Covid 19 Kes Mahkamah Berprofil Tinggi Pertimbangan Lebih Besar Bagi Pm Berbanding Pendirian Raja Melayu


Chandra berkata bukanlah satu hal yang luar biasa bagi seorang perdana menteri membuat beberapa pertimbangan politik melibatkan parti komponen kerajaan. (Malaysia Now) – Pengkritik sosial terkemuka Chandra Muzaffar tidak melihat gesaan Raja-Raja Melayu supaya Parlimen bersidang semula sebagai sebuah penolakan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), mengatakan perdana menteri sudah pun membentangkan susur masa yang spesifik ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara Selasa lalu.
Chandra turut berkata walaupun dua kenyataan berasingan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dilihat tidak menunjukkan sebarang pengiktirafan terhadap usaha-usaha kerajaan bagi membendung pandemik Covid-19, wujud beberapa faktor lebih besar yang akan mempengaruhi keputusan Muhyiddin dalam membuat keputusan membuka semula Parlimen.
“Saya fikir apa yang menjadi kebimbangan utamanya adalah program vaksinasi. Jika berjaya capai sasaran dengan 40% atau 50% populasi divaksinasi menjelang Oktober, maka saya fikir dia akan teruskan. Tapi sebaliknya, situasi masih buruk. Dia mungkin akan berkira-kira untuk tunda beberapa matlamat,” kata Chandra dalam sebuah program wawancara isu semasa Consider This di Astro Awani semalam.
Susulan perbincangan khas Raja-Raja Melayu semalam, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja-Raja Melayu mengeluarkan dua kenyataan berasingan mengesyorkan Parlimen bersidang semula dan perintah darurat tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos depan.
Perbincangan khas itu adalah susulan pertemuan Sultan Abdullah bersama pemimpin-pemimpin parti politik daripada kerajaan dan pembangkang.
Sehari sebelumnya, Muhyiddin membentangkan strategi kerajaan dalam memulihkan negara yang meletakkan sasaran Parlimen dibuka pada September atau Oktober depan tertakluk kepada situasi pandemik dan kadar program vaksinasi besar-besaran.
Chandra berkata bukanlah satu hal yang luar biasa bagi seorang perdana menteri untuk membuat beberapa pertimbangan politik termasuk mengenai Umno yang berpecah ketika ini.
“Perdana menteri mana pun akan bimbang,” katanya dan menambah pada ketika ini wujud sekurang-kurangnya tiga kumpulan dalam Umno yang “mempunyai pandangan berbeza dalam setiap isu”.
Chandra berkata beberapa kes berprofil tinggi pemimpin Umno bakal menerima keputusan pada Oktober depan.
“Perkara ini tentunya menjadi pertimbangan dalam keputusan PM. Hal ini mungkin jadi sebab mengapa beliau letakkan Oktober sebagai tarikh untuk buka semula Parlimen,” tambahnya.
Bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kedua-duanya yang pada ketika ini berdepan hukuman penjara dan larangan berpolitik ekoran beberapa pertuduhan rasuah, mengetuai serangan-serangan terhadap Muhyiddin sejak beberapa bulan lalu.
Pendirian menentang kerajaan semakin tajam selepas sabitan Najib bagi tujuh pertuduhan melibatkan skandal 1MDB.
Najib dan Zahid juga menulis surat kepada Istana Negara, menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekaligus menggulingkan Muhyiddin.
Chandra berkata mereka yang menghadapi pertuduhan-pertuduhan di mahkamah memiliki motif tersendiri ketika menggesa kerajaan untuk membuka semula Parlimen.
“Ini adalah salah satu daripada alasan kenapa ada beberapa orang menggesa supaya Parlimen bersidang semula,” tambahnya.
Chandra juga turut berkata mereka yang menggesa persidangan semula Dewan Rakyat harus komited dengan proses demokratik dan jujur ketika memperdebatkan atau membincangkan isu-isu negara.
“Jadi sekarang, jika mereka mahu gunakan Parlimen untuk tujuan lain kerana ada motif lain, mungkin motif-motif yang berkait dengan kes-kes mahkamah mereka, masa depan politik mereka dan lain-lain, itu adalah satu hal yang menyedihkan.
“Ini adalah satu perkara yang menjadi hakikat politik Malaysia. Wujud agenda-agenda jahat sebegini rupa,” katanya.
Covid-19, kes mahkamah berprofil tinggi pertimbangan lebih besar bagi PM berbanding pendirian Raja Melayu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/17/covid-19-kes-mahkamah-berprofil-tinggi-pertimbangan-lebih-besar-bagi-pm-berbanding-pendirian-raja-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembali Meningkat Lebih 6 000 Kes Baru Covid 19

Kembali Meningkat Lebih 6 000 Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 311 hits
MALAYSIAKINI Jumlah jangkitan harian Covid 19 di negara ini kembali menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 6 440 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan menerusi akaun media sosialnya...
Lebih 50 Kes Covid 19 Kelompok Pasar Bukit Merah View Belum Divaksin Dedah Prof Madya Mak

Lebih 50 Kes Covid 19 Kelompok Pasar Bukit Merah View Belum Divaksin Dedah Prof Madya Mak

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 286 hits
SINGAPURA Daripada kes kes COVID 19 yang berhubung kait dengan kelompok 115 Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Merah View lebih separuh belum divaksin manakala sekitar sepertiga daripadanya sudah divaksin sepenuhnya dedah Kenneth Mak pengarah kh...
Varian Mutasi Berkembar India Cetus Lonjakan Besar Kes Covid Di Labuan

Varian Mutasi Berkembar India Cetus Lonjakan Besar Kes Covid Di Labuan

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 339 hits
Kes varian yang membimbangkan cetus lonjakan besar kes COVID di Labuan VOC cetus lonjakan besar kes COVID di Labuan Varian Yang Membimbangkan COVID 19 dikenal pasti sebagai antara faktor Labuan mengalami lonjakan kes yang besar sejak bebera...
Covid 19 Kes Positif Seluruh Dunia Lebih 175 7 Juta Kematian 3 79 Juta

Covid 19 Kes Positif Seluruh Dunia Lebih 175 7 Juta Kematian 3 79 Juta

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 266 hits
Astro AwaniJumlah jangkitan menunjukkan pertambahan kes global dengan lebih 400 000 kes jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas Gambar failJUMLAH kumulatif kes positif COVID 19 seluruh dunia ketika ini melepasi 175 7 juta Jumlah ...
Covid 19 7 748 Kes Baharu N Sembilan Catat Lebih 700 Kes

Covid 19 7 748 Kes Baharu N Sembilan Catat Lebih 700 Kes

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 279 hits
Jumlah kes baharu harian COVID 19 dalam negara menurun kepada 7 748 kes dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 8 209 kes pada Khamis Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan terbaharu di Twitternya hari ini berkat...
2 Kes Berkait Kedai Gunting Atatcutz 2 Penghuni Mindsville Antara Kes Baru Covid 19

2 Kes Berkait Kedai Gunting Atatcutz 2 Penghuni Mindsville Antara Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 218 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan lima jangkitan baru COVID 19 dalam masyarakat sehingga tengah hari Isnin semuanya berkait dengan kes sebelumnya dan sudah dikuarantin Sembilan kes import juga dilaporkan Ia merupakan jumlah kes baru dalam masy
Anak Yang Rapat Dengan Ayah Punyai Iq Lebih Tinggi Ini Buktinya

Anak Yang Rapat Dengan Ayah Punyai Iq Lebih Tinggi Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 203 hits
Tak retilah aku nak jaga baby ni Asal aku yang dukung mesti menangis Kalau dengan ibu dia elok je Secara semulajadinya tidak susah bagi seorang bayi atau anak kecil untuk rapat dengan ibu mereka Ini kerana hubungan istimewa ini telah wujud ...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu