Dek Kerana Pernah Mvngkir Janji Si Ayah Bina Tiny House Buat Anak Perempuan Kesayangan Bertuahnya Macam Rumah Betul


RAMAI orang mengimpikan agar suatu hari nanti mereka mampu mempunyai rumah impian.
Ada yang inginkan rumah yang besar dan luas, tapi tak kurang juga ada yang inginkan rumah bersaiz sederhana, cukup buat mereka sekeluarga tinggal dengan selesa.
Namun tidak semua orang mampu untuk memiliki rumah idaman terutama sekali bagi mereka yang tinggal di negara yang tinggi nilai tanahnya serta memerlukan kos banyak bagi membina kediaman.
Justeru itu munculnya konsep yang diberi nama Tiny House.

Tiny House milik Masnita Abu Hassan dan keluarganya di Melaka.
Sesuai dengan namanya Tiny House, kebiasaannya mempunyai keluasan sekitar 225 kaki persegi hingga 600 kaki persegi.
Video:
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, salah seorang pemilik Tiny House di Malaysia, Masnita Abu Hassan,50 berkata suaminya, Manuel de Castro, 62 sangat meminati konsep Tiny House Movement (THOW) dan kebetulan pula saiz rumah tersebut amat sesuai untuk dibina di tepi kawasan perumahan mereka.

Masnita (dua dari kanan) bersama keluarganya.
Katanya, Manuel yang juga bekas jurutera mengambil masa lebih kurang setahun untuk membina sendiri rumah terbabit untuk satu-satunya anak g4dis mereka Mia Sarah yang kini berusia 26 tahun.
“Kami berdua memang peminat siri Tiny House Nation, Tiny Luxury dan Amazing space, hari-hari tengok siri ni berulang-ulang dan memandangkan suami akak sudah bersara jadi dia buat keputusan untuk bina sebuah rumah di tepi rumah kami, untuk anak perempuan kami yang masa tu masih belajar di Mesir.
“Masa Sarah kecik, abang (Manuel) memang tak ada masa untuk Sarah dan pernah janji nak buatkan rumah pondok untuk dia, jadi terbinalah Tiny House tu,” kongsinya sambil menambah Tiny House itu dibina menggunakan barangan kitar semula seperti palet, besi dan kayu.

Ruangan tempat menonton televisyen.
Terletak di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka, Tiny house yang memakan belanja sekitar RM42,000 itu mempunyai ruangan yang sama seperti rumah biasa, iaitu ruang menonton televisyen, bilik air, dapur yang lengkap dengan peti ais dan juga katil yang terletak di ruangan loft.

Tiny House ini mempunyai ruangan yang sama seperti rumah biasa, iaitu ruang menonton televisyen, bilik air, dapur yang lengkap dengan peti ais dan juga katil yang terletak di ruangan loft.
Menurut Masnita, selain disewakan sebagai homestay, Tiny House tersebut turut dijadikan ruangan untuk tetamu serta saudara mara yang melawat ke rumah mereka.
“Lepas Tiny house siap kami berdua (dengan suami) duduk di situ hampir setahun juga sebab masa tu anak-anak di universitii dan yang bongsu tengah ambil SPM jadi kami berdua sahaja di rumah, memang rasa besar sangat jadi kami duduk dekat Tiny House sekali sekala.
“Bia ada tetamu, kawan-kawan atau saudara mara datang mereka tidur di Tiny House, seronok sangat-sangat mereka kata konsep Tiny House ni dan kebanyakan mereka mencadangkan kami sewa kepada orang luar sebab belum jumpa lagi Tiny House yang betul-betul mengikut konsep THOW,” katanya.

Tiny House ini kini disewakan sebagai homestay.
Jelasnya, THOW adalah konsep rumah yang boleh bergerak di jalan raya dan berpindah randah.
“Konsep TIny House ini sebenarnya untuk elak beli rumah yang mahal di Amerikat Syarikat dan untuk hidup secara sederhana dan bebas daripada hvtang.
“Memandangkan ruangnya kecil dan sempit, jadi kita perlu pandai maksimumkan penggunaan ruang, selalunya THOW ni saiznya bawah 600 kaki persegi termasuk ruang tamu, dapur, loft untuk tidur dan tandas.
“Kami memang suka konsep loft tu macam rumah lama yang ada loteng, dan kalau diletakkan roda boleh tarik atas jalan raya,” katanya.
Konsep TIny House ini sebenarnya untuk elak beli rumah yang mahal di Amerikat Syarikat dan untuk hidup secara sederhana dan bebas daripada hvtang.MASNITA ABU HASSANMemandangkan Malaysia mungkin tidak membenarkan Tiny House di atas jalan raya, kata Masnita, suaminya memilih untuk meletakkan tiang setinggi satu kaki dari tanah sebagai tangga untuk naik ke rumah mereka.
“Duduk di Tiny house ni memang best, kurang mengemas, ada banyak masa untuk diri sendiri, kami lebih berkomunikasi sebab di mana-mana pun boleh nampak antara satu lain.
“Kami hidup sederhana dan sangat-sangat simple, sampaikan kami berdua rasa macam nak sewakan rumah sekarang dan duduk Tiny House sahaja,” selorohnya.

Ruangan tempat tidur.
Menurut Masnita, lokasi rumah terbabit dibina, dengan tanah lapang untuk beriadah, akak suka tanam pokok bunga dan abang pula pelihara ikan dan burung membuatkan rumah tersebut selesa, walaupun bersaiz kecil.
“Kalau nak kata rasa terperap tu bergantung pada usia dan mungkin lokasi TIny House terbabit, macam kami sudah berusia jadi lebih suka berada dalam rumah sebab tu tak ada rasa terperap,” katanya.
Kawasan rumah mereka juga dilengkapi kolam serta platform untuk beristirehat sambil memperhatikan anak-anak mandi manda.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar


via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2021/09/dek-kerana-pernah-mvngkir-janji-si-ayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni

Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 304 hits
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara baru baru ini kebanyakan ibu bapa telah mula membawa anak anak keluar beriadah dan berkelah di kawasan air terjun pantai taman rekreasi dan beberapa l...
Mengaku Takut Kena Halau Dari Rumah Ayu Ting Ting Ikut Jejak Langkah Ayah Ibu Tanam Benang Di Hidung

Mengaku Takut Kena Halau Dari Rumah Ayu Ting Ting Ikut Jejak Langkah Ayah Ibu Tanam Benang Di Hidung

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 286 hits
Penampilan Ayu Ting Ting kini kelihatan berbeza dengan rambutnya yang berambut perang Namun bukan itu semata yang berubah pada pelantun lagu Sambalado Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina mengaku menjalani rawatan tanam benang d...
Ibu Pak4r Bela Haiwan Siap Pelvk Macam Cucu Anak Kongsi Punca Angsa Rasa Nak Kejar Manusia Laju Laju Angsa Kami Manja

Ibu Pak4r Bela Haiwan Siap Pelvk Macam Cucu Anak Kongsi Punca Angsa Rasa Nak Kejar Manusia Laju Laju Angsa Kami Manja

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 279 hits
SEBUT sahaja tentang angsa pasti ramai yang gervn atau ada kenangan dikejar oleh haiwan tersebut Namun berbeza pula kisahnya bagi seorang wanita di Pulau Pinang yang menternak angsa di belakang rumahnya malah rapat dengan haiwan tersebut Me...
Anak Bergaduh Jangan Terus Menangkan Salah Seorang Bab Ni Ibu Ayah Kena Adil

Anak Bergaduh Jangan Terus Menangkan Salah Seorang Bab Ni Ibu Ayah Kena Adil

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 299 hits
Nak selesaikan perselisihan anak anak memang uji kesabaran kan Fuh breath in breath out je ketika nak hadap tu Ada ketikanya ibu tak boleh nak kawal kesabaran itu Seperti perkongsian Puan Wan Nur Syakira yang banyak berkongsi ilmu parenting...
Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 306 hits
Intoleransi makanan adalah berkaitan dengan tindak balas makanan harian yang diambil dan langsung tidak berkaitan dengan alahan Intoleransi makanan Intoleransi melibatkan reaksi terhadap makanan harian yang anak ambil Tindak balas tak toler...
Vide0 Anak Tanya Kenapa Simpan Rm20 Belakang Phone Jawapan Ayah Memang Out Of The Box

Vide0 Anak Tanya Kenapa Simpan Rm20 Belakang Phone Jawapan Ayah Memang Out Of The Box

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 473 hits
Ayah ayah kita mesti pakai casing telefon yang jenis lipat tu kan Tapi korang perasan tak mesti ada sejumlah duit yang dia orang simpan belakang phone tu Korang pernah tanya tak kenapa dia simpan duit belakang telefon Dalam perkongsian arif...
Nak Anak Pandai Bercakap Mak Ayah Kena Jadi Pengulas Wanita Ini Kongsi Tip Anak Speech Delay Boleh Bertutur

Nak Anak Pandai Bercakap Mak Ayah Kena Jadi Pengulas Wanita Ini Kongsi Tip Anak Speech Delay Boleh Bertutur

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 341 hits
Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka And...
M4afkan Ayah Sayang Anak Berumur 1 Tahun Hiiang Dari Kereta Ditemui Iemas

M4afkan Ayah Sayang Anak Berumur 1 Tahun Hiiang Dari Kereta Ditemui Iemas

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 310 hits
MARAN Seorang kanak kanak lelaki berusia setahun yang hiIang ketika dibawa bapanya ke sebuah Iadang kelapa sawit di Felda Jengka 4 semalam ditemui Iemas di Sungai Jempol di sini hari ini
Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah Dari Zero Sekarang Cekap Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah Dari Zero Sekarang Cekap Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 292 hits
Saat dapat tahu bakal bergelar ibu bapa pastinya kita berjanji dengan pasangan untuk membesar dan mendidik anak dengan baik Tambah pula masing masing tiada pengalaman jadi pastinya kita akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga anak pertama de...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities