Apabila Berdua Akan Datang Yang Ketiga Perlukah Kita Me Malaikat Kan Yang Ketiga Ini


BUKAN UNTUK MENCARI SIAPA YANG LEBIH KUAT, TETAPI UNTUK SALING MEMPERKUATKAN SATU SAMA LAIN

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Parlimen Bachok dari PAS, YB Nik Abduh di atas penjelasan yg sewajarnya dapat difahami dan dijadikan aspirasi, baik di pihak UMNO mahupun PAS... anakanda kepada Almarhum Tuan Guru Nik Aziz telah mengumumkan bahawa dirinya telah diwaqafkan kepada perjuangan yang tulus, suci, murni ini..

Sebenarnya, apa yg perlu kita tahu dan fahami ini tidaklah sesukar mana, dan tidaklah terlalu kompleks sehingga perlu disusun atur segala jenis rangka strategi pelan untuk mencapainya..

Tidak... tidak... tidak..

Namun, apa yg paling penting yang kita semua mesti lakukan adalah mudah, yakni, kembali kpd Allah, kembali berpegan pada tali Allah, dan kembali berpijak di dunia realiti, kepada fakta dan hakikat, dan sedia hadapi perkara yg ada di depan..

Benda kelihatan sukar selagi anda enggan menerima kenyataan, enggan berdepan realiti dan enggan berpijak di bumi yg nyata... disebabkan anda berterusan mahu menjustifikasikan keengganan anda, maka sebab itu terpaksalah anda merangka 1001 plan, strategi dan helah..

UMNO dan PAS merupakan parti terbesar mewakili org Melayu Islam... menyatukan UMNO dan PAS akan menjadi magnet yg besar dan mewujudkan medan magnet yg kuat untuk tarik pihak lain agar melekat, menempel dan bergayutan pada magnet besar ini..

Terima hakikat bahawa PPBM bukan magnet yang kuat... PPBM melekat pada magnet besar UMNO dan PAS secara paksa, dan ia akan sentiasa menolak antara satu sama lain... tak mungkin PPBM boleh kekal melekat dgn hanya bersandarkan pada pautan tangan mereka dgn segelintir ruang yg muncul dari UMNO atau PAS..

Dan lebih malang lagi, bilamana medan magnet yg dihasilkan dari PPBM ini, bukan bersifat menarik, tetapi ia semakin menolak apa juga entiti yg cuba menghampiri dan cuba bertaut pada magnet besar ini..

Maka kesannya, bukan hanya kita akan gagal mewujudkan sebuah negara dgn masyarakat yg menyatu dan kuat, malah lebih buruk lagi, medan magnet yg bersifat menolak yg ada pada PPBM ini juga kemudiannya akan turut terpalit kpd sebahagian yg ada dalam UMNO dan PAS, lalu menyebabkan mereka juga turut direntap keluar menjauhi magnet besar UMNO dan PAS..
 


Karangan Belahan Hati
Saya telah wakafkan diri saya untuk penyatuan umat. Saya ahli PAS. Tetapi diri saya bukan hanya untuk kesatuan ahli PAS, bahkan untuk penyatuan umat seluruhnya. 
Sebagaimana saya bertekad untuk istiqamah dengan perjuangan PAS, saya juga telah  memperkasakannya dengan tekad melebarkan penyatuan umat seluruhnya

Kesatuan umat bermaksud umat yang berpegang dengan tali Allah. Tali Allah bermaksud agama Islam, satu-satunya agama yang diredhai Allah. Berpegang dengan tali Allah adalah salah satu tiang atau tunjang utama ke arah kejayaan umat Islam menyempurnakan tugas khilafah mereka di muka bumi

Umat Islam adalah umat yang satu. Bersatu hati dengan tauhid dan ibadah kepada Allah. Satu umat bererti satu agama dengan satu arah tuju. Ia hakikatnya asal manusia, sebelum manusia berpecah belah selepas itu dengan syirik dan menyembah tuhan-tuhan selain Allah

Maka umat Islam mesti kekal satu umat. Apabila mereka bersatu, maka mereka berada dalam keadaan sihat dan haq, lalu bergerak gagah menuju matlamat. Apabila pula mereka berpecah, mereka sebenarnya dalam keadaan sakit dan batil, lalu merencatkan pergerakan dan pasti menggagalkan impian dan matlamat

Sakit dan penyakit, demi sebuah kejayaan yang ingin dicapai, mesti diubati dan dibuang. Membiarkannya terus sakit bukanlah pilihan. Ia malah kesalahan yang besar

Di negara kita Malaysia, berlaku perpecahan umat. Perpecahan pula pelbagai sektor dan faktor. Yang paling ketara adalah perpecahan akibat politik. Perpecahan politik inilah menjadi punca besar kegagalan dan kekecewaan umat dalam negara

Ia memberi isyarat jelas bahawa umat berada dalam sakit dan berpenyakit. Segagah mana kita berjalan, ia akan terus mengganggu perjalanan dan akhirnya menggendalakannya. Umat akan tersadai dan hanya mampu menanti tibanya pertolongan

UMNO dan PAS adalah sebab perpecahan politik umat. Kedua-duanya adalah kekuatan. Tiada kumpulan umat sekuat kedua-duanya. Bekalan kedua-duanya amat banyak dan pahlawan mereka amat ramai. Tiada kumpulan lain seumpama mereka berdua

PAS kalah berkali-kali, tetapi kuatnya semakin berkali-kali juga. UMNO untuk pertama kali jatuh besar pada PRU14 lepas, tetapi mampu kembali berkuasa hanya selepas 3 tahun. Ia contoh mudah kekuatan besar yang dimiliki kedua-duanya. Tiada seperti kedua-duanya

Malangnya, kedua-duanya saling beradu kekuatan, bukan menyatukan kekuatan. Maka akibat buruknya adalah besar. Ia adalah perpecahan umat yang besar. Ia telah membantutkan projek besar umat yang dimestikan untuk berjaya

Umat yang satu adalah umat yang sihat dan haq. Isinya adalah tauhid, ilmu, ikhlas, amal soleh dan jihad. Manakala umat yang berpecah adalah umat yang sakit dan batil. Ia lompang yang diracuni syirik, jahil, nifaq, fasad dan cinta dunia

Sesuatu mesti dilakukan. Penawar mesti diusahakan untuknya. Keruh mesti dibuang. Jernih mesti dikembalikan. Tali Allah mesti dihulurkan. Racun-racun syaitani pula mesti dinyahkan

Ia sebuah kerja besar. Ia jihad besar. Ia sebuah perjalanan memakan masa dan tenaga. Ia perlukan kejelasan, keyakinan, keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan

Walau apa alasan UMNO dan PAS, alasan untuk kekal berpecah dan berbalah adalah seburuk-buruk jawaban kepada penyelesaian. Penyakit diubati dengan ubatnya. Degil atau putus asa adalah racun ditambah racun



 Projek penyatuan umat yang besar ini hakikatnya menuntut kehadiran pahlawan daripada UMNO dan PAS. Saya ulang, pahlawan daripada UMNO dan PAS. Mereka ialah barisan yang memiliki kejelasan, keyakinan, keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan

Tanpa pahlawan yang hadir daripada kedua-dua pihak, usaha menjadi perlahan dan ditakuti kegendalaannya

Saya telah wakafkan diri saya untuk projek kesatuan UMNO dan PAS. Bukan menjadi satu parti. Bukan. Tetapi menjadi satu kekuatan. Bukan menjadi sama kuat. Bukan. Tetapi saling kuat menguat di antara kedua-duanya. Itu sudah amat mencukupi. Ia sudah menepati maksud kesatuan umat yang didambakan

Sudah pasti saya kerdil. Tetapi saya sudah berbelas tahun memulakannya. Saya bermula dengan keyakinan yang kecil dan ketakutan yang besar. Tetapi lama kelamaan, ia bertukar menjadi keyakinan yang besar dan ketakutan yang kecil

Saya berjumpa dan berbincang. Jumpa pemimpin PAS dan pemimpin UMNO. Jumpa para mufti dan tok-tok guru. Jumpa cendekiawan dan profesional. Mula-mula sebagai kenalan. Akhirnya menjadi rakan. Begitulah usaha berbekalkan masa yang  membekalkan kesabaran

Saya dimarahi dan dicemuh. Ombak di muka kuala amatlah garang. Tetapi saya mengecapi rasa keterpujian daripada dalam diri. Ia satu perasaan yang hebat. Begitulah masa memberikan saya keyakinan dan kekuatan. Masa itu senjata yang ajaib sekali

PAS dan UMNO amat lama berkelahi. Mengajak kepada perdamaian semacam mengajak kepada perkelahian ke sekian kalinya. Kelahi bertambah lagi kelahinya. Begitulah mata memandang serong dan tajam

Ya, saya rasa kerdil pada awalnya. Tetapi sebaik melangkah beberapa langkah, saya dapati ramai sebenarnya yang telah berada di jalan ini. Ramai juga yang telah pun mendahului saya. Justeru rasa kerdil hilang tiba-tiba. Paras keyakinan bertambah-tambah. Para pahlawan penyatuan umat semakin hadir

Saya menulis bukan memuji. Pujian milik Allah sepenuhnya. Saya menulis adalah untuk mengajak dan menyeru. Saya menulis untuk memanggil pahlawan-pahlawan agar hadir sentiasa di jalan ini. Bersama menanam dan memugar projek mega ini. Ia adalah jihad besar

Muafakat Nasional adalah belahan hati saya. Saya karangnya semenjak belasan tahun dalam bengis saya pada UMNO dan lembut saya juga pada UMNO. Karangan bukan sebarang karangan. Ia bungaan di hati yang penuh rasa cinta

PAS adalah pangkalan saya. Di sini saya membina kekuatan dan apabila saya keletihan dan kehabisan, saya akan segera kembali kepada PAS untuk menambah bekalan. PAS penuh dengan para pahlawan di jalan Allah

Di seberang sana ada juga pangkalan. Rakan-rakan  saya bergagah di pangkalan UMNO. Jambatan ini dalam pembinaan. Janganlah diruntuhkan oleh angin lalu

Selamat ulang tahun kedua Muafakat Nasional

Tulisan Asal : YB Nik Abduh Bin Nik Aziz


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.suaramelayubaru.xyz/2021/09/apabila-berdua-akan-datang-yang-ketiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elok Ketiga Tiga Oarti Melayu Tak Berguna Ni Akan Berebut Sesama Sendiri Padan Muka Melayu

Elok Ketiga Tiga Oarti Melayu Tak Berguna Ni Akan Berebut Sesama Sendiri Padan Muka Melayu

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 218 hits
35 kerusi untuk Bersatu sudah kira lebih Oleh FAZLI RADZI September 26 2021Bersatu boleh dipertimbangkan bertanding kira kira 29 peratus iaitu 35 daripada 122 kerusi Parlimen yang bermajoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang ...
Sedang Tunggu Tawaran Negara Ketiga Pdrm Bagi Satu Nasihat Kepada Keluarga Sajat

Sedang Tunggu Tawaran Negara Ketiga Pdrm Bagi Satu Nasihat Kepada Keluarga Sajat

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 457 hits
Bukit Aman hari ini mengedarkan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Pelarian dipegang usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat selepas didedahkan akhbar ini sejak Isnin ...
Mata Wang Gbp Bersiap Sedia Untuk Penembusan Ketiga 1 37500

Mata Wang Gbp Bersiap Sedia Untuk Penembusan Ketiga 1 37500

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 199 hits
Berikut adalah petua perdagangan untuk pasangan mata wang GBP USD pada hari ini Semalam kami mengesyorkan untuk kekal aliran menurun pada pasangan mata wang GBP USD Sehingga hari ini instrumen telah kembali ke tahap yang ditunjukkan dan ter...
Tak Serik Hina Agong Tukang Kebun Dipenjara Kali Ketiga Atas Kesalahan Sama

Tak Serik Hina Agong Tukang Kebun Dipenjara Kali Ketiga Atas Kesalahan Sama

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 211 hits
September 24 2021 Tertuduh membuat kenyataan jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui akaun Twitter bernama Sharil bin Mohd Sarif pada 7 43 pagi 20 April lalu KUALA LUMPUR Seorang tukang kebun yang sebelum ini pernah menjalani ...
Netflix Lancarkan Trailer Musim Ketiga You

Netflix Lancarkan Trailer Musim Ketiga You

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 312 hits
Netflix telah melancarkan trailer dan poster untuk musim ketiga You tayangan perdana pada 15 Oktober ini Dalam Musim Ketiga Joe dan Love yang kini sudah berkahwin dan membesarkan bayi mereka telah berpindah ke daerah Madre Linda di The post...
Cara Mengatasi Masalah Hidup Yang Datang Bertubi Tubi

Cara Mengatasi Masalah Hidup Yang Datang Bertubi Tubi

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 380 hits
Hidup manusia tidak akan pernah lepas dari masalah dan ujian Karena dari sanalah kualitas seorang manusia bisa terlihat Perbedaannya ia bisa mengatasi masalah dengan baik aJtau justru semakin terbenam bersama masalah tersebut Besar kecilnya...
Tolong Tag Dia Naa Mamu Tunggu Nak Makan Jemput Datang Lauk Lebih Ni Caprice Sharnaaz Ahmad

Tolong Tag Dia Naa Mamu Tunggu Nak Makan Jemput Datang Lauk Lebih Ni Caprice Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 188 hits
Melalui sesi IG Live malam tadi pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahya telah membuatkan netizen terhibur apabila Sharnaaz dilihat mengenakan filter yang berpakaian seperti pak arab dengan berlatar belakangkan padang pasir Dalam perbualan i...
Ovhi Firsty Talambek Datang Chord

Ovhi Firsty Talambek Datang Chord

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 268 hits
Am G Dm Am Am Gdenai baharok uda ka pulang Em Ammanjapuik cinto nan jo pinangan G Cnamun dek uda talambek datang G Amalah bajadi denai jo urang G Cnamun dek uda talambek datang G Amalah bajadi denai jo urang G C G Am Am Gkijang lah lapeh yo...
Polda Metro Sebut Terjadi Keterlambatan Datang Dosis Vaksin Covid 19 Di Jakarta

Polda Metro Sebut Terjadi Keterlambatan Datang Dosis Vaksin Covid 19 Di Jakarta

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 156 hits
Wakil Gubernur DKI Jakarta Ahmad Riza Patria mengatakan penyediaan dosis vaksin ini akan disampaikan kepada Kementerian Kesehatan dan Badan Usaha Milik Negara sebagai penyedia vaksin dan lembaga terkait lainnya agar tidak terjadi keterlamba...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025