Datin Dr Suffia Luang Masa Memasak Walaupun Sibuk


Berpengalaman sebagai doktor perubatan di beberapa hospital kerajaan selama 19 tahun dan kini Datin DR. Suffia Hany Mohd Amin lebih selesa bergelar doktor estetik anti aging. Menurut beliau klinik estetik ditubuhkan memandangkan tren dan permintaan di mana wanita mahu menambah keyakinan diri . “Pentingnya wanita bila cantik, dia lebih yakin dan tumpukan perhatian terutama rumah tangga dan pekerjaan. Suri rumah juga nak cantik, mahu suami lihat dirinya,” cerita beliau.

Berkongsi rutin harian, wanita hebat, ini mempunyai cara tersendiri untuk melegakan tekanan dan kepenatan dirasai. Memasak bukan hanya kewajipan malah sebagai terapi diri buat beliau. Akuinya memasak beri kepuasan.
Alangkah baiknya sekiranya anda boleh memasak sendiri meskipun penat! Apa yang penting, khasiat makanan tetap terpelihara kerana kita sendiri yang menetapkan bahan masakan. Memasak sendiri bukan saja dapat menjaga tahap kebersihan, malah kita boleh mengatur dan memilih menu sihat untuk seisi keluarga.

“Jika tiada apa -apa urusan, saya balik dan memasak. “ Memasak yang simple tidak terlau banyak menu, mungin dua lauk. Ibu mertua juga tinggal bersama saya. Jadi bila balik mama dah masak satu lauk. Bila balik saya masak satu atau dua lauk tambahan. Suami memang suka makan di rumah kecuali kalau ada mesyuarat balik saya tidak memasak,” jelasnya.
Akui beliau, memasak di hujung minggu sudah menjadi kemestian. “ Saya suka masakan yang pedas, suami orang Kuala Pilah. Dia suka masakan yang bercili dan pedas. Manakala saya orang Selangor suka masakan bersambal seperti sambal udang, ikan bilis dan sardin itu memang kegemaran saya. Anak -anak juga sudah biasa dengan masakan sebegini, yang pedas.
Arwah emak yang juga guru masakan banyak dorong beliau untuk memasak. Katanya perempuan walau tinggi mana belajar, kena tahu memasak. Dari darjah satu sudah didedahkan dengan hal di dapur. Bila masuk tingkatan satu emak masukkan saya sekolah untuk pelajari ilmu sains rumah tangga. Semakin mendalam ilmu masakan dipelajari,” ceritanya.
Lebih menyukai masakan lauk pauk melayu berbanding masakan barat. Dalam memasak perlu ada rasa kasih sayang. Bagi beliau persediaan untuk memasak sama seperti mana hendak keluar bekerja, lengkap tidak bersikap cincai. Di samping amalan selawat dan zikir menambah kesedapan pada masakan yang disediakan.
Sudah dibiasakan dengan arwah emak tidak menyimpan pes masakan seperti mana ibu bekerjaya yang lain. Semasa proses memasak, waktu itu juga dibuat semua, tumbuk bawang , kisar cili dan sebagainya. Masakan yang dikongsi beliau ialah masakan Nogori yang jadi kegemaran suami manakala menu sambal jadi kegemarannya. Sambal udang cara beliau di mana sambal dimasak sehingga pecah minyak,hingga cili terasa ringan baru betul masak. Untuk menu sambal udang ini beliau tidak meletak belacan tetapi sebaliknya sambal bilis diletakkan belacan.

TEMPOYAK SAMBAL DAUN KAYU N.9
Bahan-bahan:
1 ikat pucuk ubi
8 batang serai
5 helai daun kunyit
10 helai daun pucuk kaduk
15 helai pucuk labu
500gm tempoyak
200gm cili api kampung
4 papan petai
1 inci kunyit hidup
Garam & gula secukup rasa
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
Cara memasak:
Tumbuk cili api brsama kunyit hidup dan garam dalam lesung hingga lumat, ketepikan.Hiris serai halus-halus, kemudian tumbuk dalam lesung separuh hancur.Hiris semua sayuran halus-halus.Untuk pucuk ubi pula, bila dah hiris, basuh dan ramas dengan garam kasar, untuk hilangkan lendir dan air hijau daun ni.Panaskan kuali ,masukkan cili padi kacau dan lepas tu masukkan petai. Kacau dan biar lebih kurang 1 minit.Masukkan pula santan. Masak sehingga santan hampir masak dan mendidih, baru masukkan sayur – sayuran yang telah dihiris tadi .Masukkan pula tempoyak dan cili merah yang telah dihiris. Kacau sebati dan masak hingga rasa santan dan tempoyak itu sebati. Dalam masa 5 minit, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
1 kg daging salai
4 batang serai
2 biji kelapa
1 ketul lengkuas
Cili padi kampung
1 biji mangga
2 inci kunyit hidup
Cara memasak:
Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk beserta daging salai dan reneh sebentar sambil digaul dengan sudipTuangkan santan ke dalam periuk bersama serai. Sentiasa kacauBubuh garam dan serbuk perasa jika suka.Apabila mendidih, kacau sehingga rata. Masak di atas api perlahan selama sejam sehingga daging empuk . Sedia untuk dihidang .
SAMBAL UDANG
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar | dikisar halus
3 ulas bawang putih | dikisar halus
10 tangkai cili kering | direbus & dikisar halus
20 ekor udang | ikut kesesuaian
¼ Gula Melaka
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa
Cara memasak:
Kisar halus bawang besar, bawang putih, cili kering yang sudah direbus dengan sedikit airKemudian masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi. Tumis sambal sehingga masak dan naik minyak. Jangan sampai hangus.Masukkan air asam jawa (dalam secubit asam jawa). Gaul rataKemudian masukkan pula Gula Melaka dan garam secukup rasaBila dah masak, masukkan udang ke dalam tumisan tadi. Tunggu hingga udang masakKalau nak kuah lebih, tambah air sedikit ke dalam masakan. Garam ,Gula Melaka kena sesuaikan secukup rasa. Gaul dan tunggu hingga masakan sebati.Boleh angkat dan hidang
FRESH FRUIT TART
Bahan-bahan :
170gm mentega – suhu bilik
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil vanilla
200ml whipping cream – Non Diary putar hingga kental
strawberi/kiwi/blueberi secukupnya
Cara memasak:
Sebatikan mentega dengan gula guna senduk kayu, masukkan telur dan vanilla, sebatikan.Masukkan tepung sikit-sikit dan kacau biar sebati hingga jadi doh yang lembut.Ambil sedikit adunan, tekan dalam acuan tart biar kemas, cucuk sikit dasar tat dengan garfu.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 170 C selama 13-15 minit atau hingga sedikit perang, sejukkan dulu.Isi whip cream dan susun buah ikut cita rasa, sedia untuk dihidang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/datin-dr-suffia-luang-masa-memasak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sibuk Dan Tiada Masa Untuk Penjagaan Diri Jangan Risau Ini Tips Mudah Untuk Anda

Sibuk Dan Tiada Masa Untuk Penjagaan Diri Jangan Risau Ini Tips Mudah Untuk Anda

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 252 hits
Sesibuk mana pun kita kecantikan muka perlu dijaga kerana barkait rapat dengan kesihatan Ramai wanita di luar sana kurang mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri kerana terlalu sibuk dengan rutin harian mereka Ada diantara wanita yan...
Tiada Jaminan Lepas Saya Berundur Kata Dr M Tentang Masa Depan M Sia

Tiada Jaminan Lepas Saya Berundur Kata Dr M Tentang Masa Depan M Sia

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 263 hits
News Diterbitkan 26 Sep 2019 11 40 malam Tiada sebarang jaminan semua usaha yang dilakukan ketika ini akan mencapai apa yang diinginkan walau apa yang dilakukan kata Dr Mahathir Mohamad hari ini Bercakap di depan anggota Majlis Hubungan Lua...
Bancuh Je Dengan Air Terus Jadi Bubur Biskut Beras Bayi Perisa Mangga Homemade Jimatkan Masa Mama

Bancuh Je Dengan Air Terus Jadi Bubur Biskut Beras Bayi Perisa Mangga Homemade Jimatkan Masa Mama

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 790 hits
Salah satu cara untuk pastikan bayi kita makan nasi secukupnya adalah dengan variasikan menu buatnya Salah satu cara adalah dengan menjadikan biskut beras bayi seperti yang dikongsikan ini Bukan sahaja boleh dibancuh dengan air dan jadikan ...
Punca Sakit Belakang Pada Masa Kini Yang Ramai Ambil Mudah

Punca Sakit Belakang Pada Masa Kini Yang Ramai Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 303 hits
Punca Sakit Belakang Pada Masa Kini Yang Ramai Ambil Mudah Sakit belakang adalah kesakitan yang mungkin di alami oleh semua orang tidak kira peringkat umur dan jantina Kesakitan yang di alami juga bergantung kepada beberapa aras iaitu kesak...
Solat Jamak Bukan Hanya Musafir Kerana Kesuntukan Masa Juga Dibenarkan

Solat Jamak Bukan Hanya Musafir Kerana Kesuntukan Masa Juga Dibenarkan

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 510 hits
JAMAK kerana KESUNTUKAN MASASoalan Dr bolehkah seseorang yang amat tertekan dengan kesuntukan masa seperti peperiksaan yang memakan waktu yang panjang ataupun tugasan yang tiada ruang untuk ditinggalkan untuk dia menjamakkan solatnya Imran ...
Aplikasi Twitter Ios Kini Menyokong Paparan Lists Dalam Susur Masa Tersendiri

Aplikasi Twitter Ios Kini Menyokong Paparan Lists Dalam Susur Masa Tersendiri

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 211 hits
Kami adalah pengguna tegar Twitter kerana ia memudahkan proses mencari berita terkini dalam saiz yang padat dan pantas Tetapi Twitter untuk web dan aplikasi peranti pintar tidak memudahkan proses memaparkan pelbagai susur masa secara serent...
Rapat Paripurna Dpr Jelang Akhir Masa Tugas Cuma Puluhan Anggota Hadir Di Ruangan

Rapat Paripurna Dpr Jelang Akhir Masa Tugas Cuma Puluhan Anggota Hadir Di Ruangan

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 230 hits
DPR periode 2014 2019 tinggal memiliki dua kali rapat paripurna jelang masa tugas berakhir Rapat paripurna yang digelar hari ini Kamis terlihat banyak kursi kosong
Xiaomi Mi Mix Alpha Peranti Masa Hadapan Dengan Harga Sekitar Rm11 753

Xiaomi Mi Mix Alpha Peranti Masa Hadapan Dengan Harga Sekitar Rm11 753

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 359 hits
Baru baru ini kita sudah banyak mendengar maklumat tentang peranti terbaru dari Xiaomi yang sangat berbeza dari apa yang pernah anda lihat Kini ia telahpun diperkenalkan oleh Xiaomi di China dengan nama Xiaomi Mi MIX Alpha Peranti ini dilih...
Kalau Tak Khalid Dah Terguling Guling Tepi Jalan Kampung Baru Masa Tu

Kalau Tak Khalid Dah Terguling Guling Tepi Jalan Kampung Baru Masa Tu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 337 hits
Khalid Samad ini asyik tuduh saya pernah tawar harga RM300 satu kaki persegi untuk tanah Kampung Bharu padahal satu kerat bukti pun dia tak pernah keluarkan Bila masa saya pernah tawar Agensi kerajaan yang mana atau siapa yang tawar Untuk p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba