Definisi Umur Belia Di Malaysia
Umur belia di Malaysia bakal mengalami perubahan bermula tahun 2026 menurut Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh.
Ini selepas berlakunya pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) pada tahun 2019.
Definisi Umur Belia Di Malaysia
Pada ketika ini, had umur belia adalah adalah 15 hingga 40 tahun selepas Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 688) diperkenalkan.
Namun, pada tahun 2019, Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 telah diluluskan di parlimen yang melibatkan penurunan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.
Ini bermakna, tempoh pemegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan belia tidak lebih dua penggal iaitu dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh pelantikannya.
Namun, pelaksanaannya ditangguhkan sehingga 1 Januari 2026 selepas beberapa siri perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Dasar Belia Negara
Kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan Dasar Belia Negara yang dilaksanakan pada bulan Jun 1991.
Dasar ini diperkenalkan disebabkan jumlah belia adalah separuh daripada jumlah penduduk Malaysia.
Dasar ini juga diwujudkan untuk memberi garis panduan bagi meyusun dan mengendali rancangan-rancangan belia negara ini.
Dasar ini menggariskan pembinaan belia adalah merangkumi prinsip-prinsip berikut:
Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Mempunyai semangat perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi.
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang.
Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan Negara.
Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri.
Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.
Namun, terdapat satu lagi dasar yang berkaitan dengan belia diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Dasar Pembangunan Belia Negara.
Dasar tersebut mula diperkenalkan pada tahun 1985, dasar ini ’digubah semula’ pada tahun 1997.
Dasar tersebut merupakan satu dasar sosial bagi golongan belia di negara ini yang mencakupi mereka yang umur 15 hingga 40 tahun.
Hari Belia Negara
Hari Belia Negara di Malaysia telah ditetapkan pada setiap 15 Mei setiap tahun.
Walau bagaimanapun, sambutan Hari Belia Negara di seluruh dunia adalah berbeza:
PBB: Hari Belia Antarabangsa ditetapkan pada 12 Ogos.
Singapura: Hari Belia disambut pada Ahad pertama setiap Julai.
Afrika Selatan: Disambut pada 16 Jun untuk memperingati para belia yang terkorban sewaktu rusuhan pelajar di Soweto yang berlaku pada 16 Jun 1976.
India: Hari Belia disambut pada setiap 12 Januari.
Bagi Hari Belia Negara 2024, KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) menganjurkan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula 24 hingga 26 Mei 2024.
Ianya dijangka akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Tema bagi hari tersebut adalah “Yakin Boleh” dengan penganjuran program dan aktiviti berfokuskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dengan 60 buah pengisian.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1033444/had-umur-30-tahun-belia-berkuat-kuasa-1-januari-2026#
Baca juga:
Hari Belia Negara 2024: Tema, Sambutan dan Majlis Perasmian
Definisi & Umur Warga Emas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/umur-belia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=umur-belia