Deepseek Model Ai Terbaharu Cara Muat Turun


DeepSeek merupakan model AI terbaharu daripada negara China yang kini menjadi bualan orang ramai di seluruh dunia terutamanya berkaitan dengan teknologi.
Ini selepas syarikat ini sedang menggegarkan pasaran saham global kerana keupayaannya menghasilkan model AI berprestasi tinggi dengan kos yang jauh lebih murah.
Ini mengakibatkan saham Nvidia dan syarikat pengeluar cip lain jatuh, manakala saham syarikat berkait dengan DeepSeek di China melonjak.
Apakah Itu DeepSeek? DeepSeek ialah syarikat AI dari China yang baru ditubuhkan pada tahun 2023 oleh Liang Wenfeng, seorang ketua dalam dana lindung nilai berasaskan AI, High-Flyer.
Ianya chatbot berasaskan AI yang dicipta untuk bersaing dengan produk besar yang lain seperti ChatGPT, Gemini dan Claude.
Apa yang menjadikan ianya istimewa ialah ianya model AI mereka bersifat open source.
Ini bermaksud sesiapa sahaja boleh muat turun, ubah, atau gunakan teknologi ini secara percuma.
Model AI terbaharu iaitu DeepSeek R1 dilancarkan oleh syarikat yang berpangkalan di China mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding beberapa model yang dibangunkan oleh OpenAI dan Meta.
R1 dilatih hanya selama dua bulan dengan kos sekitar $6 juta dan menggunakan GPU NVIDIA H800 yang telah dikurangkan kuasa bagi membolehkan ia dijual ke China oleh NVIDIA.
Model ini merupakan open source yang bermakna sesiapa pun boleh memuat turun model ini dan memasangnya di computer sendiri.
Kelebihan DeepSeek Kelebihan model AI ini adalah seperti berikut:
1. Kos Latihan Rendah
Syarikat ini berjaya membina model AI mereka dengan kos hanya USD5.6 juta sahaja jika dibandingkan dengan GPT-4 dari OpenAI, yang memakan kos USD78.4 juta, atau Gemini Ultra dari Google yang menelan belanja USD191.4 juta.
Dengan bajet yang kecil, model AI ini mampu mencapai hasil yang sama hebatnya dan tidak mustahil lebih baik.
2. Prestasi Tinggi
DeepSeek R1 telah membuktikan keupayaan mereka melalui ujian seperti AIME 2024 untuk matematik, MMLU untuk pengetahuan umum, dan AlpacaEval 2.0 untuk soalan dan jawapan.
Model ini berada setaraf atau lebih baik daripada model-model terkenal lain.
3. Kecekapan Tenaga
Ianya hanya menggunakan hanya 10% daripada kuasa pengkomputeran yang diperlukan oleh model seperti Llama 3.1 dari Meta.
Ini bermakna lebih banyak pengguna, termasuk syarikat kecil, mampu mengakses teknologi AI canggih tanpa memerlukan supercomputer.
Bahkan, kad grafik Nvidia Jetson Nano yang berharga sekitar RM400 pun boleh jalankan model DeepSeek paling kecil!
4. Harga yang Sangat Murah
DeepSeek menawarkan harga penggunaan token yang sangat rendah seperti berikut:
GPT-4: $15 per juta token GPT-3.5: $60 per juta token DeepSeek V3: $0.28 per juta token DeepSeek R1: $2.19 per juta token Bagi pembangun atau syarikat kecil, ini adalah berita gembira kerana kos pembangunan produk berasaskan AI boleh dikurangkan dengan drastik.
Kelemahan DeepSeek Namun, terdapat kelemahan model AI ini adalah seperti berikut:
1. Penapisan Kandungan
Seperti AI lain dari China, ianya menapis topik sensitif.
Contohnya, model AI ini mengelak daripada membincangkan isu seperti protes Tiananmen atau hubungan geopolitik sensitif seperti Taiwan.
2. Masalah Infrastruktur Cloud
Peningkatan populariti model AI ini menyebabkan pelayan mereka mengalami gangguan kerana jumlah pengguna yang mendadak. DeepSeek perlu memastikan infrastruktur mereka mampu menampung permintaan yang semakin meningkat.
Muat Turun DeepSeek Model AI ini boleh dibuat turun menerusi:
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.deepseek.chat Apple Appstore: https://apps.apple.com/in/app/deepseek-ai-assistant/id6737597349 Sumber: Izzuddin Yussof & Jazli Izzuddin 
Baca juga: PlayStation 6: Jangkaan Pelancaran Di Malaysia & Spesifikasi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/deepseek/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=deepseek

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netflix Akhirnya Benarkan Pengguna Ios Muat Turun Semusim Dengan Satu Klik

Netflix Akhirnya Benarkan Pengguna Ios Muat Turun Semusim Dengan Satu Klik

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 112 hits
Netflix kini memperkenal butang 8220 Season Download 8221 untuk pengguna iPhone dan iPad memudahkan muat turun keseluruhan episod dalam satu musim hanya dengan satu klik Buat pengetahuan ciri ini telah pun tersedia pada peranti Android seja...
Will Deepseek S Efficient Ai Model Reduce Or Boost Data Centre Demand

Will Deepseek S Efficient Ai Model Reduce Or Boost Data Centre Demand

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 168 hits
CLAIMS by DeepSeek s large language model costing just USD5 6mil to train a fraction of the billion dollar investments that US companies have made may reduce the need for data centres in the future However we envisage DeepSeek s advancement...
Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 163 hits
Kita semua biasa mendengar istilah bersangka baik Bagi kebanyakkan orang bersangka baik ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi dirinya Ia merupakan sesuatu yang sering diungkapkan dan meniti dibibir Bila ada seseorang yang berkelakuan kur...
Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 303 hits
Info cash loan TNG Touch n Go eWallet bukan sahaja memudahkan pembayaran digital tetapi juga menyediakan perkhidmatan pinjaman baharu yang dikenali sebagai Cash Loan Bagi mereka yang memerlukan pinjaman mikro secara cepat dan mudah Cash Loa...
Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 147 hits
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Sindrom Turner dikatakan menjejaskan kira kira 1 daripada setiap 2 000 hingga 4 000 bayi perempuan yang lahir di seluruh dunia Namun begitu di Malaysia kita tidak mempunyai data yang cukup untuk melih...
Soalan Malu Yang Mungkin Diterima Semasa Perjumpaan Cny Cara Menanganinya

Soalan Malu Yang Mungkin Diterima Semasa Perjumpaan Cny Cara Menanganinya

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 120 hits
Tahun Baru Cina adalah waktu untuk meraikan dan berkumpul bersama keluarga Ini adalah saat yang tepat untuk bertemu semula dengan saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa dan menyemarakkan ikatan antara kita Namun kadang kadang saudara m...
Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 177 hits
Tiga perkara yang mesti dielakkan oleh suami isteri jika kita inginkan rumah tangga yang harmoni damai dan diberkati 1 Suami isteri mesti berusaha untuk mengelakkan pertengkaran dalam rumah tangga Pertengkaran pergaduhan jeritan jeritan kas...
Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 152 hits
Pengenalan Konsep Jadual Aktiviti Harian Apa itu Jadual Aktiviti Harian Jadual Aktiviti Harian adalah alat pengurusan masa yang menyenaraikan semua aktiviti yang perlu dilakukan dalam sehari Bayangkan seseorang yang memiliki senarai dari ba...
Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 221 hits
Dividen 2024 okay Amanah Saham Bumiputera tetap menjadi pilihan utama pelaburan bagi Bumiputera di Malaysia Pengumuman dividen ASB menjadi saat penting yang dinanti oleh pelabur setiap tahun Untuk tahun 2024 berikut adalah maklumat penting ...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Fractional Reserve Banking

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Shiha Zikir Ieda Zikir Tum Tum Raya Chord

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Memahami Asas Perbankan Islam Di Malaysia Fakta Dan Realiti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Asrama

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Depresi

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord