Penantian 18 Tahun Untuk Dapat Anak Ayra Sungguh Istimewa Ummi Ayah Janji Buat Terbaik


Selama 18 tahun menunggu kehadiran si kecil untuk menceriakan keluarga selepas keguguran anak pertama ketika awal perkahwinan, siapa sangka Allah hantarkan adik Ayra Safiyya Johariy pada kedua ibu bapanya.
Menurut Zalwani Zulkifli, rezeki Allah nak bagi ini tak dijangka pun namun waktu itu cukup berterima kasih pada Allah. Bagaimanapun, waktu lahir barulah tahu Ayra istimewa di mata kami semua kerana mempunyai masalah sumbing.
Ayra ketika usia 3 bulan “Walaupun keadaannya begitu, kami terima dengan hati terbuka dan gembira. Selain sumbing masalah lain yang Ayra hadapi juga sekali sekala dia mengalami sawan. Tetapi masih terkawal.
“Cuma pada 7 April lalu, keadaannya berubah 100 peratus apabila tiba-tiba dia jadi pasif sehinggalah badan melengkung.
“Masa tu kami ingatkan Ayra tak selesa nak tidur kerana selesema tetapi esoknya (8 April) lagi nampak ketara melengkungnya dan asyik tidur sepanjang masa. Disebabkan rasa tak sedap hati terus bawanya ke klinik dan doktor rujuk ke hospital sehinggalah ditahan di wad.
“Masa dalam wad itu, dah tak boleh nak buat apa kerana badannya mula kejang dan melengkung selain tiada selera untuk minum susu sehingga badannya susut,” katanya.
Hampir dua minggu dalam wad Ayra dibenarkan pulang tetapi keadaannya tak berubah. Kini kedua ibu bapanya sedang berusaha untuk membawa Ayra berubat bagi melembutkan semula badannya supaya boleh lurus seperti biasa.
Ketika usia 1 tahun Urut setiap hari untuk lembutkan badan Ayra
Rutin ummi Ayra juga berubah sejak keluar hospital. Setiap hari terutama waktu pagi dan petang badan Ayra akan diurut dengan minyak supaya badannya lembut.
“Nampak jugalah sikit perubahan apabila kita dukung atau pegang, dia boleh luruskan tetapi setelah letak atas tilam jadi melengkung semula.
“Sebelum kejadian ni, Ayra sangat aktif dan bukanlah jenis yang kuat tidur. Dia sentiasa nak ajak berborak. Kini keadaannya hanya pejam mata sepanjang masa dan minum susu pun perlu dikejutkan setiap 3 jam sekali.
“Di usia Ayra 1 tahun 6 bulan ini beratnya mencecah 3.9 kilogram sahaja naik dua kilo lepas diberikan susu khas melalui tiub,” ujarnya.
Keadaan badan Ayra yang melengkung sehingga lehernya biru Ikhtiar berubat melalui rawatan alternatif
Zalwani juga menyatakan selagi Ayra ada dengannya, dia dan suami tak akan putus asa untuk membawa anaknya pergi berubat. Asal ada orang cakap boleh bantu, saya bawa.
“Walaupun terpaksa berhabis wang kami akan cuba sehabis daya dan tak mahu lihat Ayra dalam keadaan sakit. Kalau nak dikira dah habis air mata kami sekeluarga.
“Rata-rata yang merawat Ayra memberitahu puncanya disebabkan sawan tarik,” kongsinya.
Walaupun doktor menjangkakan hayat Ayra mungkin dalam setahun sahaja dan menyuruh kami bersedia, sebagai ibu saya tak mahu pegang ramalan doktor.
Semasa menerima rawatan di hospital Buat masa ini, Zalwani berserah pada Allah saja. Jika Allah nak ambil biarlah kami puas hati buat yang terbaik untuknya walaupun dia tak boleh kembali normal. Kami akan reda dengan ujian ini.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan untuk membantu adik Ayra bolehlah berikan sumbangan ke akaun CIMB Zalwani Zulkifli (06080072901528) 
 
 
 
 
 
 
The post Penantian 18 Tahun Untuk Dapat Anak, Ayra Sungguh Istimewa. Ummi & Ayah Janji Buat Terbaik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penantian-18-tahun-untuk-dapat-anak-ayra-sungguh-istimewa-ummi-ayah-janji-buat-terbaik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 4 Tahun Menanti Aeril Zafrel Umum Bakal Jadi Ayah Anak Ketiga

Selepas 4 Tahun Menanti Aeril Zafrel Umum Bakal Jadi Ayah Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 337 hits
Pasangan selebriti popular Aerl Zafrel dan Wawa Zainal telah mengumumkan bahawa mereka bakal dikurniakan cahaya mata ketiga Pengumumkan tersebut telah dimaklumkan menerusi Instagram Wawa Zainal Wawa yang memberi kejutan kepada suaminya sele...
Ummi Dr Izzar Rehat Dulu 3 Tahun Sebelum Bagi Ayra Adik Tak Tolak Jika Rezeki Awal

Ummi Dr Izzar Rehat Dulu 3 Tahun Sebelum Bagi Ayra Adik Tak Tolak Jika Rezeki Awal

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 339 hits
Pelakon Ummi Nazeera dan suami Dr Mohd Izzar Anwari merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam tempoh tiga tahun lagi Menurut Ummi buat masa sekarang dia mahu memberi fokus semula dalam bidang lakonan manakala suaminya mahu menyambung...
Usia 6 Tahun Tapi Saiz Badan Seperti Kanak Kanak 4 Tahun Laila Istimewa Di Mata Ibunya

Usia 6 Tahun Tapi Saiz Badan Seperti Kanak Kanak 4 Tahun Laila Istimewa Di Mata Ibunya

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 481 hits
Sekali tengok orang akan ingat adik Laila Az Zahra Mohd Ramdi Hafiz yang kini berusia 6 tahun seperti kanak kanak usia 3 atau 4 tahun Namun bagi kedua ibu bapanya Laila sangat istimewa walaupun dia menjadi kanak kanak yang kecil dari usia s...
Foto Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Anak Fasha Sandha Ini Ucapan Jejai Bikin Ramai Sebak

Foto Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Anak Fasha Sandha Ini Ucapan Jejai Bikin Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 653 hits
FOTO Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Anak Fasha Sandha Ini Ucapan Jejai Bikin Ramai Sebak FOTO Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Anak Fasha Sandha Ini Ucapan Jejai Bikin Ramai Sebak
Makin Lama Pegang Makin Rasa Nak Nangis Heliza Helmi Kongsi Kisah Kenderaan Ke Syurga Milik Anak Kecil Usia 7 Tahun

Makin Lama Pegang Makin Rasa Nak Nangis Heliza Helmi Kongsi Kisah Kenderaan Ke Syurga Milik Anak Kecil Usia 7 Tahun

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 460 hits
Makin Lama Pegang Makin Rasa Nak Nangis Heliza Helmi Kongsi Kisah Kenderaan Ke Syurga Milik Anak Kecil Usia 7 Tahun Cukup sayu mendengar kisah kem4 tian seorang kanak kanak berusia tujuh tahun Abdullah yang telah meningg4l dunia akibat keke...
Ayah Dengan Anak Boleh Geng Kadang Tu Apa Ibu Larang Bila Dengan Ayah Semua Ok

Ayah Dengan Anak Boleh Geng Kadang Tu Apa Ibu Larang Bila Dengan Ayah Semua Ok

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 479 hits
Seorang ayah mampu memainkan peranan penting dalam dunia parenting sama seperti para ibu Kebapaan ialah sebuah perkara yang complex dan fenomena unik yang memberi impak besar pada emosi dan intelek anak anak Pakar psikologi kanak kanak meng...
Guys My Daughter Nurul Ameena Sofia Selepas 30 Hari Shakilla Khoriri Tunaikan Janji Kongsi Gambar Anak

Guys My Daughter Nurul Ameena Sofia Selepas 30 Hari Shakilla Khoriri Tunaikan Janji Kongsi Gambar Anak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 366 hits
Please follow and like us 0 Setiap orang memilih masa yang sesuai untuk memperkenalkan cahaya mata mereka terutamanya para selebriti Ada yang memilih tarikh atas sebab sebab tertentu Begitu juga pelakon Shakilla Khoriri dan suaminya penyamp
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord

Criimson Atta Halilintar Dj Noiz Bebecita Chord