Day 1 Explore Lombok Pantai Tanjung Aan Dan Bukit Merese
Assalamualaikum Dan Selamat Petang.. Hai reader semua.Sambungan entri explore lombok lepas solat di Masjid Nurul Bilad kami dibawa ke Pantai Tanjung Aan dan Bukit Merese! Dekat Pantai Tanjung Aan ni masa Bonde sampai cuaca memang sangat panas, matahari terpacak atas kepala! Memang sangat-sangat panas tapi bila dah jejak kaki dekat pantai tak ingat panas dah ha ha ha ha.PANTAI TANJUNG AAN , PENYU BATU DAN KAKI BUKIT MERESESelepas makan tengahari kami terus dibawa melihat pemandangan Pantai dan jalan-jalan di Pantai Tanjung Aan. Cuaca disini sangat baik panas dan tidak hujan.
Alhamdulillah kami dapat explore Pantai ini dalam keadaan gembira.
Pantainya Subhanallah Cantik!
DAY 1 EXPLORE LOMBOK : PANTAI TANJUNG AAN DAN BUKIT MERESE
Acah-acah duduk bawah payung tak nak kena panas... eh puteri lilin ke yang datang ni ha ha ha
Akhirnya pijak pasir pantai yang memutih ni... dekat Tanjung Aan ni ada dua kawasan berbeza pasir pantainya, sebahagian pasir halus berwarna putih dan lembut dan sebahagian berwarna agak sedikit perang dan ianya kasar. (rupa macam pasir kucing pun ada)
PENYU BATU
Pemandangan Penyu Batu dari sisir Pantai, Dua bukit batu yang menyerupai penyu ia dikatakan Penyu Batu kerana rupa bentuknya seperti Penyu yang terbentuk dari bukit batu atau bongkah batu! Bahagian besar adalah badan penyu dan bahagian yang kecil adalah kepala penyu.
SESI U JUMP I JUMP TO HA HA HA
Dari sisir Pantai Tanjung Aan boleh nampak pemandangan indah iaitu Penyu Batu dan dengan jayanya Bonde dapat panjat bukit yang bersebelahan Penyu Batu, semangat memanjat dengan mengunakan tangga batu untuk sampai ke atas memang sangat teruja hendak lihat pemandangan di atas. Bonde gigih panjat pelahan-lahan. Maklumlah dibawah terasa kaki ada masalah dan sakit tapi hati sudah sampai di atas. (laratkan juga balik nanti letak minyak panas ha ha ha)
Lepas bergambar dibawah kami terus menuju ke bukit batu nak tengok pemandangan dari atas pula.
PEMANDANGAN PENYU BATU DARI ATASMasa kami sampai dekat Pantai Tanjung Aan ini air laut sedang surut ketika ini.
Pemandangan di Tanjung Aan tetap nampak cantik dan indah sekali, walau cuaca sangat panas dan kering suasana tetap nampak indah. Suka sangat pemandangan ini.
Rutin kanak-kanak disini bersantai diatas bukit ini.
Dibawah pula ada dikalangan orang dewasa memancing ikan. Dapat tengok suasana ini dari atas.
BEREHAT DI BAWAH BUKIT MERESEBonde mengalah tunggu dekat bawah, Masa ni Bonde ambik keputusan nak rehat sahaja dibawah, memandangkan hanya sandal plastik vinci warna pink tu yang dipakai memang tak sesuai untuk mendaki Bukit Merese ni. Jadinya Bonde tunggu dibawah sahaja dan mengambil masa lebih kurang 30 minit mereka mendaki ke atas.
Di bawah pohon Bukit Merese, sebenarnya 5 minit terawal tadi Bonde ditemani oleh penjual-penjual kain tenun, servenior, rotan beg dan Bonde jawab dengan baik tak mahu beli, mereka tetap merayu dan merayu. Kesian didalam hati... akhirnya mereka kembali ke tempat mereka dan tak temankan Bonde. Bukan apa, belum masanya lagi untuk membeli belah, Bonde tak habis explore tempat-tempat menarik lagi.. Bonde pon ada target nak bershopping bila, ini baru hari pertama! maaf yea.. gigih mereka ni menjual barang kesana-sini moga ada rezeki buat anda semua.
Keadaan Bukit Merese yang kekeringan. Sebab jalan nak naik yang macam tulah yang buat Bonde rasa seriau nak naik, tapi next time Bonde target nak naik bukit ni.. harapnya masa tu pemandangan pokok menghijau dan cantik.
PEMANDANGAN BUKIT MERESE DARI ATAS
Next Entri : Jalan-jalan di Pantai Kuta Mandalika Lombok
HARI PERTAMA :
Berkumpul di KLIA 2 jam 6.00 pagi Penerbangan jam 8.30 pagisampai di Airport Lombok sambutan oleh team guide LombokMakan tengahari di Hotel Melati & Cafe SengigiSinggah solat Zohor dan jamak di Masjid Nurul Bilad, Kuta Lombok TengahJalan-jalan di Pantai Tanjung Aan dan lihat Pemandangan Penyu BatuRehat di kaki Bukit Merese Jalan-jalan di Pantai Kuta Mandalika LombokMelawat dan mengenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade RembitanMakan malam di Ayam Taliwang Di Taliwang Irama 3Check in Hotel MataramRehat
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.bondezaidalifah.com/2018/11/day-1-explore-lombok-pantai-tanjung-aan.html