Demam On Off 6 Hari Badan Menggigil Insyirah Di Sahkan Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah


Demam On Off 6 Hari Badan Menggigil : Insyirah Di Sahkan Terkena Jangkitan Kuman Dalam Darah | Sejak enam hari lepas, Insyirah demam ON OFF dan bila tengah malam jer seluruh tubuh panas hingga tubuh menggigil. Kalau ikutkan pada pengalaman KakYa sepanjang menjaga dan membesarkan anak sulung KakYa ni, demam ON OFF dan menggigil dengan suhu badan yang tinggi, memang dah biasa dialami. Tapi bila keadaan berlarutan hingga 6 hari KakYa rasa macam ada yang tak kena pada diri anak KakYa ni. Sepanjang demam memang ada ambik ubat demam dan semalam KakYa bawak Insyirah ke klinik sekali lagi sebab ubat demam dah habis. Kat klinik semalam doktor bertugas  ada bagitahu kalau makan ubat ni masih tak ok jugak, esok kena pergi Hospital ambil darah sebab dah enam hari demam dan doktor cakap takut denggi. 

Semalam lepas  balik klinik dan makan ubat sekitar jam 10 malam, Insyirah masuk tidur. Jam 12 malam dia terjaga dan bagitahu sejuk. KakYa rasa dahi dan tubuh dia panas sangat dan badan dia pon dan menggigil gigil. Kuku tangan pon dah jadi biru. Terus bagi makan sebijik lagi ubat demam dan bagi dia tidur. Pagini terus bawak dia ke Hospital Kemaman. Awal pagi tadi KakYa dah ada kat  hospital Kemaman. Alhamdulillah kat Kecemasan dan Trauma tak ramai orang. Daftar nama, duduk kejap dah boleh masuk. 
Oleh kerana demam tak tahu punca, selama enam hari doktor cakap kena ambil darah untuk buat ujian. Tadi masa dalam kereta, sebelum tiba kat hospital KakYa dah bagitau Insyirah, nanti memang kena ambik darah la sebab kakak dah lama demam. "Kalau tak ambik darah tak boleh ke Umi? .. Check dah la" . Boleh pulak dia tanya gitu. KakYa dah terang kat dia biasanya kalau  demam lebih 3 hari kena ambik darah nak tau apa sakit kita. Kena la ikut. Muka pon monyok jer bila dengar kena ambik darah. 
Tragedi Julai  Untuk Insyirah Masa doktor bagitahu nak ambik darah. Dia duk tanya dah kat doktor, sakit ke tak ni doktor? Jangan lama sangat ambik. Sakit ke tak? Lama ke tak? Doktor pulak cakap kejap jer. Ambik sikit jer untuk test. Tup tup tragedi buat dia, sebab masa doktor cucuk kat urat tangan darah tak keluar. Dah nangis dah dia. Pastu cucuk kat tangan satu lagi dua tiga kali tak jugak keluar. Mula mula sorang doktor pastu jadi 3 doktor. Tak dapat nak cari urat tak timbul. Darah pulak cam malu malu kucing pulak dah nak keluar. 








Pastu doktor decide untuk ambik kat lengan. Cucuk sekali dah nangis balik dah dia, sakit katanya. Bila dah cucuk nak tarik darah dari jarum tu tak banyak  darah keluar. Sikit sangat jer dapat. Doktor cakap darah stuck. Aduh menangis lagi dia. Datang pulak dua doktor lagi duk tenangkan dia. Boleh pulak yang doktor seorang tu cakap kena guna jarum besar ni. Menangis siap sedu sedan la dia. Doktor gurau jer tu. Dah tak dapat nak ambik darah, doktor pon menyandar kat kerusi, camne nak buat ni. Try kat sebelah lagi la. Masa ni Insyirah cakap "Tak nak dah Umi tak nak dah. Sakit sangat tangan kakak ni Umi. Jadilah doktor. Sakit dah ni". Sabar sikit kakak. Umi yang tengok ni pon sedih. Doktor pon pening nak buat lagumana bila dia menangis. 
Doktor tanya la sakit sangat ke dik. Sakit la cucuk banyak kali kot kata dia. Pastu doktor usaha lagi cucuk lagi sekali kat lengan, slow slow tekan tekan usaha sebaik mungkin. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak darah tapi tak banyak keluar lambat lambat. Siap jer, jarum pulak jadi bengkok dan tak boleh nak tarik lagi jadi doktor letak jer selotape kat tangan sementara tunggu cabut jarum. Masa ni kakak dah ok skit dah cumanya dia cuak jugak la sebab doktor cakap tak boleh cabut lagi sebab stuck. Kita tunggu kejap. 
Dah siap ambik darah, duduk kat luar kejap dalam 5 minit rasanya dah boleh masuk balik jumpa doktor. Doktor tanya macam macam soklan dan aku sebagai mak yang rajin duk menggoogle bab demam menggigil ni terus la bagitahu kat doktor, saya google semalam sebab menggigil ni mungkin jugak kerana denggi, malaria, influenza dan jangkitan kuman. Empat tu yang KakYa baca semalam.

Jangkitan Kuman Dalam DarahResult dah keluar doktor cakap bukan denggi, bukan malaria bukan jugak influenza. Hb pon okey, platelet dia ok tapi dalam darah ada jangkitan kuman sikit. Jadi betul la, sebab salah satu tanda demam panas menggigil yang KakYa google  adalah kerana jangkitan kuman. Makanya dah tahu la sebab kenapa demam kakak susah nak baik dan menggigil serta suhu badan tinggi mendadak. Rupa rupanya disebabkan jangkitan kuman dalam darah. 

Syafakillah Nur Aina Insyirah Oleh kerana tak banyak hanya sedikit je jangkitan kuman dalam darah, jadi doktor hanya ON antibiotik dan jugak beberapa ubat lain untuk beberapa hari. Kalau masih tak ok kena datang kat hospital semula untuk buat ujian darah lagi sekali. Alhamdulillah tak perlu masuk wad. Syukur Ya Allah. Moga anak Umi, Nur Aina Insyirah diberikan kesembuhan secepat mungkin oleh Allah SWT.  Syafakillah wahai anakku. Ya Allah, KAU tariklah penyakit, ringankan kesakitan Nur Aina Insyirah Suhaimi. Semoga diberi kesembuhan dan segala urusan anakku dipermudahkan. Aamin aamin Ya Mujib. Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusanku hari ini. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/07/demam-on-off-6-hari-badan-menggigil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terdedah Pada Asap Rokok Punca Anak Terkena Jangkitan Telinga Cegah Lebih Baik Dari Rawat

Terdedah Pada Asap Rokok Punca Anak Terkena Jangkitan Telinga Cegah Lebih Baik Dari Rawat

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 443 hits
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak kanak Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak kanak Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya Kebanyakan kanak kanak mendapat sekura...
Sebak Dengar Doa Puteri Zizan Lawat Peminat Cilik Derita Jangkitan Kuman Paru Paru

Sebak Dengar Doa Puteri Zizan Lawat Peminat Cilik Derita Jangkitan Kuman Paru Paru

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 381 hits
Tiada yang lebih menggembirakan buat seorang kanak kanak yang sakit selain dapat bertemu dengan selebriti diminati Seperti dikongsikan oleh pelawak terkenal Zizan Razak yang berpeluang menziarahi peminat ciliknya Adik Puteri Nur Zulaikha 10...
Misi Baru Kkm Kekalkan Sifar Jangkitan Tempatan Bagi Tempoh 28 Hari Akan Datang

Misi Baru Kkm Kekalkan Sifar Jangkitan Tempatan Bagi Tempoh 28 Hari Akan Datang

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 260 hits
Misi Kementerian Kesihatan ketika ini adalah mengekalkan sifar jangkitan tempatan COVID 19 untuk tempoh 28 hari akan datang kata Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata hari ini adalah permulaan hebat untuk Malaysia k...
Pokok Janda Kaya Rawat Panas Badan Dan Demam

Pokok Janda Kaya Rawat Panas Badan Dan Demam

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 509 hits
1 Mengurangkan panas badan dan demam Rebus 10 gram batang pokok janda kaya
Kes Jangkitan Meningkat Selepas 18 Hari Trump Adakan Kempen Pilihan Raya

Kes Jangkitan Meningkat Selepas 18 Hari Trump Adakan Kempen Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 314 hits
Inilah jadinya bila pemimpin pun tak kisah dan bersungguh untuk jaga kesihatan rakyatnya sendiri Ohmedia kata macam ni tentang sikap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dilihat seakan gagal mengawal penyebaran Covid 19 AS adalah neg...
Bersama Koordinator Lintas Pesawat Hari Merdeka 2018

Bersama Koordinator Lintas Pesawat Hari Merdeka 2018

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 307 hits
Majer Mohd Firdaus Pegawai Koordinator Terbang Lintas PesawatHari Merdeka 2018
Psbb Di Jakarta Dilanjutkan 14 Hari Kes Covid 19 Berterusan Meningkat

Psbb Di Jakarta Dilanjutkan 14 Hari Kes Covid 19 Berterusan Meningkat

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 249 hits
JAKARTA 1 Julai Pembatasan Sosial Berskala Besar bagi fasa transisi atau pemulihan di provinsi Jakarta dilanjutkan untuk tempoh 14 hari lagi Gabenor Jakarta Anies Baswedan pada sidang media menerusi laman web rasmi pemerintah Jakarta berkat...
Beli Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Novel 7 Hari Mencintaiku Karya Siti Rosmizah

Beli Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Novel 7 Hari Mencintaiku Karya Siti Rosmizah

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 768 hits
Beli Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Novel 7 Hari Mencintaiku Karya Siti Rosmizah Dua novel ini akan menghiasi slot akasia terbaru Terdahulu Drama 7 Hari Mencintaiku telah menjadi trending suatu ketika dulu Dan mulai esok 02 Julai 2020 drama kes...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak