Milkbooster Dalam Uncang Hanya Tuang Air Panas Yang Penting Boleh Diy Semua Bahan Ialah Real Food


Tidak semua ibu memerlukan milkbooster. Sekiranya diperlukan sekali pun, pastikan ianya diperbuat daripada bahan yang semula jadi atau real food. Resepi milkbooster yang dikongsikan ibu ini boleh anda cuba.
Penurunan produksi susu mencemaskan sesetengah ibu. Namun setelah mencuba pelbagai cara seperti memerah kerap untuk mengosongkan payu dara, memastikan pelekapan betul, penyusuan terus yang kerap, mengurangkan tekanan/ stres, mengamalkan pemakanan seimbang dan sebagainya, opsyen terakhir yang boleh dilakukan ialah mengambil makanan atau minuman sebagai milk booster.
Puan Nad Masrom telah berkongsi tentang tentang 1 resepi milk booster yang boleh dikongsi. Ia juga boleh dijadikan dalam bentuk uncang agar proses penyediaan/ membancuh mudah. Berikut ialah perkongsian beliau;
Mak teringin nak minum air yang orang selalu cakap boleh jadi milkbooster tu.
Tapi mak saya bukan menyusu. Dia cuma suka minum air tu bila saya pernah bawa pergi hospital masa mak kena warded.
Bila saya balik kampung, saya rebuskan semua (kurma merah, kurma hitam, buah longan, gula madu, goji dan rose bud). Saya hidang panas-panas. Bukan mak je suka, ayah dengan adik ipar pun suka.
Cuma mak suka bila minum yang panas-panas. Mak tak suka yang dah sejuk. Bila rebus banyak, yang lebih tu nanti sejuk. Bila panaskan balik, rasanya dah kurang ‘segar’.
Mak request nak set ni yang dah siap packet (macam 3 in 1 tu). Tinggal tuang air panas je.
Sebab nak tunaikan permintaan mak, kami anak-beranak ni belilah semua set ni kat kedai ubat berhampiran. Mak memang dah kenal rapat dengan tuan kedai tu, Lim.
Kami pun cakap nak buat macam ni sekian-sekian. Jadi Lim pun bantu sediakan bahan-bahan.
POTONG KECIL BAHAN 
Balik tu kami berjemaahlah buat. Potong kecil-kecil (kurma merah, kurma hitam, longan). Lepas tu rose bud tu kami letak dalam bekas uncang teh dan lipat je.
Gula madu kami potong guna pisau sambil diketuk dengan tukul. Gigih betul nak siapkan set 3 in 1 untuk mak. Tukul besi semua keluar (boleh je nak guna gula batu tapi kami nak buat special untuk mak).
Lepas tu kami cuba lah minum. Fuhhhhh… Sedap dan menyegarkan. Ayah pun suka. Tengah tidur siap terjaga nak minum juga.
TINGGAL TUANG AIR PANAS JE!
So bolehlah saya balik Kulai dengan tenang. Mak tinggal tuang air panas je bila-bila nak minum. Nak bawa pergi mana-mana pun dah senang.
Dengar kata mak-mak menyusu suka minum juga ya?
KOS HANYA RM30
Yang bertanya tentang uncang teh beli di mana, saya beli di kedai ubat juga. Kos pula? Semua ni RM30, saya beli setiap jenis RM5 sebungkus (boleh request nak berapa ringgit nanti mereka timbangkan).
Dan dengan kos RM30 tu saya dapat buat 40 packets 3 in 1 ni. Setiap pack tu anggaran 5g. Mungkin ada yang lebih murah, boleh survey dahulu.
Nota kaki: Mak dan ayah ialah mak mertua dan ayah mertua saya. Mak dan ayah sendiri dah lebih 10 tahun meninggal dunia. Saya tak menjual produk ni dan buat ni sebab nak gembirakan mak dan ayah mertua je. Sekian.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN Gula madu Longan Kurma hitam Kurma merah Rose bud Goji
CARA MEMBUATNYA #1 Mula-mula rose bud diramas-ramas sebelum dimasukkan ke dalam uncang teh.
#2 Rose bud yang diramas tadi dimasukkan ke dalam beg uncang teh. #3 Kemudian semua bahan yang telah dipotong kecil dimasukkan ke dalam uncang tadi. Puan Nad menerangkan yangtujuan bahan-bahan dipotong kecil  adalah supaya ia mudah kembang dalam air panas. Kalau tak nak potong kecil pun tak apa. Tapi kena rebuslah sampai menggelegak.

#4 Ini adalah bahan untuk satu hidangan. #5 Bahan yang digunakan dapat menghasilkan 40 paket. Mama boleh diletak di dalam balang begini untuk menjamin kesegarannya.
CARA MEMBANCUH Cara bancuh:
1.Letak dulu potongan kurma merah, kurma hitam, longan dan goji dalam cawan. Kemudian tuang air panas.
2.Tambahkan gula madu. Kalau tak nak gula pun tak apa. Gula madu ni rasa manis-manis buah je.
3.Dah larut semua, letaklah uncang rose tadi. Siap!

