Data Tak Sokong Penurunan Jumlah Kes Covid 19 Kata Anwar




FMT Reporters -June 16, 2021 Jika sains tidak dipatuhi pada saat ini seperti sikap kerajaan PN sekarang, maka pengorbanan rakyat sepanjang tempoh PKP adalah sia-sia, kata Anwar Ibrahim.PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan ketelusan kerajaan dalam berkongsi statistik Covid-19 dengan berkata, data yang tersedia kepada umum tidak menyokong penurunan jumlah kes harian baru-baru ini.
Mengulas mengenai penurunan kes daripada 9,020 pada 29 Mei kepada 4,949 pada Isnin, Anwar berkata, ini bermakna terdapat “kesenjangan dari segi data sekiranya diambil kira kadar kes positif dengan kadar kematian dalam tempoh sama”.
Kata beliau, data umum tidak menggambarkan penurunan sebenar sebanyak 45% jumlah kes harian kerana penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) yang berterusan dan penularan kes Covid-19 yang parah menunjukkan sebaliknya.
Beliau menyatakan sebanyak 126,480 ujian saringan telah dilakukan pada 29 Mei dan kadar pengujian meningkat sebanyak 166% dalam 15 hari kebelakangan ini.
Bagaimanapun kadar kes harian meningkat 104% dalam tempoh yang sama dan kadar kes positif hampir atau melebihi 7% pada minggu pertama Jun.
Sejak 29 Mei katanya, jumlah kes harian menurun 45% dan jumlah ujian harian juga menurun 44%.
“Kadar kes positif meningkat tiga hari berturut-turut dan secara puratanya sebanyak 6.67% untuk tujuh hari kebelakang. Di sesetengah negeri, kadar kes positif adalah setinggi 13%,” katanya.
Katanya, amat mudah bagi kerajaan untuk mengelabui pandangan umum tentang keparahan situasi wabak di negara ini melalui ”data yang selektif dan tidak seimbang”.“Ia juga tidak mustahil untuk data ini dimanipulasi bagi menggambarkan virus itu sedang merebak pantas bagi mewajarkan langkah darurat. Namun, tidak cukup pantas untuk mengakui kelemahan mereka dalam mengawal dan membendung wabak,” katanya.
“Adakah jumlah (jangkitan) harian melebihi 10,000 kes? Satu-satu cara untuk memastikannya adalah melalui penggunaan data dan sains.
“Jika kita pergiatkan ujian dan mengesan kes baharu, maka kita mampu untuk asingkan mereka, lakukan pengesanan kontak dan memberi dukungan perubatan kepada yang dijangkiti.
“Sebaliknya jika kita pertingkatkan kadar ujian dan tidak mengesan kes baharu, maka logiklah untuk mengatakan penularan wabak ini sedang menurun.”
Beliau berkata, ramai pakar perubatan membangkitkan persoalan ini tetapi Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengendahkannya.
Katanya, pengurusan wabak ini tidak patut dipolitikkan.
“Pertimbangan politik dan nafsu serakah individu akan terus mempengaruhi strategi membendung wabak dan ini adalah jalan kehancuran kerana kesannya akan ditanggung rakyat dan ekonomi negara akan terus merudum.
“Jika kita tidak patuhi sains saat ini dan itulah sikap kerajaan PN ini, maka pengorbanan rakyat sepanjang tempoh PKP (perintah kawalan pergerakan) ini adalah sia-sia. Virus ini akan terus merempuh dan mengorbankan banyak nyawa.
“Harus ada perubahan tuntas dalam strategi membendung wabak. Salah satu cara untuk keluar dari (wabak) ini adalah dengan bersandarkan kaedah saintifik, perkongsian data, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
“Kita tidak akan berjaya tanpa kekuatan rakyat. Ini hanya akan berlaku bil kepercayaan dan keyakinan antara rakyat dan kerajaan dapat dipulihkan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/data-tak-sokong-penurunan-jumlah-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 348 hits
utusan com myBiar tauke besar beli sendiri vaksin AnwarPETALING JAYA Kerajaan digesa segera memberi kelonggaran kepada syarikat syarikat berkemampuan dari segi kewangan membeli vaksin dan mengedarkan dalam kalangan ahli keluarga dan pekerja...
Kelompok Bukit Merah View Bertambah 17 Kes Baru Covid 19 Menjadi 56 Keseluruhan

Kelompok Bukit Merah View Bertambah 17 Kes Baru Covid 19 Menjadi 56 Keseluruhan

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 277 hits
SINGAPURA Sebanyak 17 jangkitan baru COVID 19 dalam masyarakat yang dilaporkan di Singapura pada Khamis dikaitkan dengan kelompok Bukit Merah View dedah Kementerian Kesihatan Terdapat lagi tiga kes dalam masyarakat Ini bermakna ada 2
Covid 19 Kes Mahkamah Berprofil Tinggi Pertimbangan Lebih Besar Bagi Pm Berbanding Pendirian Raja Melayu

Covid 19 Kes Mahkamah Berprofil Tinggi Pertimbangan Lebih Besar Bagi Pm Berbanding Pendirian Raja Melayu

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 349 hits
Chandra berkata bukanlah satu hal yang luar biasa bagi seorang perdana menteri membuat beberapa pertimbangan politik melibatkan parti komponen kerajaan Pengkritik sosial terkemuka Chandra Muzaffar tidak melihat gesaan Raja Raja Melayu supay...
Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 620 hits
PKR tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Anwar Ibrahim Dalam keadaan kita tiada keupayaan atau bersikap terlal...
Kembali Meningkat Lebih 6 000 Kes Baru Covid 19

Kembali Meningkat Lebih 6 000 Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 387 hits
MALAYSIAKINI Jumlah jangkitan harian Covid 19 di negara ini kembali menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 6 440 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan menerusi akaun media sosialnya...
Anwar Warns Decrease In Daily Cases Does Not Reflect Real Covid 19 Situation

Anwar Warns Decrease In Daily Cases Does Not Reflect Real Covid 19 Situation

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 207 hits
PKR president Anwar Ibrahim said the decrease in the reported daily Covid 19 cases in the past few days does not mean the situation is getting better This is because he said other publicly available data shows that there is still a high cas...
Tanggungjawab Acryl Sani Tubuh Siasatan Bebas Berhubung Banduan Mati Dalam Tahanan Kata Anwar

Tanggungjawab Acryl Sani Tubuh Siasatan Bebas Berhubung Banduan Mati Dalam Tahanan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 280 hits
Anwar Ibrahim berkata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani perlu segera membuat siasatan bebas bagi merungkai kes kematian banduan di penjara yang kerap berlaku sejak akhir akhir ini PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meng...
Covid 19 Rekod 126 Korban Kes Baru Jangkau Angka 7 700

Covid 19 Rekod 126 Korban Kes Baru Jangkau Angka 7 700

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 313 hits
MALAYSIA NOW 878 pesakit ditempatkan di ICU sementara 441 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan Peniaga runcit bersama rakannya duduk menikmati makan tengah hari sambil menanti pelanggan di Jalan Tun H S Lee pada hari pertama sekatan penu...
Mi Goreng Pot Luck Sempena Solat Hajat Upkk

Pembayang Untuk Meneka Bilangan Telur Ayam Penelur Di Usia Muda

Suami Isteri Maut Bayi 6 Bulan Cedera Nahas Di Kota Tinggi

Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup Dan Sedap Dimakan Begitu Saja

Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Roblox Undi Pilihan Raya Dan Melawat Pameran Di Smk Mys Live

Gadjet Trending Masa Kini 2025

Selamat Dah Bertunang

Wajar Dikenakan Denda Jika Enggan Bayar Pampasan Sinar Harian 15 11 2025

Drama Bad Cop

Blog Mendunia Tiba Tiba