Debat Pertama Trump Biden Kelam Kabut Tegang




DEBAT pertama Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini antara Presiden Trump dan calon pencabarnya yang mewakili parti Demokrat, Joe Biden, berlangsung dalam suatu suasana tegang dan kelam-kabut sebagaimana yang dijangkakan oleh kebanyakan pihak termasuk media di AS sebelum ini

Debat ini merupakan satu debat yang bersejarah kerana ia merupakan satu debat yang kurang matang, bersifat peribadi, dan kebudak-budakan oleh dua calon Presiden yang sudahpun melewati usia tujuh puluhan yang belum pernah disaksikan dalam sejarah politik AS.

Sikap Trump sepanjang debat berlangsung adalah bagai “anjing di tepuk menjongket ekor”, bersifat agresif membuat pelbagai kenyataan yang tidak benar dengan angkuh. Trump sebagaimana biasa mengutarakan pelbagai hujah yang mengelirukan dan palsu.

ini menggambarkan kepada kita betapa besarnya cabaran yang wujud dalam satu dunia pasca-kebenaran di mana berita palsu dengan mudah diguna dan diterima pakai oleh ramai pihak.
Debat presiden ini menyentuh pebagai isu penting di AS dari pelantikan hakim dalam Mahkamah Agong, kebajikan kesihatan dan insurans kesihatan, COVID-19, ekonomi, keganasan dan isu perkauman sehingga kepada isu integriti pilihanraya.  
 Merujuk integriti pilihanraya, Trump dengan jelas enggan mengiktiraf keputusan pilihanraya dengan mempersoalkan integriti undi pos dan posisi Trump ini akan mewujudkan suasana kecoh selepas pilihanraya yang bakal berlangsung pada 3 November 2020.
Undi pos merupakan satu saluran selamat dalam era pandemik COVID-19 di AS yang sehingga hari ini menyaksikan kematian lebih dari 205,000 orang. Adalah dijangkakan lebih 80 juta undi akan di lakukan melalui undi pos dan pentadbiran Trump enggan meluluskan belanjawan tambahan bagi meningkatkan keberkesanan Perkhidmatan Pos AS

Kengganan Trump mengambil pendirian yang jelas mengutuk tindakan golongan supremasi kulit putih juga membayangkan negara tersebut akan diwarnai oleh protes yang berpanjangan dalam kalangan pihak konservatif yang mendapat endorsement dari pentadbiran Trump mahu pun di pihak kiri yang memperjuangkan apa yang Trump katakan sebagai pegangan sosialis Biden

Walaupun Biden sepanjang perdebatan cuba sebaik mungkin bersifat tenang dan berusaha mengutarakan isu yang menyentuh sanubari rakyat AS iaitu perihal politik demokrasi dan keperluan mengundi, ekonomi dan pekerjaan, keadilan sosial, persamaan hak dan toleransi kaum, beliau gagal mengemukakan dengan jelas hala tuju polisi pihak Demokrat dalam menangani isu politik dan sosio-ekonomi semasa AS sekiranya diberi peluang mentadbir

Debat ini juga menunjukkan bagaimana berbelah baginya negara AS. Adalah jelas, sistem dua parti yang ketat di AS tidak boleh lagi berfungsi bagi sebuah negara besar seperti AS

Kita lihat bagaimana parti Republikan dan juga Demokrat berpecah dengan pengambilalihan pihak radikal baik di pihak kanan maupun di pihak kiri. Mereka yang memilih jalan tengah tidak lagi mempunyai suara dalam kemelut politik berparti di AS hari ini

AS mungkin secara serius harus menimbangkan satu sistem yang membenarkan beberapa parti untuk bertanding dan membentuk satu parti campuran

Malahan ramai juga yang merasakan sistem electoral college yang sedia ada harus digantikan atau dihapuskan. Ini merupakan satu naratif kegagalan perlembagaan abad ke-18 dengan bias terhadap supremasi kulit putih dan fanatik agama

Perjalanan debat dan intipatinya menggambarkan kepada kita betapa kuasa besar itu akan mengalami keadaan kucar kacir beberapa bulan selepas berakhirnya pilihanraya

Trump sendiri mengakui sekiranya perlu pihak Mahkamah Agong akan menentukan keputusan pilihanraya. Satu hari yang amat menyedihkan bagi rakyat Amerika Syarikat yang terpaksa memilih antara dua calon presiden yang tidak memiliki ciri kepimpinan yang diperlukan oleh sebuah kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

 Shakila Yacob
Pengarah eksekutif di Institusi Antarabangsa Polisi Awam
dan Pengurusan dan pensyarah di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya.
#Sumber : Astro   

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/debat-pertama-trump-biden-kelam-kabut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Will You Shut Up Man Joe Biden Bidas Donald Trump

Will You Shut Up Man Joe Biden Bidas Donald Trump

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 418 hits
Will you shut up man kata calon Demokrat Joe Biden kepada Donald Trump ketika Presiden Amerika Syarikat itu mencelah dan menganggunya ketika debat Presiden AS pusingan pertama pada Selasa Saya tidak mahu bertanya sebab persoalan di sini ada...
Interruptions And Insults Dominate First Trump Biden Us Presidential Debate

Interruptions And Insults Dominate First Trump Biden Us Presidential Debate

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 214 hits
US President Donald Trump and Democratic Party challenger Joe Biden squared off in a tense first presidential debate on September 29 2020 The live television appearance from Cleveland in the US state of Ohio included heated debate about Cov...
First 2020 Presidential Debate Between Donald Trump And Joe Biden

First 2020 Presidential Debate Between Donald Trump And Joe Biden

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 283 hits
President Donald Trump and former Vice President Joe Biden participate in the first 2020 presidential debate in Cleveland OH
Trump Menjejaskan Pasaran Bahan Mentah Harga Minyak Meningkat Lebih Dari 2

Trump Menjejaskan Pasaran Bahan Mentah Harga Minyak Meningkat Lebih Dari 2

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 315 hits
Jumaat lalu berita mengenai Trump dijangkiti Coronavirus dikeluarkan Oleh kerana itu berlaku penurunan harga minyak yang cepat tetapi berubah kembali hari ini Pagi ini harga minyak meningkat lebih dari 2 Proses proses ini memberi kesan yang...
Eur Usd 6 Oktober Laporan Cot Trump Keluar Dari Hospital Selepas Tiga Hari

Eur Usd 6 Oktober Laporan Cot Trump Keluar Dari Hospital Selepas Tiga Hari

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 286 hits
EUR USD 1H Pada 5 Oktober pasangan EUR USD menyambung semula proses pertumbuhan dan mengukuh di atas tahap pembetulan 38 2 Oleh itu pertumbuhan harga sekarang dapat diteruskan ke arah tahap Fibo seterusnya 50 0 Pada masa yang sama Presiden ...
Infected Trump Slammed For Risking Others In Outrageous Political Stunt

Infected Trump Slammed For Risking Others In Outrageous Political Stunt

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 188 hits
US President Donald Trump briefly left the military hospital where he is being treated for Covid 19 in a motorcade on Sunday to wave to supporters gathered outside sparking criticism that he was putting others at risk for a political stunt ...
Experts Raise Questions About Severity Of Trump S Covid 19

Experts Raise Questions About Severity Of Trump S Covid 19

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 190 hits
Doctors not involved in treating President Donald Trump for Covid 19 said the fact that he has been started on dexamethasone a generic steroid widely used in other diseases to reduce inflammation is the strongest evidence yet that his case ...
Covid 19 Jangkitan Terhadap Trump Serius

Covid 19 Jangkitan Terhadap Trump Serius

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 312 hits
Doktor yang tidak terlibat dalam merawat Donald Trump untuk Covid 19 mengatakan keadaan presiden AS itu serius kerana dia telah mula menggunakan dexamethasone steroid generik yang banyak digunakan dalam penyakit lain untuk mengurangkan kera...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi