tahu apa yang mereka lakukan.

Adakah anda sudah membuat perancangan keluarga?

Saya dan suami sepakat untuk tidak akan menimang cahaya mata kedua dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini. Lagipun suami saya akan menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana.

Justeru, perancangan untuk menambah ahli keluarga akan dihentikan buat sementara waktu. Saya sendiri pun masih dalam proses belajar untuk menjadi seorang ibu yang baik. Cuma jika Allah mahu beri rezeki juga, kami tidak akan menolaknya.

Mengapakah fizikal anda kelihatan semakin kurus?

Siapa yang tidak mahu kembali kurus selepas bersalin? Saya juga begitu. Tetapi, saya akui bukan mudah untuk kembali kurus.

Saya sendiri mengambil masa selama enam bulan untuk menurunkan berat badan. Salah satu sebabnya adalah kerana anak masih menyusu badan. Dalam tempoh enam bulan itu, saya juga berpuasa selain bersenam setiap hari.

Apakah rutin senaman dan pemakanan yang anda amalkan untuk menurunkan berat badan?

Rutin saya hanyalah kurangkan pengambilan nasi dan sentiasa bersenam setiap minggu. Jika dulu saya bersenam sebanyak lima kali dalam masa seminggu.

Namun, selepas memiliki anak saya cuma bersenam sebanyak dua kali seminggu. Paling penting harus konsisten jika mahu hasil yang optimum.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/demi-anak-ummi-nazeera-kembali-berlakon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaupun Anak Satu Ummi Nazeera Perlahan Lahan Belajar Masak

Walaupun Anak Satu Ummi Nazeera Perlahan Lahan Belajar Masak

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 273 hits
Pelakon Ummi Nazeera masih lagi dalam proses belajar memasak selepas berkahwin Dia memuatnaik video memasak di laman instagramnya menjelaskan walaupun tidak pandai memasak tetapi tetap akan belajar Dia yang mendirikan rumah tangga dengan se...
Saya Minta Dia Pilih Isteri Dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz Selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda

Saya Minta Dia Pilih Isteri Dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz Selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 923 hits
Saya Minta Dia Pilih Isteri dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda Bekas isteri seorang pendakwah bebas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila mendakwa diceraikan suaminya kerana k...
Demi Anak Hanif Hamzah Tidak Akan Keluarkan Kenyataan Sendirian Berikutan Isu Rumah Tangganya

Demi Anak Hanif Hamzah Tidak Akan Keluarkan Kenyataan Sendirian Berikutan Isu Rumah Tangganya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 802 hits
Please follow and like us 0 Penyampai radio ERA Hanif Hamzah menyatakan tidak akan mengeluarkan kenyataan sendirian mengenai statusnya bersama isteri Wan Nor Katherina Namun begitu Hanif akui ahli keluarga dan rakan terdekat sudah mendapat ...
Sup Antibiotik Untuk Anak Demam Kembali Bertenaga Ini Resepinya Mudah Dan Berkesan

Sup Antibiotik Untuk Anak Demam Kembali Bertenaga Ini Resepinya Mudah Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 305 hits
Memandangkan sekarang cuaca tidak menentu panas yang melampau dan hujan lebat dipetang hari menyebabkan ramai yang jatuh sakit Tidak terkecuali kanak2 yang bersekolah dan anak2 kecil yang aktif bermain diluar rumah Ibu bapa mana yang tidak ...
Orangtua Kembali Berpelukan Anak Anak Lydia Kandou Dan Jamal Mirdad Bahagia

Orangtua Kembali Berpelukan Anak Anak Lydia Kandou Dan Jamal Mirdad Bahagia

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 245 hits
Anak anak dari mantan pasangan artis Lydia Kandou dan Jamal Mirdad terlihat begitu bahagia melihat kedua orangtua nya kembali berpelukan usai bercerai sejak enam tahun lalu
Masih Ayu Walaupun Bawa Lori Wanita 53 Tahun Pandu Lori Kontena Raih Pendapatan Demi Sara Dua Anak

Masih Ayu Walaupun Bawa Lori Wanita 53 Tahun Pandu Lori Kontena Raih Pendapatan Demi Sara Dua Anak

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 768 hits
Masih Ayu Walaupun Bawa Lori Wanita 53 tahun pandu lori kontena raih pendapatan demi sara dua anak Kaum wanita sinonim dengan pekerjaan dalam pejabat malah jarang kelihatan mereka melakukan kerja kerja berat yang dimonopoli oleh kaum lelaki...
Penantian 18 Tahun Untuk Dapat Anak Ayra Sungguh Istimewa Ummi Ayah Janji Buat Terbaik

Penantian 18 Tahun Untuk Dapat Anak Ayra Sungguh Istimewa Ummi Ayah Janji Buat Terbaik

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 693 hits
Selama 18 tahun menunggu kehadiran si kecil untuk menceriakan keluarga selepas keguguran anak pertama ketika awal perkahwinan siapa sangka Allah hantarkan adik Ayra Safiyya Johariy pada kedua ibu bapanya Menurut Zalwani Zulkifli rezeki Alla...
Kolam Eks Tambang Di Kaltim Kembali Telan Korban 33 Nyawa Anak Melayang

Kolam Eks Tambang Di Kaltim Kembali Telan Korban 33 Nyawa Anak Melayang

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 239 hits
Kolam bekas tambang batubara di Kalimantan Timur kembali menelan korban jiwa Rizki Nur Aulia siswi kelas II SMP ditemukan meninggal di kolam bekas tambang di sekitar Desa Bunga Jadi Muara Kaman Kutai Kartanegara Dengan begitu sudah 33 nyawa...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2