Sumber: Nad Masrom
 
The post Milkbooster Dalam Uncang Hanya Tuang Air Panas, Yang Penting Boleh DIY. Semua Bahan Ialah Real Food! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/milkbooster-dalam-uncang-hanya-tuang-air-panas-yang-penting-boleh-diy-semua-bahan-ialah-real-food/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Percuma 2019 Bukan Semua Rakyat Selangor Akan Dapat Hanya Golongan B40 Sahaja

Air Percuma 2019 Bukan Semua Rakyat Selangor Akan Dapat Hanya Golongan B40 Sahaja

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 309 hits
SHAH ALAM Program pemberian air percuma kepada rakyat Selangor akan hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah mulai tahun depan dan bukan lagi untuk seluruh isi rumah di negeri itu seperti dinikmati sejak 2008 Menteri Besar Amiru...
Ini 7 Bahan Dapur Boleh Redakan Selesema Demam Sesuai Amalkan Musim Hujan Sekarang

Ini 7 Bahan Dapur Boleh Redakan Selesema Demam Sesuai Amalkan Musim Hujan Sekarang

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 626 hits
Dengan cuaca yang tidak menentu sekejap panas dan sekejap hujan menyebabkan ramai yang mengalami demam dan selesema termasuk anak anak Orang dewasa juga tidak terkecuali jadi jika anak atau anda mula mengalami simptom demam dan selesema bol...
Pelajar Ipta Ini Jelaskan Kenapa Dia Hanya Boleh Belanja Rm5 Sehari Dan Tidak Boleh Lebih Rakan Dia Sendiri Terkejut

Pelajar Ipta Ini Jelaskan Kenapa Dia Hanya Boleh Belanja Rm5 Sehari Dan Tidak Boleh Lebih Rakan Dia Sendiri Terkejut

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 472 hits
Pelajar IPTA Ini Jelaskan Kenapa Dia Hanya Boleh Belanja RM5 Sehari Dan Tidak Boleh Lebih Rakan Dia Sendiri TerkejutPelajar IPTA Ini Jelaskan Kenapa Dia Hanya Boleh Belanja RM5 Sehari Dan Tidak Boleh Lebih Rakan Dia Sendiri Terkejut
Cara Paling Senang Buat Inai Homemade Warnanya Lebih Tahan Lama Dan Paling Penting Boleh Bawa Ketika Solat

Cara Paling Senang Buat Inai Homemade Warnanya Lebih Tahan Lama Dan Paling Penting Boleh Bawa Ketika Solat

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 715 hits
buat anda yang tidak lama lagi akan menjadi pengantin atau yang memang suka pakai inai boleh cuba cara buat inai homemade yang semestinya tahan lama warnanya 3 BAHAN BAHAN ASAS BUAT INAIHi semua Mak nak share inai homemade yang mak buat sia...
Rm 37 Sebulan Sudah Boleh Dapat Semua Ini

Rm 37 Sebulan Sudah Boleh Dapat Semua Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 191 hits
Kami yakin perkara yang kami mahu sebutkan ini telah pun ditanggung oleh syarikat anda Tapi cuba anda bandingkan medical card yang disediakan The post appeared first on
Tidak Perlu Membazir Hanya Buat Pelamin Diy Pengantin Ini Mampu Meraikan Hari Bahagia Jimat Dan Nampak Sungguh Cantik

Tidak Perlu Membazir Hanya Buat Pelamin Diy Pengantin Ini Mampu Meraikan Hari Bahagia Jimat Dan Nampak Sungguh Cantik

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 2022 hits
Setiap pasangan pengantin pasti mempunyai impian untuk mengadakan perkahwinan yang gah dan akan menghabiskan berpuluh ribu ringgit Tapi sebenarnya anda boleh berjimat untuk mengadakan majlis perkahwinan yang bermakna ini Pasangan mempelai N...
Cara Cepat Kuruskan Badan Yang Berkesan Dengan Hanya Menggunakan Air Rebusan Epal

Cara Cepat Kuruskan Badan Yang Berkesan Dengan Hanya Menggunakan Air Rebusan Epal

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 667 hits
Inilah Cara Cepat Kuruskan Badan Yang Berkesan Dengan Hanya Menggunakan Air Rebusan Epal Mungkin ada yang belum tahu bagaimana air rebusan dari epal boleh menguruskan badan dengan cepat dan sangat berkesan jika diamalkan secara betul Khasia...
Seksanya Mabuk Ketika Hamil Hanya Yang Alaminya Sahaja Tahu 5 Perkara Boleh Kurangkan

Seksanya Mabuk Ketika Hamil Hanya Yang Alaminya Sahaja Tahu 5 Perkara Boleh Kurangkan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 386 hits
Mabuk ketika hamil menjadi satu masalah yang cukup besar atau berkemungkinan menjadi trauma bagi sesetengah wanita yang melaluinya Tidak serik untuk melalui proses melahirkan anak tetapi serik dan terlalu takut melalui tempoh mabuk yang ber...
Longsor Di Pemandian Air Panas Karo 7 Mahasiswa Tewas Dan 9 Orang Luka

Longsor Di Pemandian Air Panas Karo 7 Mahasiswa Tewas Dan 9 Orang Luka

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 234 hits
Para korban telah dievakuasi Seluruh korban meninggal dibawa ke RS Amanda Berastagi Tujuh korban luka juga masih dirawat di sana dan 2 lainnya dirawat di RS Efarina Etaham Berastagi
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel