Data Mysejahtera Tunjuk Lebih Ramai Check In Ketika Lockdown Dari Pkp 3 0


Lebih ramai orang mendaftar masuk dengan aplikasi MySejahtera ketika perintah sekatan pegerakan penuh yang lebih ketat (1 Jun dan seterusnya) berbanding semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.


Orang ramai dikehendaki mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera ketika mengunjungi mana-mana premis, yang bukan saja untuk memudahkan pengesanan kontak tetapi juga dapat memberikan petunjuk pergerakan mereka.

Menurut data yang dikeluarkan di GitHub, jumlah individu yang mendaftar masuk menurun dengan ketara sejak pelaksanaan PKP 3.0 bermula 12 Mei di semua negeri (Kuala Lumpur bermula pada 7 Mei), namun jumlahnya kembali meningkat dalam tempoh total lockdown berikutnya.

Keadaan ini berlaku walaupun prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat semasa total lockdown berbanding dengan tempoh PKP 3.0.

Data daftar masuk merangkumi jumlah lawatan, lawatan unik dan lokasi unik. Unik bermaksud lawatan berulang hanya dikira sekali.

Jumlah daftar masuk di Selangor meningkat 13.3 peratus semasa lockdown.

Purata daftar masuk individu secara harian di Selangor adalah 1.98 juta sepanjang tempoh lockdown (1 Jun hingga 2 Julai), meningkat 13.3 peratus daripada 1.75 juta semasa PKP3.0 (12 Mei hingga 31 Mei).

Hampir semua negeri menyaksikan kenaikan purata daftar masuk individu semasa lockdown berbanding PKP 3.0, antara 1.6 peratus (Sarawak) hingga 30.8 peratus (Perlis).

Hanya Labuan yang menurun 31.8 peratus, diikuti oleh Sabah pada 1.9 peratus, Putrajaya 1.5 peratus dan Kuala Lumpur pada 0.2 peratus.

Peningkatan daftar masuk seiring dengan jumlah kes Covid-19 terutama di Lembah Klang, mendorong kerajaan mengetatkan lagi sekatan di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

PKPD di sebahagian besar Selangor dan 15 kawasan di Kuala Lumpur dari 3 Julai hingga 16 Julai menyaksikan penurunan daftar masuk yang tidak rata.

Purata daftar masuk individu harian di Selangor semasa PKPD merosot 7.1 peratus kepada 1.84 juta berbanding 1.98 juta semasa total lockdown.

Bagaimanapun, perubahan dalam daftar masuk harian individu di Kuala Lumpur adalah sedikit, mencatatkan penurunan 1.2 peratus daripada 1.40 juta kepada 1.38 juta.

Ini antaranya disebabkan PKPD di Selangor lebih meluas berbanding dengan kawasan yang terhad di Kuala Lumpur.

Kerajaan melaksanakan beberapa SOP ketika PKP 3.0 untuk mengehadkan pergerakan orang ramai dalam usaha mengekang penyebaran Covid-19.

Walaupun semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, ia juga mewajibkan orang ramai bekerja dari rumah dan melarang makan di restoran.

Sekatan itu termasuk mengehadkan kawasan pergerakan dalam jarak 10km dan mengurangkan jumlah maksimum penumpang kenderaan dari tiga kepada dua orang.

Hanya 17 sektor ekonomi dan perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang pada masa itu adalah menteri kanan yang bertanggung jawab ke atas SOP, mengatakan bahawa sekatan itu akan mengurangkan jumlah pekerja dari 15 juta kepada 1.5 juta. Jumlah daftar masuk menurun dengan ketara dalam PKP 3.0. Secara keseluruhan, jumlah daftar masuk individu di Malaysia perlahan-lahan meningkat pada Disember 2020 dan menurun kembali setelah PKP 2.0 dikenakan pada Januari 2021, tetapi secara beransur-ansur meningkat lagi dan mencapai kemuncaknya pada pertengahan April.

Jumlahnya sedikit menurun antara pertengahan April dan awal Mei, dan menurun dengan ketara setelah PKP 3.0 dilaksanakan.

Data menunjukkan bahawa jumlah individu yang mendaftar masuk adalah 8.55 juta (jumlah daftar masuk 23.3 juta) pada 11 Mei dan menunjukkan penurunan yang ketara (75 peratus) kepada 2.1 juta (jumlah daftar masuk 3 juta) pada 30 Mei.

Bagaimanapun, jumlahnya meningkat semula di kebanyakan negeri setelah total lockdown dilaksanakan pada 1 Jun. Angka-angka terseberada di at bas 6 juta selepas 8 Jun, dan angka-angka sekarang berada pada aliran menaik yang menuju ke tahap sebelum PKP 3.0.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/data-mysejahtera-tunjuk-lebih-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Scam Dalam Talian Semakin Menjadi Jadi Ketika Pkp

Scam Dalam Talian Semakin Menjadi Jadi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 248 hits
Penipu tawarkan harga lebih murah daripada barang yang dibeli di kedai KUCHING Polis sedang berusaha mencari 18 individu termasuk dua wanita untuk membantu siasatan kes penipuan e dagang atau pembelian secara dalam talian Ketua Polis Daerah...
Lebih 6 300 Pengusaha Kedai Gunting Bungkus Disebabkan Pkp

Lebih 6 300 Pengusaha Kedai Gunting Bungkus Disebabkan Pkp

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 278 hits
Penutupan berterusan sektor gunting rambut mengakibatkan lebih ramai pengusaha berputih mata dengan KPDNHEP MITI dan MKN enggan melayan tuntutan mereka melonggarkan sekatan PETALING JAYA Lebih 6 300 pengusaha kedai gunting di seluruh negara...
Plainclothes Officers To Check Sop Compliance

Plainclothes Officers To Check Sop Compliance

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 239 hits
The domestic trade and consumer affairs ministry said Op Samar will monitor customer focused areas such as shopping malls and eateries GEORGE TOWN Enforcement officers in plainclothes will be on the prowl to ensure SOP compliance in 22 trad...
As Period Spot Check Probe Unresolved New Minister Urged To Take Action

As Period Spot Check Probe Unresolved New Minister Urged To Take Action

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 252 hits
When the Perikatan Nasional government led by Bersatu collapsed one of several matters it left unresolved was an investigation into period spot checks at schools With a new education minister expected to be named and sworn in soon there are...
Bengang Isteri Nak Check Telefon Lelaki Belasah Isteri Pukul 4 Pagi

Bengang Isteri Nak Check Telefon Lelaki Belasah Isteri Pukul 4 Pagi

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 405 hits
Akibat tidak membenarkan isteri memeriksa telefon bimbit seorang lelaki sanggup memukul isterinya sehingga lebam di sebuah rumah di Taman Kosas Ampang pada Jumaat lalu Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohmad Farouk ...
Rutin Hantar Mak Check Up Di Htjs

Rutin Hantar Mak Check Up Di Htjs

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni SA bersiaran di Seremban Di saat entry ni SA publish SA ada kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban Rutin menemankan mak SA check up Korang sedia maklum kan selain sakit jantung mak SA merupakan pesakit buah pi...
Jessica Biel Tak Sengaja Musnahkan Kamera Bernilai Usd300 Ribu Ketika Penggambaran Blade Trinity

Jessica Biel Tak Sengaja Musnahkan Kamera Bernilai Usd300 Ribu Ketika Penggambaran Blade Trinity

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 334 hits
Pelakon filem Blade Trinity Jessica Biel tak sengaja merosakkan sebuah kamera bernilai USD300 ribu dalam sebuah babak dalam filem tersebut Babak yang merupakan antara babak klimaks filem tersebut menggunakan sebuah anak panah khas yang akan...
Dijangkiti Covid Kuarantin Di Rumah Dr Izzar Pesan 3 Benda Ni Perlu Ada Untuk Check Sendiri

Dijangkiti Covid Kuarantin Di Rumah Dr Izzar Pesan 3 Benda Ni Perlu Ada Untuk Check Sendiri

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 343 hits
Ramai dah positif COVID 19 sekarang Dulu kita dengar orang orang jauh je Sekarang orang orang rapat dalam famili kenalan pun dah kena Jika anda positif COVID 19 TAK BERGEJALA TIDAK BERISIKO TINGGI anda tak perlu ke CAC untuk membuat penilai...
Elfira Loy Dikecam Netizen Lebih Pentingkan Sambutan Hari Lahir Anak

Elfira Loy Dikecam Netizen Lebih Pentingkan Sambutan Hari Lahir Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 313 hits
Elfira Loy Dikecam Netizen Lebih Pentingkan Sambutan Hari Lahir Anak JIka kebanyakan orang berasa tertekan bagaimana hendak mengisi perut dan meneruskan hidup ekoran Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dila...
Autoimmune Disease

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

The Middle East Has Changed Permanently

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual

Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Kosong

Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Pihak Berkuasa Gaza Dakwa Jumpa Dadah Dalam Tepung Bantuan Tuduh Israel Cuba Lumpuhkan Rakyat

Komander Elit Iran Muncul Tiba Tiba Di Pengebumian Negara Tamat Spekulasi Hilang

Rating Terbaik Dalam Slotnya The First Night With The Duke Diminati Ramai