7 Kesilapan Besar Yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak


Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya
Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan
Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar
Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan
Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:1# Membanding-bandingkanIbu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing
Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya
Cuba lihat contoh perbualan dibawah:Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya
Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak

2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan AnakSeringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu
Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi

3# Memarahi Anak Tidak Pada TempatnyaBiasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja
Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiritanpa disedari menutup pintu berbincangan itu
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan
Apa tindak balas kita?Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri
Apa pula perasaan anak?Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesarOleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab

4# Tidak Menjadi Pendengar Yang BaikRamai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu
Kemungkinan jawapanya adalah tidak
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap

5# Tidak Mewujudkan KemesraanIni juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar
Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya
Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya
Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya
Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak
Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa

6# Terlalu Memanjakan AnakSekiranya terlalu memanjaka anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari
Saya ada menulis artikel mengenai topik ini sebelum ini, anda boleh membacanya di SINI
7# Suka Membebel Dan MengkritikAda pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata

Penutup..Semoga kita semua dapat mengesan kelemahan yang berlaku dalam proses membesarkan anak kita dengan sempurna
Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian dan kosentrasi yang penuh dalam membentuk anak-anak yang CEMERLANG InsyaAllah dunia dan akhirat
Ingat, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat
Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kita
Semoga beramal...

Sumber: http://tudungsicomel.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://storyinmywall.blogspot.com/2014/03/7-kesilapan-besar-yang-lazim-dilakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Dua Tahun Tak Pulang Tular Lelaki Balik Kampung Terus Bina Rumah Besar Untuk Ibu Bapa

Dah Dua Tahun Tak Pulang Tular Lelaki Balik Kampung Terus Bina Rumah Besar Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 357 hits
Merantau jauh dari keluarga bukan satu perjalanan yang mudah tetapi ia perlu diteruskan jua demi mencari rezeki yang halal Lama kelamaan usaha gigih yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil
Patutlah Ace Suka Tutup Telinga Guna Mulut Buka Penutup Botol Aut1sm Dr Say Mohon Ibu Bapa Peka Perkembangan Anak

Patutlah Ace Suka Tutup Telinga Guna Mulut Buka Penutup Botol Aut1sm Dr Say Mohon Ibu Bapa Peka Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 392 hits
Doktor dan pengacara Dr Say Shazril memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak anak Menurut Dr Say sebelum anak sulungnya disahkan mengalami g4ngguan perkembangan neuro atau aut1sm tahap sederhana Ace telah menunjukkan beberapa tanda Bi...
Bila Dah Jadi Ibu Bapa Kena Buang 7 Sikap Ini Kalau Nak Emosi Anak Diri Sendiri Baik

Bila Dah Jadi Ibu Bapa Kena Buang 7 Sikap Ini Kalau Nak Emosi Anak Diri Sendiri Baik

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 307 hits
Tiada manusia yang sempurna bukan Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa Secara ju...
Marah Anak Buang Air Besar Dalam Seluar Ibu Dilapor Tergamak Pukul Anak 4 Tahun Hingga Mati

Marah Anak Buang Air Besar Dalam Seluar Ibu Dilapor Tergamak Pukul Anak 4 Tahun Hingga Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 291 hits
Seorang ibu di Surabaya dilaporkan tergamak mendera anak kandungnya yang berusia 4 tahun sehingga mati kerana berang mangsa membuang air besar dalam seluar Memetik laporan Detik News suspek mengaku mendera anaknya dengan memukul dan menolak...
Tips Ibu Bapa Bila Anak Anak Masuk Tadika

Tips Ibu Bapa Bila Anak Anak Masuk Tadika

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 243 hits
TIPS IBU BAPA BILA ANAK ANAK MASUK TADIKA Alhamdulillah Mek Icha dah umur 4 tahun Hari hari cakap nak ke sekolah jadi ummi dan papa mencari tadika yang sesuai untuk anak sulung belajar Kebetulan Mek Cah terjumpa tips ini untuk ibu bapa mema...
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 209 hits
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai
Allahyarham Kapten Affendi Anak Harapan Bantu Sara Ibu Bapa

Allahyarham Kapten Affendi Anak Harapan Bantu Sara Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 256 hits
ROMPIN 8211 Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang malam Selasa merupakan anak yang baik dan banyak membantu menyara kehidupan kedua orang tuanya...
Ibu Bapa Boleh Dipenjara Setahun Jika Muat Naik Gambar Anak Di Media Sosial

Ibu Bapa Boleh Dipenjara Setahun Jika Muat Naik Gambar Anak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 273 hits
Zaman sekarang ni memang zaman orang terlalu obses dengan media sosial Bukan orang dewasa je ada media sosial budak yang baru lahir pun sudah dibuatkan akaun sendiri oleh ibu bapa mereka untuk memudahkan mereka berkongsi gambar anak anak Di...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah