Datang Bertiga Balik Berdua Azmi Caliph Buskers
Dalam hantaran sama, Azmi Saat memaklumkan bahawa isterinya, Nazira Muhammad kini dibenarkan pulang ke rumah.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)
Kuala Lumpur: "Kami datang bertiga, tapi balik berdua saja."
Demikian tulis penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat dalam hantaran terbaru di Instagram selepas pemergian anaknya, Khairul Afnan yang meninggal dunia akibat komplikasi otak.
Dalam hantaran sama, Azmi memaklumkan bahawa isterinya, Nazira Muhammad kini dibenarkan pulang ke rumah.
"Hari ini kami sudah dibenarkan keluar dari hospital walaupun mereka sangat menyarankan untuk kami tinggal di sini beberapa hari lagi sehingga isteri saya benar-benar sihat," tulisnya.
Azmi juga berkongsi rasa syukur atas ujian Allah ke atas dia dan isterinya.
"Itulah takdir. Sehebat mana pun rancangan kita, sekuat mana pun penjagaan kita, tetap Allah yang maha merancang dan pemilik segalanya.
"Kami bersyukur Ya Allah dengan ujian ini. Kami reda dan sabar dengan apa yang kau takdirkan untuk kami.
"Kau sahajalah yang tahu betapa kuat kami mengharunginya. Moga sabar kami tergolong dalam sabar yang cantik. Ganjarilah kami dengan rahmat dan kebaikan-Mu di dunia lebih lagi di akhirat," tulisnya.
Azmi juga meluahkan keyakinannya bahawa Allah akan mengurniakan rezeki yang lebih baik buat mereka.
"Kami akan kuat. Kami yakin Allah akan berikan yang lebih baik. Nantikan anak kami yang kedua. Insya-Allah," tulisnya.
Semalam, Azmi dan Nazira diduga apabila cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan Isnin lalu disahkan meninggal dunia pada jam 1.19 tengah hari semalam.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hdmalaysia.blogspot.com/2021/10/datang-bertiga-balik-berdua-azmi-caliph.html