Datuk Misbun Di Manjung Badminton Arena
Datuk Misbun Sidek merupakan bekas pemain dan jurulatih badminton profesional Malaysia yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pembangunan remaja BBSAP telah hadir ke Kejohanan Badminton Remaja Terbuka BBSAP 2020. kejohanan tersebut telah diadakan pada 14 dan 15 mac yang lalu dan berlangsung di manjung badminton arena
team media BBSAP telah berpeluang bertentang dua mata bersama pemain lagenda tersebut dengan pakej sesi temuramah sekali. OMG! ini pertama kali aku jumpa Datuk Misbun dalam jarak yang begitu dekat. oh sebelum aku menulis panjang. untuk menjentik rasa kecemburuan kalian; sebenarnya sebelum berjumpa datuk di gelanggang bandminton, team media BBSAP terlebih dulu telah makan malam semeja bersama datuk. auchh.
Kejohanan Badminton Remaja Terbuka 2020
yang paling teruja bertemu Datuk Misbun mestilah ibu bapa yang membesar dizaman datuk. kankan. penuh juga tempat letak kereta dengan kehadiran ibu bapa dan juga peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
selepas ucapan dan perasmian dari Datuk Misbun, team media BBSAP berpeluang menemuramah datuk berkaitan sukan badminton. beberapa soalan telah dikemukakan oleh team media.
Soalan Temuramah oleh Team Media BBSAP
apa perbezaan akademi Datuk Lee Chong Wey dan Datuk Misbun Sidek?adalah kesempatan saya sebagai duta BBSAP untuk berkongsi ilmu bersama anak - anak di BBSAP nanti. saya akan kerap datang ke sini untuk berkongsi ilmu badminton
apa pandangan datuk berkenaan sukan badminton di Malaysia. bila pengganti Datuk Lee Chong Wey akan muncul?daripada apa yang saya lihat di akademi badminton malaysia, semuanya ada cuma bagaimana kita develop dan mereka menjadikan mereka sebagai seorang pemain yang berkaliber. semua bergantung kepada bebrapa faktor terutamanya sistem dan juga modul yang digunakan untuk meningkatkan prestasi pemain
bagaimana pemain cilik dilatih? kelab badminton nusa mahsuri dengan usahasama kementerian belia dan sukan telah membuat klinik badminton satu malaysia pada setiap tahun. peserta yang dilatih selama 3 hari adalah lebih kurang seramai 40 ribu peserta. lanjutan daripada klinik tersebut, akan dibuat satu lagi klinik bagi peserta yang telah dipilih ke peringkat seterusnya sebagai 1 kumpulan. kategori yang diadakan ialah peserta dibawah 12tahun seramai 4 orang. pemain ini yang akan menggalas tanggungjawab diakademi badminton
berapa peratus pemain badminton berbakat yang boleh bertanding di peringkat antarabangsa?buat masa sekarang, seramai 76 orang peserta yang telah bertanding dibawah kategori 15 tahun, 17tahun dan juga 19tahun. peserta akan dibentuk dan dilatih dalam kejohanan antarabangsa dan kejuaraan asia serta kejohanan remaja dunia bagi 19tahun. peserta yang telah melalui peringkat ini sahaja yang layak bertanding peringkat antarangsa dunia.
apakah harapan yang datuk inginkan dari kementerian untuk menngkatkan prestasi sukan badminton?dengan adanya bajet yang mencukupi banyaklah program - program yang kita boleh buat untuk meningkatkan prestasi atlet dan persiapan atlet ke arah lebih jauh.
adakah datuk pernah mendapat tawaran sebagai jurulatih di luar negara? jiwa saya masih di Malaysia. saya lebih memilih Malaysia dan lebih suka menjadi jurulatih untuk anak bangsa sendiri.
apakah teknik yang masih digunapakai dalam melatih pemain badminton?saya masih menggunakan teknik yang diajar bapa saya seperti prinsip - prinsip asas yang besar contohnya berlari.
bergambar kenangan dipintu masuk dewan
selepas sesi temuramah berlangsung, kami semua bergambar dimuka pintu dewan buat kenang - kenangan. semoga bertemu lagi perak. semoga sukan badminton dan sukan - sukan di Malaysia akan lebih berjaya dimasa akan datang.
*kredit beberapa gambar kepada fotografer; awin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2020/03/datuk-misbun-di-manjung-badminton-arena.html