Definisi Rejab Hadith Tidak Sahih Berkaitan Bulan Rejab Amalan Yang Boleh Dilakukan Pada Bulan Rejab


Assalamualaikum
Bismillah
Doa Bulan Rejab
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Tambahan pula, Allah SWT juga berfirman berkaitan bulan Haram ini di dalam surah al-Taubah:

Firman Allah SWT:

إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”. [al-Taubah:36]
Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]

Definisi Bulan HaramBulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”. [Riwayat al-Bukhari (4054)]
Antara makna hadith ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani bahawa bulan-bulan ini kembali kepada asalnya serta menghapuskan al-Nasi’ (penangguhan). Telah berkata al-Khattabi bahawa mereka (orang jahiliyyah) berselisih di antara bulan-bulan dalam satu tahun pada menghalalkan, mengharamkan, menpercepatkan, melambatkan berdasarkan sebab-sebab yang datang kepada mereka. Antaranya, bagi mempercepatkan peperangan maka mereka menghalalkan bulan haram kemudian mereka mengharamkannya pada bulan yang lain iaitu selain daripada bulan haram. [Lihat: Fath al-Bari, 325/8]

Kelebihan Bulan HaramBulan haram ini juga mempunyai beberapa kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain, antaranya ialah:
Terdapat sebahagian ulama’ mengatakan afdhal melakukan umrah pada bulan Zul al-Kaedah berdasarkan hadith di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi SAW melaksanakan kesemua umrah baginda SAW di dalam bulan ini.

Pada bulan Syawal, Zul al-Kaedah dan Zul al-Hijjah, umat Islam akan mula menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini tidak boleh dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain.

Berpuasa sunat pada 9 Zul al-Hijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji.

Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari Asyura’.
Definisi RejabRejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya. Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). [Lihat: Mukhtar al-Shihah, 118] 
Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya. Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir dan selepasnya adalah Sya’ban


Kabilah Bani MudharSyeikh Mustafa al-Bugho mengatakan Rejab Mudhor ini dinisbahkan kepada Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain ketika menta’liqkan hadith ini di dalam Sahih al-Bukhari.


Nama-Nama Bulan RejabDisebutkan di dalam Kitab Mawahib al-Jalil [Lihat: al-Mawahib, 408/2] bahawa bulan Rejab mempunyai 16 nama, antaranya:
Al-Ashom (الْأَصَمُّ) kerana mereka meninggalkan peperangan padanya.Al-Ashob (الأَصَبُّ) kerana orang kafir Makkah mengatakan diturunkan rahmat padanya.Rajm (رَجْمٌ) kerana Syaitan direjam padanya.Al-Shahr al-Haram (الشَّهْرُ الْحَرَامُ)Al-Muqim (الْمُقِيمُ) kerana pengharaman kekal dan tidak digugurkan.Al-Mu’la (الْمُعَلَّى) kerana bulan ini tinggi (mulia) berbanding bulan-bulan lain.Al-Fard (الْفَرْدُ)Munshil al-Asinnah (مُنْصِلُ الْأَسِنَّةِ)Munshil al-Aali (مُنْصِلُ الْآلِ)Munzi’ al-Asinnah (مُنْزِعُ الْأَسِنَّةِ)Syahr al-Atiroh (شَهْرُ الْعَتِيرَةِ) kerana mereka menyembelih ‘athiroh (nama bagi sembelihan yang dilakukan oleh orang kafir pada zaman Jahiliyyah).Al-Mubdi (الْمُبْدِي)Al-Mu’ash’ish (المُعَشْعِشُ)Syahr Allah (شَهْرُ اللَّهِ)
Hadith-Hadith Tidak Sahih Berkaitan Bulan RejabAntara hadith-hadith yang tidak sahih berkaitan bulan Rejab:

Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

فَضْلُ شَهْرِ رَجَبٍ عَلَى الشُّهُورِ كَفَضْلِ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ

Maksudnya: “Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan al-Qur’an berbanding semua jenis kalam”.Hadith ini palsu dan ini juga merupakan pendapat Imam Ibn Hajar di dalam al-Tabyin. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 85/2]


Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا تَغْفَلُوا عَنْ أَوَّلِ جُمُعَةٍ مِنْ رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيهَا المَلَائِكَةُ الرَّغَائِب

Maksudnya: “Janganlah kamu lalai pada Jumaat yang pertama daripada bulan Rejab kerana sesungguhnya terdapat padanya satu malam yang dinamakan oleh malaikat sebagai al-Raghaib”.
Hadith ini dusta keseluruhannya menurut Ibn al-Qayyim. [Lihat: al-Manar al-Munif, 95]


Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ فِيْ الجَنَّةِ نَهْرًا يُقَالُ لَهُ رَجَب مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ وَأَحْلَى مِنَ العَسَلِ، مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَب سَقَاهُ اللهُ مِنْ ذَلِكَ النَّهْرِ

Maksudnya: “Bahawasanya di dalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai tersebut”.
Hadith ini bathil menurut Imam al-Zahabi. [Lihat: Mizan al-Mu’tadil, 189/4]


Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَامَ أَوَّلَ يَوْمٍ مِنْ رَجَبٍ يَعْدِلُ ذَلِكَ بِصِيَامِ سَنَةٍ ، وَمَنْ صَامَ سَبْعَةَ أَيَّامٍ أُغْلِقَ عَنْهُ سَبْعَةُ أَبْوَابِ النَّارِ ، وَمَنْ صَامَ مِنْ رَجَبٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ نَادَىْ مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ سَلْ تُعْطَهْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari pertama bulan Rejab umpama berpuasa setahun, barangsiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka dan barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab sepuluh hari diseru daripada penyeru dari langit bahawa mintalah lalu diberikan (apa yang diminta)”.
Hadith ini bathil dan tiada asal baginya menurut Imam al-Syaukani. [Lihat: al-Fath al-Rabbani, 3212/6]


Fatwa Ulama’-Ulama’ Berkaitan Puasa RejabDi dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah [Lihat: al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah, 95/28] mengatakan bahawa jumhur ulama’ daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah dan al-Syafieyyah mengatakan sunat berpuasa pada bulan-bulan Haram. Ini kerana, mereka berdalilkan dengan sebuah hadith daripada Imam Muslim:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، صِيَامُ شَهْرِ اللهِ الْمُحَرَّمِ
Maksudnya: “Sebaik-baik solat selepas daripada solat fardhu adalah solat malam dan sebaik-baik puasa selepas daripada Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah al-Muharram”. [Riwayat Muslim (1163)]
Akan tetapi, mereka mengatakan berpuasa pada bulan Rejab sahaja adalah makruh berdalilkan dengan sebuah hadith di dalam Sunan Ibn Majah:

Daripada Abdullah bin Abbas RA berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ رَجَبٍ
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW melarang berpuasa pada bulan Rejab”. [Riwayat Ibn Majah (1743)][Imam al-Syaukani [Lihat: Nail al-Authar 293/4 ]mengatakan hadith ini terdapat dua orang perawi yang dhaif iaitu Zaid bin Abd al-Hamid dan Daud bin Atha’][Hadith ini adalah dhaif jiddan (teramat lemah)]
Ini kerana, jika seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab sahaja maka ia menunjukkan seakan-akan mereka ini menghidupkan syiar (lambang) golongan Jahiliyyah pada masa lalu yang memuliakan bulan ini. 
Walaupun begitu, larangan atau pemakruhan ini akan hilang jika seseoang itu berbuka pada salah satu hari daripada bulan tersebut (tidak berpuasa penuh) atau berpuasa pada bulan yang lain daripada tahun tersebut dan tidak semestinya terus selepas daripada Rejab.

Hukum Puasa Tiga Bulan Secara BerterusanDalam masalah ini, Syeikh Athiyyah Shaqar berpendapat bahawa berpuasa penuh pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan tidak ada dalil yang menghalangnya. [Lihat: Ahsan al-Kalam, 444/3]  Tambahan pula, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi juga mengatakan bahawa perbuatan tidak dilakukan oleh Nabi SAW, para sahabat RA dan juga para tabi’in. [Lihat: Fatawa Mu’ashirah, 279/1]
Walaubagaimanapun, kami juga telah diberitahu oleh guru kami fadhilah al-Syeikh al-Allamah Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahullah bahawa puasa 3 bulan berturut-turut iaitu berpuasa penuh pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan diamalkan oleh para solihin dan ia tidak bercanggah selamamana dia mampu untuk melakukannya dengan tidak beri’tiqad (menganggap) bahawa ia adalah sunnah. 
Dalam masa yang sama, kita juga tidak boleh mengatakan bahawa orang yang tidak berpuasa itu tidak beramal dengan sunnah.

Amalan-Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan RejabAntara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah:
BerpuasaMemperbanyakkan bersedekahMemperbanyakkan membaca al-Qur’anMemperbanyakkan berzikirMemperbanyakkan solat-solat sunat
Ringkasan Video : Amalan dan Keutamaan Bulan Rajab - Ustadz Adi HidayatDi bulan ini, adalah bulan dimana melatih diri kita untuk melakukan lebih banyak amal soleh dan menjauhi perkara yang boleh menzalimi diri kerana ia memberi kesan kepada diri kita seperti melakukan amal soleh akan dilipatgandakan pahala, manakala melakukan kejahatan maksiat akan dilipatgandakan dosa. 
Dalam erti kata lain, bulan ini dosa dan pahala akan dilipatganda. Oleh itu, para ulama mengatakan bahawa perbanyakkan amal soleh seperti tingkatkan amalan fardu (solat awal waktu), tambahkan amalan sunat (Tahajjud, Dhuha, Rawatib)

Selain itu, banyakkan bersedekah, memberi infaq ataupun berkongsi pengetahuan tentang Islam di media sosial.
Pada masa yang sama, usahakan untuk tinggalkan perbuatan maksiat yang dilarang oleh Allah. Oleh itu, cuba usahakan untuk tinggalkan perbuatan negatif dari fikiran, pandangan, pendengaran, lisan, sampailah ke hujung kaki. 
Hikmah di bulan ini ialah latihan awal sebelum kita memasuki puncak ibadah iaitu di Bulan Ramadan. Rejab adalah pembukanya, Sya'ban adalah menguatnya, dan Ramadan adalah hakikat perjuangan. 
Di samping itu juga, perbanyakkan amalan berpuasa pada bulan ini kerana puasa dapat meningkatkan ketakwaan seorang hamba. 
Keistimewaan bulan ini kerana berlakunya beberapa peristiwa seperti Isra' & Mikraj, kemenangan dalam Perang Tabuk, dan dibebaskan Masjidil Aqsa di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayubi.
Rujukan :TAHQIQ MASAIL SIRI KE-3: BULAN REJAB DAN ISU-ISU BERKAITAN DENGANNYA

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-41: STATUS DOA BERKENAAN REJAB, SYAABAN DAN RAMADAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2023/02/definisi-rejab-hadith-tidak-sahih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peristiwa Dan Amalan Di Bulan Rejab

Peristiwa Dan Amalan Di Bulan Rejab

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 369 hits
Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini terdapat peristiwa Israk dan Mikraj Oleh itu agama Islam menuntut uma...
Hadis Berkaitan Keutamaan Dan Amalan Bulan Safar

Hadis Berkaitan Keutamaan Dan Amalan Bulan Safar

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 163 hits
Mengenai hadis yang berkaitan dengan keutamaan dan amalan bulan Safar semuanya tidak ada yang sahih berdasarkan penelitian para ulama Contohnya ayat Barang siapa yang memberitahukan berita 1 Safar kepada yang lain maka haram api neraka bagi...
Anwar Malaysia Boleh Maju Jika Amalan Rompak Kekayaan Negara Dihentikan

Anwar Malaysia Boleh Maju Jika Amalan Rompak Kekayaan Negara Dihentikan

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 223 hits
selangorkini myPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 di SPICE Arena Pulau ...
Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 289 hits
NIAT PUASA SUNAT BULAN REJAB Assalamualaikum Hari nii 25 Januari 2023 bersamaan 03 Rejab 1444H Kita telah pun melangkah ke bulan Rejab Tak berapa lama lagi nak bertemu Ramadan Moga Allah SWT mengurniakan kita kesihatan yang baik dan kesempa...
Amalan Jemput Rezeki Isteri Boleh Buat Urusan Suami Pun Jadi Mudah

Amalan Jemput Rezeki Isteri Boleh Buat Urusan Suami Pun Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 223 hits
Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki sebenarnya amalan ini sangat ...
Anak Dah Masuk Usia 6 10 Bulan Bayi Dah Boleh Membebel Kalau Belum Ini Tanda Red Flag

Anak Dah Masuk Usia 6 10 Bulan Bayi Dah Boleh Membebel Kalau Belum Ini Tanda Red Flag

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 147 hits
Anak masih belum tunjuk tanda tanda bercakap memang merisaukan ibu ayah Kadang kadang anak dah berusia 5 tahun barulah ibu ayah sedar bahawa anak mereka lambat bertutur disebabkan kurang tahu tentang red flag lewat pertuturan aya Puan ada a...
Puasa Ayyaumil Bidh Bulan Rejab 1444h

Puasa Ayyaumil Bidh Bulan Rejab 1444h

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 207 hits
Puasa AYYAUMIL BIDH bulan REJAB 1444 H In syaa Allah jatuh pd hari Sabtu 4 Februari 2023 13 Rejab 1444 H Ahad 5 Februari 2023 14 Rejab 1444 H Isnin 6 Februari 2023 15 Rejab 1444 H Jika anda tidak dapat melaksanakannya maka jangan kehilangan...
Niat Puasa Sunat Bulan Rejab Niat Ganti Puasa Dan Hukum Menggabungkan Puasa Ganti Dan Puasa Sunat

Niat Puasa Sunat Bulan Rejab Niat Ganti Puasa Dan Hukum Menggabungkan Puasa Ganti Dan Puasa Sunat

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 342 hits
23 Januari 2023 bersamaan dengan 1 Rejab 1444H Bulan Rejab merupakan salah satu bulan haram Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan Selain itu ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al Jahiliyyah de...
Dah Jadi Zombi Bergilir Jaga Anak Kalaulah Sakit Tu Boleh Transfer Anak Vivy Yusof Terkena Jangkitan Stomach Flu

Dah Jadi Zombi Bergilir Jaga Anak Kalaulah Sakit Tu Boleh Transfer Anak Vivy Yusof Terkena Jangkitan Stomach Flu

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 136 hits
Ibu bapa mana yang tak sedih melihat anak dalam kesakitan Begitulah luah ahli perniagaan yang terkenal Datin Vivy Yusof apabila cahaya mata ketiganya Sarah Ilham Shah dimasukkan ke wad kanak kanak akibat jangkitan Flu perut Info Apa itu flu...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco