Dating Berdua Di Black Canyon Restaurant Palm Mall
Assalamualaikum...
Masih citer Sabtu lepas...lepas appointment dengan Doctor Marina, SA ngan Dania pi Palm Mall...pi carik hadiah untuk pengantin, sebelum tu tanya Dania dia nak makan x..of course la dia nak makan masa tu dah pukul berapa kan...then kami makan dulu kat Black Canyon Restaurant. Lama x dating berdua..nanti SA nak ajak dia pi dating lagi and nak belanja makan best skit sempena dia lulus exam cemerlang..Kena tunggu dia balik dulu la.
Pad Thai Rice Noodles with Prawns SA punya
Glass Noodle for Dania
Dapat free tomyum soup
Black Canyon Iced Espresso for SA
Iced Lemon Tea for Dania
Nampak sedap kan glass noodles Dania...memang sedap..
Pad Thai Rice Noodles SA
Ada satu scene memalukan terjadi kat sini...tapi bukan melibatkan SA la..
Ada sorang akak ni..anak dia bising lapar..dia bertiga je ngan anak dia..semua anak lelaki...biasa la budak membesar kan..rasanya akak ni first time nak makan kat restaurant ni...dia panggil waiter..adik waiter pun datang..rupanya waiter orang luar Malaysia, orang Myanmar..x faham ayat dia..SA dah merah muka dah...tertunduk2 malu dah SA.
Nak tau sebab apa.
Akak tu tanya restaurant ni halal ke tak...pas tu waitress melayu ni cakap halal kak..nak makan untuk berapa orang...macam mana awak boleh yakin halal? ada sijil halal? boleh tunjuk x
mak oiii kak...ko nak makan kat restaurant yang dah terang- terang ada tanda halal, tiber nak tunjuk sijil halal plak..
Dia masih x puas hati...dia mintak panggil boss...hahaha...waitress tu cakap boss dia memang xde kat situ..staff aje running business, restaurant kami memang halal, ada logo halal dan ada sijil halal kat dalam...kalau akak was- was saya x boleh tolong.
Aduhai...dari mana la akak ni...tengok gaya dia macam orang bandar je...tapi kesian la kat anak- anak dia dah malu2 dah.
Sudahnya akak tu masuk x makan
Dia buat muka tak bersalah and terus masuk...masa order makanan sekian plak cerewetnya...
Kalau SA la pekerja katsitu...memang SA x layan dah..
Nak makan pun cerewet...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2023/05/dating-berdua-di-black-canyon.html