Dbrand Bocorkan Nintendo Switch 2 Jual Aksesori Baru Untuknya




Desas-desus terbaru menunjukkan apa yang mungkin ditawarkan oleh konsol handheld baru Nintendo (dikenali sebagai Switch 2 buat masa ini). Paling menarik, maklumat terperinci datang daripada pengeluar aksesori Dbrand, yang telah mula mempromosikan casing baru untuk peranti yang belum diumumkan ini, sebelum pelancaran dijadualkan tahun depan.
Dalam kenyataannya kepada The Verge dan Insider Gaming, CEO Dbrand, Adam Ijaz, mendakwa mereka mempunyai ukuran yang tepat bagi peranti itu hasil daripada pengimbasan 3D. Menurut Ijaz, Switch 2 akan lebih besar daripada Switch OLED sekarang, dengan ukuran 270mm lebar, 116mm tinggi dan 14mm tebal. Bahagian konsol akan mengambil kira-kira 200mm daripada lebar itu, dan dijangka akan mempunyai skrin bersaiz 8 inci.
Joy-Con juga nampaknya mengalami perubahan reka bentuk yang ketara. Ijaz mencadangkan bahawa Joy-Con mungkin melekat secara magnetik pada konsol, dan ada mekanisme ejection baru dengan butang terletak di dekat bahagian atas pengawal. Menariknya, Joy-Con kanan mempunyai butang “C” misteri di bawah butang Home. Masih belum jelas sama ada butang baru ini menggantikan atau melengkapi butang tangkapan asal yang masih ada pada pengawal kiri dalam mockup yang bocor.
Sementara itu, kebocoran dari penerbit Brazil, Universo Nintendo, dan saluran YouTube SwitchUp mengesahkan maklumat ini. Yang pertama berkongsi render konsol yang dilaporkan dari pos Facebook yang kini dipadam, manakala yang kedua mengeluarkan video yang memaparkan mockup dari pengeluar casing lain. Semua ini selari dengan maklumat daripada Ijaz.
Satu peningkatan ketara yang diperhatikan dalam ketiga-tiga kebocoran adalah penambahan port USB-C kedua di bahagian atas konsol. Ini membolehkan pengguna mengecas peranti semasa dalam mod tabletop, mengatasi kelemahan lama port pengecasan di bahagian bawah Switch sekarang. Di belakang konsol juga kelihatan kickstand yang lebih besar, yang dipinjam dari model Switch OLED.
Gambar: SwichUp Dbrand merancang untuk mengeluarkan aksesori casing mereka sekitar akhir Mac hingga awal April 2025, yang menunjukkan Switch 2 mungkin dilancarkan pada waktu yang sama. Namun, Ijaz menyatakan dia kurang pasti mengenai tarikh pelancaran dan maklumat seperti jenis paparan (LCD atau OLED) serta pelan Nintendo untuk dok TV.
This is Furukawa. At today’s Corporate Management Policy Briefing, we announced that Nintendo Switch software will also be playable on the successor to Nintendo Switch. Nintendo Switch Online will be available on the successor to Nintendo Switch as well. Further information about…
— 任天堂株式会社(企業広報・IR) (@NintendoCoLtd) November 6, 2024
Walaupun belum ada maklumat rasmi, Nintendo telah mengesahkan dua butiran penting mengenai konsol handheld terbarunya. Dalam pos di X bulan lepas, syarikat itu menyatakan bahawa Switch 2 akan menyokong fungsi Switch Online serta keserasian terbalik dengan permainan Switch yang sedia ada—berita baik bagi mereka yang berhasrat untuk menaik taraf dari model asal.
(Sumber: Dbrand, melalui The Verge, Insider Gaming / Universo Nintendo)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih banyak maklumat dan berita terkini.


Source link
The post Dbrand Bocorkan Nintendo Switch 2; Jual Aksesori Baru Untuknya appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/dbrand-bocorkan-nintendo-switch-2-jual-aksesori-baru-untuknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wfw Bantu Globus Dalam Pembiayaan Jual Beli Dan Sewa Kapal Barang Baru

Wfw Bantu Globus Dalam Pembiayaan Jual Beli Dan Sewa Kapal Barang Baru

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 172 hits
Watson Farley Williams telah memberi nasihat kepada Globus Maritime Limited dalam urus niaga sewa balik dan jualan kapal pengangkut baru m v GLBS MIGHT dengan sebuah syarikat sewa dari Jepun Ini adalah transaksi sewa balik pertama bagi Glob...
Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat Peniaga Teh Ais Kini Orang Kaya Baru

Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat Peniaga Teh Ais Kini Orang Kaya Baru

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 186 hits
Peniaga teh ais kini orang kaya baru berapa jumlah duit diterimanya lepas kisah viral SITI NUR ZAWANIKisah seorang peniaga teh ais yang popular di Indonesia selepas kisahnya tular diperlekeh seorang pendakwah mendatangkan rezeki tidak disan...
Lokasi Baru Satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri

Lokasi Baru Satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 316 hits
Antara satay yang kak ana dan keluarga selalu dan suka makan adalah Satay Pak Wan Kalau teringin nak makan satay ke sana lah kami pii Restoran yang paling dekat dengan lokasi kediaman kak ana adalah di Bandar Tasik Puteri Rawang nbsp Satay ...
Sambutan Tahun Baru 2025 Bersama Jom Travel Local Di Menara Kl

Sambutan Tahun Baru 2025 Bersama Jom Travel Local Di Menara Kl

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 517 hits
KL Tower Quarter Century New Year Celebrations 2025 bersama Jom Travel LocalTahun 2024 hampir melabuhkan tirainya Kuala Lumpur bersiap sedia untuk menyambut sambutan Tahun Baru yang tidak akan dilupakan di KL Tower mercu tanda ikonik bandar...
Telefon Dicuri Ketika Solat Isyak Tok Siak Sebak Geng Surau Kongsi Duit Belikan Yang Baru

Telefon Dicuri Ketika Solat Isyak Tok Siak Sebak Geng Surau Kongsi Duit Belikan Yang Baru

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 220 hits
Telefon dicuri ketika solat isyak membuatkan seorang tok siak tidak dapat melakukan rutin hariannya yang menghubungi keluarga di negara seberang memandangkan dia tidak kempunyai telefon lain Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dike...
Pelakon Baru Yang Menyerlah Nabila Huda Puji Semua Yang Terlibat Dalam Filem Kahar Kapla High Council

Pelakon Baru Yang Menyerlah Nabila Huda Puji Semua Yang Terlibat Dalam Filem Kahar Kapla High Council

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 208 hits
Sekarang ini sedang menjadi tranding untuk filem Kahar Kapla High Council Kejayaan filem Kahar Kapla High Council meraih kutipan RM5 5 juta sejak tayangan rasmi pada 28 November lalu menunjukkan sambutan luar biasa penonton terhadap karya t...
Pengambilan Pelajar Baru Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Farmasi Di Mahsa University

Pengambilan Pelajar Baru Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Farmasi Di Mahsa University

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 151 hits
Pengambilan Pelajar Baru Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Farmasi di MAHSA UniversityPengambilan Pelajar Baru Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Farmasi di MAHSA University Terdapat sebuah universiti yang bersinar bak mercu tanda ilmu dan pel...
Baru Mantap Macam Ni

Baru Mantap Macam Ni

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 114 hits
Penggunaan teknologi kod QR di 40 kemudahan tambahan sistem pagar automatik di pintu masuk utama negara yang pertama dilaksanakan akan membolehkan urusan imigresen selesai dalam masa kurang 5 saat Semua 40 kemudahan tambahan itu akan disedi...
Ucapan Selamat Tahun Baru Untuk Sahabat Mulai Dari Yang Lucu Sampai Bikin Terharu

Ucapan Selamat Tahun Baru Untuk Sahabat Mulai Dari Yang Lucu Sampai Bikin Terharu

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 253 hits
Tahun baru udah di depan mata nih Nggak kerasa kita udah siap siap buat nge toast segelas sparkling juice sambil nangkepin kembang api di langit malam Di hari spesial ini nggak cuma soal resolusi dan harapan baru yang pengen kamu sampein ta...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex

5 Sebab Untuk Rebut Peluang Memiliki Kediaman Di Laman Sendayan 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Petua Bawang Kisar Supaya Tak Cepat Rosak

Gani Famous Pasembur Pulau Pinang

Goreng Sekali Elok Gebu Tak Merekah Ini Tip Buat Bergedil Paling Menjadi

Danar Widianto Feat Gloria Jessica Nuansa Romansa Chord