Dato Dalang Judi On Line Ah Long Didakwa Esok



SHAH ALAM: Lelaki bergelar ‘Dato’ Ken’ dan isterinya yang terlibat dalam sindiket judi dalam talian, pinjaman tanpa lesen dan lombong bitcoin akan didakwa di Mahkamah Selayang esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pertuduhan terhadap kedua-dua individu itu dijadualkan pada pukul 9.30 pagi dan ke atas.
“Dato’ Ken akan didakwa atas tiga pertuduhan manakala isterinya hanya satu pertuduhan.
“Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.
Bulan lalu, pasangan suami isteri itu dicekup selepas aktiviti sindiket melibatkan judi dalam talian, pinjaman tanpa lesen dan lombong bitcoin tumpas melibatkan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM33 juta.
Tangkapan terhadap Liow Lian Keong (Dato’ Ken) dan Chen Lye Kuen masing-masing berusia 40 dan 41 tahun pada 11 Ogos itu susulan serbuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di empat rumah di Country Homes, Rawang pada awal Julai lepas melibatkan judi dalam talian.
Ketua Polis negeri, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan beberapa rampasan dan sitaan melibatkan kenderaan serta hartanah dibuat iaitu 14 kereta mewah, 14 rumah, tiga rumah kedai, wang tunai dan pembekuan 71 akaun bank.
Ketika serbuan, sembilan komputer riba dan 15 telefon bimbit dirampas selain 13 individu berusia 17 hingga 40 tahun yang merupakan pekerja sindiket itu ditahan untuk tindakan lanjut.
Sindiket itu menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen yang dikhaskan kepada kenalan rapat dan ahli perniagaan dengan mengenakan kadar faedah lapan hingga 10 peratus sebulan.
Bagi aktiviti melombong bitcoin, sindiket dikesan melakukan pendawaian elektrik secara haram ke premis mereka sehingga menyebabkan kerugian kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencecah jutaan ringgit sebulan.
Aktiviti judi dalam talian pula, sindiket itu menggunakan rumah atau pejabat bagi menempatkan pekerja mereka menguruskan kegiatan perjudian itu secara 24 jam sehari.
Sindiket berkenaan menggunakan platform media sosial seperti aplikasi WhatsApp, WeChat dan Facebook bagi mempromosikan kegiatan judi dalam talian, malah dipercayai turut menggunakan akaun bank ‘keldai’ bagi transaksi setiap bayaran.
Hasil siasatan polis turut menemukan 24 syarikat dipercayai digunakan sindiket bagi mengaburi perniagaan dan keuntungan haram yang diperolehinya daripada dikesan pihak berkuasa. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/dato-dalang-judi-on-line-ah-long.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Ken Isteri Didakwa Guna Kediaman Sebagai Rumah Judi Terbuka

Datuk Ken Isteri Didakwa Guna Kediaman Sebagai Rumah Judi Terbuka

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 576 hits
Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Ken dan isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas empat pertuduhan menggunakan kediaman mereka sebagai rumah judi terbuka Liow Lian Keong 40 dan is...
Pti Didakwa Guna Mykad Orang Lain Untuk Vaksinasi

Pti Didakwa Guna Mykad Orang Lain Untuk Vaksinasi

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 395 hits
PTI Didakwa Guna MyKad Orang Lain Untuk Vaksinasi KOTA KINABALU Seorang warga Filipina berumur 28 tahun yang tidak mempunyai dokumen didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tiga tuduhan menggunakan MyKad orang lain sebagai do...
Anwar Ph Didakwa Ketepikan Pembangkang Lain Runding Dengan K Jaan

Anwar Ph Didakwa Ketepikan Pembangkang Lain Runding Dengan K Jaan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 192 hits
Ketua Parti Pejuang Tanah Air Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan kesal Pakatan Harapan mengetepikan parti pembangkang lain dalam mengenai perjanjian pembekalan dan keyakinan dengan kerajaan Ketika hendak menamakan calon perdana mente...
Sukarelawan Didakwa Hina Agama Islam Institusi Raja

Sukarelawan Didakwa Hina Agama Islam Institusi Raja

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 283 hits
Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka hari ini gara gara membuat hantaran menghina institusi raja dan agama di laman sosial Facebook Bagaimanapun tertuduh Prajiv Lionel Proctor 39 mengaku tidak bersalah ...
Suami Didakwa Bunuh Isteri Kerana Terlalu Banyak Bercakap

Suami Didakwa Bunuh Isteri Kerana Terlalu Banyak Bercakap

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 288 hits
Seorang lelaki Mesir didakwa membunuh isterinya di hadapan anak anak mereka kerana terlalu banyak bercakap Menurut siasatan polis suspek mengaku mereka bertengkar dan dia membunuh isterinya kerana bengang dengan mangsa yang terlalu banyak b...
Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Didakwa Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah

Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Didakwa Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 212 hits
Seorang pemandu lori yang videonya tular kerana merempuh lima kenderaan dan menyebabkan sebuah Perodua Myvi remuk teruk pada Isnin lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh dada...
Ibu Kandung Kekasih Didakwa Bunuh Anak Berusia 3 Tahun

Ibu Kandung Kekasih Didakwa Bunuh Anak Berusia 3 Tahun

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 284 hits
SEORANG wanita bersama teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Bandar Baru hari ini kerana menyebabkan kematian seorang kanak kanak berusia 3 tahun yang merupakan anak kandung wanita tersebut UTUSAN FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR Pasangan kek...
Bunuh Anak Berumur 3 Tahun Ibu Kandung Kekasih Didakwa

Bunuh Anak Berumur 3 Tahun Ibu Kandung Kekasih Didakwa

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 305 hits
Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun yang juga anak kandung kepada tertuduh wanita minggu lepas Ieda Nor Esbi Baharudin 35 dan te...
Palsu Sijil Vaksin 10 Individu Didakwa Seorang Dipenjara

Palsu Sijil Vaksin 10 Individu Didakwa Seorang Dipenjara

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 249 hits
Ismail Mohamed Said berkata seorang yang dihukum penjara kerana memalsukan sijil suntikan vaksin membabitkan kes di Sarawak KUALA LUMPUR Seramai 10 individu didakwa di mahkamah atas kesalahan memalsukan sijil suntikan vaksin Covid 19 kata T...
Double Murder Probe In Guar Chempedak After Man And Woman Discovered With Multiple Stab Wounds

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Sabah Floods Evacuations Soar Beyond 400

Please

Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Easy Healthy Recipes Vegetables

Bukti Anak Selamat

Legoland Malaysia Resort And Lego Ferrari Shift Gears With Asia S First Build Race Attraction

Doa 13 September 2025

Usop Sayangi Dia Chord

Ilmunanti Char Koey Teow Chord