Apakah Kos Sara Hidup Di Manjung Manjung Perak


Apakah kos sara hidup di Manjung? | Kajian menunjukkan bahawa kos hidup di daerah Manjung adalah tinggi. Walau bagaimanapun, ia masih dianggap sederhana dan berpatutan bagi warga Manjung, bahkan bagi pemastautin yang bekerja di Manjung itu sendiri. Dengan perancangan kewangan yang betul, mereka masih mampu membeli flat dan rumah kos rendah. Selain itu, terdapat juga projek township yang menawarkan 10,500 unit perumahan atas tanah (landed) untuk dijual sekitar Bandar Baru Setia Awan Perdana yang amat sesuai buat mereka yang merancang untuk membeli rumah pertama di Manjung. Perkongsian Syu kali ini sedikit sebanyak akan membimbing korang through the cost of living in Manjung

Sumber : facebook


1. Perumahan / Kediaman
Kos perumahan bergantung kepada pelbagai faktor seperti lokasi, usia hartanah tersebut serta proximity dengan pusat bandar. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan kerana kos sewa kediaman adalah berbeza-beza mengikut jenis hartanah yang korang pilih, seperti:


Pangsapuri persendirian (private)
Kebanyakan perantau yang bekerja di sekitar Manjung lebih suka tinggal di pangsapuri atau apartmen kerana kemudahan yang disediakan seperti, kolam renang, taman permainan,  kawalan keselamatan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, sewa untuk tinggal di unit apartmen agak lebih murah daripada rumah landed. Pangsapuri dengan 4 bilik tidur di tengah-tengah bandar seperti The Venus akan menelan belanja kira-kira RM 1200 sebulan dan boleh naik sehingga RM 3000 bergantung kepada jenis pangsapuri


Pangsapuri perkhidmatan (Serviced apartments)
Sesetengah orang, macam Syu sendiri prefer untuk tinggal di pangsapuri servis sebab lebih selesa dengan kemudahan stail hotel yang mempunyai perabot tersedia (fully furnished). Pangsapuri-pangsapuri servis biasanya dilengkapi kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium, serta dengan kaedah pembayaran fleksibel di mana penyewa boleh memilih untuk membayar sewa harian, mingguan mahupun setiap hujung bulan.

Untuk sewa bilik di pangsapuri seperti Apartment Bukit Permata, Lumut Waterfront Villa dan Apartment Titi Panjang biasanya menelan kos RM400 - RM 600 sebulan, di mana ianya dikatakan lebih makahl berbanding menyewa seluruh unit apartment tersebut.


Perumahan atas tanah (landed)
Unit kediaman bertanah atau landed property merujuk kepada rumah banglo, rumah teres dan rumah berkembar. Memandangkan Manjung merupakan daerah yang sedang membangun, jadi banyak projek pembinaan rumah teres dan rumah kluster berkembar dibangunkan di sekitar daerah ini lagi-lagi dengan pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang bakal memendekkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Manjung kepada 90 minit sahaja.

Projek Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) sendiri menawarkan lebih 10 ribu unit kediaman baru dengan konsep moden dan mampu milik. Rata-rata golongan muda berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) layak memohon untuk perumahan BBSAP fasa ke empat dan lima. Dianggarkan jumlah potongan pinjaman perumahan adalah dari RM 600 ke RM 900 sebulan bergantung kepada jenis rumah yang dibeli.



2. MakananMakanan di sekitar daerah Manjung dianggap murah terutamanya di Lumut. Memandangkan demografi penduduk dan pekerja yang berkerja sekitar Lumut merupakan pekerja industri, jadi makanan di sini sangat mudah didapati dan ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, ini sangat bergantung kepada di mana dan apa yang korang makan. Makan di medan selera atau daripada penjaja pinggir jalan pasti harganya lebih murah berbanding makan di restoran seafood mahupun medan ikan bakar. By the way, ia depends on lifestyle korang juga. Perbelanjaan untuk makan korang tentu akan lebih rendah jika memasak sendiri di rumah.



3. PengangkutanBandar utama Manjung, iaitu Seri Manjung mempunyai perkhidmatan bas rapid-Manjung dengan dua laluan utama iaitu laluan dalam bandar (Manjung City Loop) dan laluan ke Pangkalan TLDM. Servis GRAB juga agak rancak di sini terutamanya pada hujung minggu. Bagi korang yang pengguna tegar kenderaan awam dianggarkan kos transportation korang lebih kurang RM 80 - RM 100 sebulan.
Di Manjung, memiliki kereta sendiri dikatakan agak membebankan berikutan beberapa kos tambahan yang perlu ditanggung seperti petrol, cukai jalan, sewa parking dan sebagainya. Langkah lebih ekonomis adalah dengan bermotorsikal.



4. Khidmat KesihatanManjung mempunyai sebuah hospital kerajaan terletak berdekatan bandar Seri Manjung. Bagi penjawat awam, kos rawatan adalah percuma manakala orang awam pula akan dikenakan caj RM1 untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar. Sementara itu, terdapat dua kemudahan fasiliti kesihatan swasta, iaitu KPJ Sri Manjung dan Pantai Hospital Manjung.
Caj deposit untuk konsultasi pakar adalah sekitar RM 240 ke RM 300, manakala biaya untuk ujian darah dan diagnostik adalah kira-kira RM 180 hingga RM 200. Kebanyakan yang berkerja di Manjung adalah dari institusi swasta dan mendapat peruntukan tahunan kesihatan di fasiliti kesihatan panel syarikat masing-masing. namun begitu, adalah lebih baik jika mencarum insurans takaful untuk diri dan keluarga.

5. UtilitiYuran utiliti seperti elektrik dan air biasanya akan berkisar antara RM 80 hingga RM 200 bergantung kepada penggunaan korang. Untuk caj servis telefon bimbit, ia akan menelan kos kira-kira RM 35 hingga RM 100 mengikut pelan mobile yang korang pilih. Bil internet WIFI di rumah biasanya menelan belanja kira-kira RM 110 sebulan dan servis TV satelit dikenakan biaya sekitar RM 48 sebulan. Kesemua kos utiliti di Manjung tidak ada banyak bezanya dengan Kuala Lumpur.

6. PendidikanPelajaran tinggi di Manjung banyak menjurus kepada perikanan, marin dan oil & gas. Terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang terletak dalam daerah Manjung, seperti UniKL MIMET, NIATS Oil & Gas Marine Academy, Kolej Komuniti Manjung, IKM Lumut, Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung, serta Kolej Perikanan Malaysia Lumut dan sebagainya.


7. Lain-lain
Perbelanjaan lain adalah termasuk perbelanjaan untuk hiburan dan peralatan elektronik atau gajet seperti komputer, laptop atau televisyen. Peralatan sukan dan rekreasi seperti basikal dan yuran kelab renang dan dewan badminton juga termasuk dalam kos pelbagai jika korang tinggal di Manjung.

Sebagai kesimpulan, kos sara hidup di Manjung sebenarnya boleh diurus jika korang menguruskan kewangan dengan baik. Rancanglah kewangan dengan sewajarnya untuk mengelakkan diri dari terlebih belanja dari kemampuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2020/03/apakah-kos-sara-hidup-di-manjung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usah Tangguh Bayaran Sara Hidup Peneroka Felda

Usah Tangguh Bayaran Sara Hidup Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 332 hits
Pemuda AMANAH Nasional menggesa pengurusan Felda untuk tidak menangguhkan pembayaran wang sara hidup kepada peneroka Felda ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa Exconya Khairol Najib Hashim mengakui terkejut dan kecewa...
Tujuh Adun Angkat Sumpah Sebagai Exco Perak

Tujuh Adun Angkat Sumpah Sebagai Exco Perak

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 265 hits
Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri Perak mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Kinta di sini hari ini Tiga daripadanya adalah daripada UMNO yang mewakili Barisan Nasional iaitu Pengerusi Badan Perhu...
Pelantikan Pimpinan Pas Sebagai Exco Kerajaan Perak

Pelantikan Pimpinan Pas Sebagai Exco Kerajaan Perak

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 244 hits
BADAN Perhubungan PAS Negeri Perak menjunjung kasih merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas perkenan pembentukan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang baharu PAS P...
The Perak Mb Finally Finds His Niche

The Perak Mb Finally Finds His Niche

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 196 hits
By Mariam MokhtarOne person in Perak leads the way in the fight against the deadly Coronavirus pandemic He is the Ahmad Faizal Azumu On 17 March the information section of the Mentri Besar s office a detailed video on hand washing Washing h...
Ritz Garden Hotel Manjung Pilihan Hotel Berhampiran Teluk Batik Dan Lumut

Ritz Garden Hotel Manjung Pilihan Hotel Berhampiran Teluk Batik Dan Lumut

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 605 hits
Ritz Garden Hotel Manjung Pilihan Hotel Berhampiran Teluk Batik dan Lumut Nama duduk di Manjung tapi cik en tak banyak review hotel yang ada di sini Jika sebelum ini cik en pernah review kali ini cik en nak Ritz Garden Hotel Manjung Ritz Ga...
Cegah Gagal Ginjal Dengan Menjaga Pola Hidup Sehat

Cegah Gagal Ginjal Dengan Menjaga Pola Hidup Sehat

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 165 hits
Penyakit gagal ginjal mendapat perhatian serius dari Kementerian Kesehatan Berdasarkan data Indonesian Renal Registry tahun 2018 angka kejadian gagal ginjal yang memerlukan dialisis di Tanah Air sekitar 499 juta penduduk
Syariah Dalam Pelaburan Emas Perak

Syariah Dalam Pelaburan Emas Perak

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 356 hits
Entri kali ini saya ingin kongsikan tentang hukum jual beli Emas dan Perak Saya juga kongsikan bagaimana urusan jual beli emas dan perak di Public Gold menepati syariah Dalam aktiviti jual beli terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi b...
Datuk Misbun Di Manjung Badminton Arena

Datuk Misbun Di Manjung Badminton Arena

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 401 hits
Datuk Misbun Sidek merupakan bekas pemain dan jurulatih badminton profesional Malaysia yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pembangunan remaja BBSAP telah hadir ke Kejohanan Badminton Remaja Terbuka BBSAP 2020 kejohanan terseb...
Kes Kematian Ke 23 Covid 19 Dicatatkan Di Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh Perak

Kes Kematian Ke 23 Covid 19 Dicatatkan Di Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 401 hits
Assalamualaikum Kes kematian ke 23 merupakan kes ke 1840 lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik Pesakit ini meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh Perak 25MAC pada pukul 12 ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu