Fasa Kedua Ramadhan Hampir Berakhir Rugi Tak Buat Amalan Ni


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Diceritakan dari Salman RadiyaLlahu 'anhu, ia berkata :


Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam memberikan khutbah kepada kami pada akhir hari bulan Sya'ban, baginda bersabda : "Wahai manusia, telah hampir datang bulan suci Ramadhan yang penuh berkah, bulan yang didalamnya terdapat malam yang lebih baik dari ibadah seribu bulan. Bulan yang dijadikan oleh Allah, puasa pada siang harinya suatu kewajipan dan solat pada malamnya (selain solat fardhu) sebagai solat sunnah. Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan amal kebaikan, pahalanya laksana orang yang melakukan kewajipan pada selain bulan Ramadhan. Barangsiapa yang melakukan kewajipan di bulan tersebut, pahalanya laksana pahala orang yang melaksanakan tujuh puluh kewajipan di lain bulan suci Ramadhan. Ia adalah bulan sabar, bagi orang yang bersabar tidak lain balasannya syurga, dan merupakan bulan toleransi, dan bulan ditambahkannya rezeki bagi orang Mukmin, orang yang memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka dan baginya pahala seperti pahala orang yang diberinya berbuka puasa tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya.

 Mereka bertanya : "Wahai RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, tidaklah semua kami ini mampu memberikan makanan untuk berbuka puasa bagi orang lain ? Maka RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Allah akan memberikan pahala tersebut bagi orang yang memberikan makanan bagi orang yang berpuasa sekalipun hanya dengan satu biji kurma atau seteguk minuman air putih atau sepotong susu kering. Dan adalah Bulan Ramadhan awwalnya (10 hari pertama) rahmat, pertengahannya (10 hari kedua) keampunan dan akhirnya (10 hari terakhir) pembebasan dari neraka.

Barangsiapa meringankan hamba sahayanya pada bulan itu Allah mengampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka. Maka perbanyakkanlah di Bulan Ramadhan 4 hal. Dua hal kamu mendapat redha Tuhanmu dan dua hal kamu tidak akan merasa puas dengannya. Adapun dua hal yang membuatkan kamu diredhai Allah adalah : Mengucapkan dan bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan kamu mohon keampunan kepada-Nya. Adapun dua hal yang kamu tidak akan merasa puas dengannya adalah : Kamu minta syurga kepada-Nya dan minta perlindungan dari api neraka.

Dan barangsiapa yang memberi minum orang yang berbuka puasa, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku, sekali minum sahaja tidak akan haus selamanya sehingga masuk ke syurga ". Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, kemudian berkata hadith ini sahih. dan diriwayatkan dari jalan al Baihaqi, dan diriwayatkan Abu Asy Syaikh Ibnu Hibban dalam at Tsawwab dengan ringkas (at Targhib wa at Tarhib II/94) dan Al Feqh Al Islamiy Wa Adillatuh (2/572)


Fasa Kedua Ramadhan Hampir Berakhir, Rugi Tak Buat Amalan Ni
Pada Bulan Ramadhan dibahagi kepada 3 bahagian diantaranya :

(1). Pada 10 hari pertama di Bulan Ramadan adalah Rahmat. 
Pada 10 hari itu, banyak sekali rahmat yang diturunkan Allah kepada kita. Bukan sahaja rahmat bahkan nikmat juga.

Rahmat ni maksudnya kasih sayang Allah. Allah beri kita rezeki, kekuatan dan juga rezeki berupa makanan.

Rahmat Allah juga, awal Ramadhan Allah bagi kita semangat puasa yang tinggi. Sebab tu kena banyak doa, dan ibadah supaya kita dapat istiqamah hingga hujung puasa.

(2) Kemudian 10 hari kedua di Bulan Ramadhan adalah maghfirah. 
Pada 10 hari kedua, banyak dosa yang diampunkan bila kita bertaubat.

Kita sekarang berapa pada fasa ini.
Pada 10 hari kedua hendaklah kita memperbanyak solat malam, berdoa dan zikir,serta banyak-banyak bermuhasabah diri/bertaubat nasuha.

Kerana pada sepuluh hari kedua ini adalah kesempatan kita untuk mengurangi dosa-dosa yang sudah kita buat. Dan hendaknya kita berdoa dan zikir untuk memohon ampunan Allah agar di ampuni dari dosa-dosa dan di jauhkan dari seksa api neraka.

(3). Dan sepuluh hari terakhir di Bulan Ramadhan adalah penghindaran diri dari seksa api neraka. 
Sepuluh hari terakhir inilah kesempatan kita untuk menyucikan diri kita dan banyak2 berdoa agar kita sentiasa dihindarkan dari api neraka.

Fasa akhir ini juga adanya malam lailatul Qadr, yaitu malam yang lebih mulia dari seribu bulan (QS. Al-Qadr).

Oleh karena itu, hendaknya di 10 hari terakhir, kita benar – benar berjuang untuk mendapatkan lailatul Qadr. Insya Allah mudah2an dapat dan bertuah sesiapa yang dapat.

Waktu ni, banyak kan istighfar, sedekah dan iktikaf. Dan fasa akhir ni mencabar sebab banyak dugaan dan bala tentera syaitan. Hanya orang yang kuat iman dikira berjaya dalam bulan Ramadhan ni.

Jadi, jom rebut peluang fasa kedua ni... Dah nak habis dah ni.. Rugi kalau tak rebut.

Semoga bermanfaat. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2019/05/fasa-kedua-ramadhan-hampir-berakhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datang Bulan Pada 10 Ramadhan Terakhir Ini 7 Amalan Kebaikkan Boleh Dilakukan

Datang Bulan Pada 10 Ramadhan Terakhir Ini 7 Amalan Kebaikkan Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 960 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dalam 10 malam terakhir Ramadan ini pasti ramai di antara kita ingin membuat banyak amal kebaikan dan beribadah untuk mendapatkan Lailatul Qadar Kalau kita uzur pada 10 terakhir Ramadhan apa yang kita bol...
15 Amalan Doa Terbaik Sepanjang Bulan Ramadhan

15 Amalan Doa Terbaik Sepanjang Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 795 hits
Tiap kali datangnya Ramadhan mungkin ada antara kita yang tak tahu nak doa apa kan Ramai yang tahu Ramadhan adalah bulan mustajab doa tapi tak tahu nak doa apa Ini antara senarai doa yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadhan 1 Ini berda...
Selama Bulan Ramadhan Dianjurkan Melakukan 7 Amalan Ini

Selama Bulan Ramadhan Dianjurkan Melakukan 7 Amalan Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 322 hits
Ramadahan bulan penuh hikmah dan keutamaan Di dalamnya terdapat berbagai macam amalan sunnah Di antara amalan yang disunnahkan di bulan Ramadhan adalah sebagai berikut Pertama makan sahur sesudah tengah malam walaupun hanya sedikit Rasulull...
Apa Amalan Ringkas Usahawan Boleh Lakukan Untuk Kaut Pahala Ramadhan Berganda

Apa Amalan Ringkas Usahawan Boleh Lakukan Untuk Kaut Pahala Ramadhan Berganda

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 375 hits
1 Perbanyakkan Sedekah Memang umum mengetahui sedekah adalah amalan ibadah yang sangat dianjurkan oleh agama kita Islam Allah SWT berfirman yang bermaksud Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebij...
Amalan Yang Silap Di Bulan Ramadhan

Amalan Yang Silap Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 325 hits
Eh Rawlins nie pun Dah nak habis puasa baru nak up post gini Saja je nak saling mengingatkan Itu lebih baik dari langsung tak buat kan Sumber Utusan Ini bukannya hasil tulisan diri sendiri tapi daripada pembacaan di beberapa laman web dan r...
Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan

Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 608 hits
Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan Sekejap saja kita sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan Terasa sekejap saja masa berlalu kan Rasa sedih bila kenangkan Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi Jom sama sama baca Cadangan ...
3 Fasa Ramadhan

3 Fasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 358 hits
Rasulullah SAW membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa semalam sebelum terawih tu tuan pengerusi mesjid bagi sedikit tazkirah ringkas tentang fasa bulan Ramadhan dan balik tu terus lah tanya cik google untuk nak baca lebih lanjut lagi ka...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan