Dehidrasi Ketika Bersenam
Kemungkinan besar anda juga pernah mengalami dehidrasi
sebelum ini ketika bersenam, tetapi anda tidak mengetahuinya atau tidak perasaan.
Rasa letih lesu, sakit kepala dan bibir yang kering, ini semua
adalah simptom dehidrasi biasa yang akan hilang sebaik sahaja kandungan cecair
dalam badan anda sudah kembali stabil.
Tetapi apabila bercakap mengenai senaman, dehidrasi ringan
pun sudah cukup memberikan impak negatif.
Bagaimanakah dehidrasi mempengaruhi
kualiti senaman anda?
Sel tubuh memerlukan air untuk menghasilkan tenaga.
Adenosina trifosfat (ATP) merupakan sumber tenaga asas yang
penting bagi membolehkan otot tubuh berfungsi dengan sempurna.
Ketika
sesi workout, tubuh akan menukarkan nutrien seperti karbohidrat dan lemak
kepada ATP melalui proses anarobik (tanpa oksigen) dan aerobik (dengan
oksigen).
Walau bagaimanapun, sel tubuh hanya boleh menyimpan ATP dalam jumlah
yang sedikit sahaja. Jadi, proses ini akan sentiasa berterusan kerana tubuh
kita sentiasa bergerak.
Walaupun apa sahaja yang kita makan akan diuraikan dan
ditukarkan kepada ATP, proses ini tidak boleh berlaku tanpa kehadiran air.
Salah satu sistem penting yang menghasilkan ATP ialah citric acid cycle atau Kreb’s
cycle.Apabila tubuh ternyahhidrat, Kreb’s cycle tidak dapat berfungsi
dengan baik bagi menghasilkan tenaga.
Sebab itulah kita akan rasa letih dan lesu
dengan cepat apabila kekurangan air.
Kandungan cecair dalam tubuh yang tidak mencukupi
menyebabkan jantung terpaksa berkerja lebih keras untuk mengepam darah.
Jantung mengepam sejumlah isipadu darah ke seluruh tubuh
pada satu-satu masa.
Oleh itu, kita memerlukan kandungan cecair yang cukup bagi
mengekalkan isipadu darah yang mencukupi.
Jadi, apabila kandungan cecair tidak
cukup, maka isipadu darah juga akan berkurangan.
Akibatnya, jantung terpaksa
mengepam darah dengan lebih laju agar dapat menyalurkan jumlah isipadu darah
yang sama ke seluruh tubuh.
Apabila hal ini berlaku, pergerakan yang ringan pun
sudah cukup membuatkan anda termengah-mengah.
Dehidrasi juga akan mengganggu pengawalan suhu badan.
Ketika bersenam, kulit, otot dan jantung akan ‘berebut’ untuk
mendapatkan cecair yang mencukupi bagi mengekalkan fungsi tubuh yang baik.
Apabila anda ternyahidrat dan isipadu darah berkurangan, ia tidak dapat
memenuhi kesemua keperluan tersebut dan hal ini bermakna mekanisme penyejukan
badan juga akan terganggu.
Sekiranya anda bersenam di dalam persekitaran yang dingin,
hal ini mungkin tidak membawa masalah.
Tetapi apabila melakukan senaman
berintensiti tinggi, lebih-lebih lagi dalam persekitaran yang panas, impak
dehidrasi akan menjadi lebih ketara.
Bayangkan keadaan di mana tubuh kita perlu
menghasilkan peluh yang lebih banyak tetapi kandungan air tidak cukup?
Apabila
keperluan air semakin mendesak, tubuh kita secara automatiknya akan
mengutamakan keperluan jantung terlebih dahulu.
Jadi penghasilan peluh akan
berkurangan.
Namun apakah yang akan terjadi sekiranya sesi senaman tetap
diteruskan dalam keadaan sedemikian?
Tubuh akan mengalami overheating dan
seterusnya terdedah kepada risiko strok haba.
Justeru itu, sebaik-baiknya minum air secukupnya sebelum
memulakan sesi senaman dan pastikan anda membawa bekalan air juga.
Hal ini
kerana tubuh akan sentiasa kehilangan air melalui proses pernafasan, berpeluh
dan penghadaman.
Oleh itu, mengekalkan tahap hidrasi adalah sangat penting bagi
memastikan kelancaran sistem tubuh yang sempurna.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sainsdansukan.blogspot.com/2019/02/kolej-matrikulasi-labuan-dehidrasi.html