Dashing Baharu 2 In 1 Dashing Deo Perfume Body Spray


DASHING BAHARU 2 IN 1 DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY Assalamualaikum dan selamat malam, Hai reader semua, Dashing kini mengorak langkah maju setapak lagi... Bonde nak perkenalkan dekat anda semua tentang produk terbaharu dari Dashing iaitu Semburan Deodoran dan Wangian badan.  
DASHING BAHARU 2 IN 1 DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY
Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar

Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi
DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam  4 variasi:1. HATTRICK
2. ULTIMATE KICK 
3. SPEED
4. ULTIMATE KICK

· HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber


· ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky


· SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky


· HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif

Kanda suka dan sangat teruja nak cuba DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY baharu, katanya ia akan sesuaikan pemakaian DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY ni mengikut masa dan keadaan maksudnya kena pakai dan bezakan masa kerja, masa jalan dan masa bersukan atau buat aktiviti luar barulah wangian tu sepadan dengan bau badan dan akan selesa dengan bau DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY 


Siap dapat botol air tak sabar nak guna! bawa pergi office katanya he he he


BERAPA HARGA SEBOTOL DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY
DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. 
DEKAT MANA BOLEH BELI ?
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 
Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman:
 Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan 
Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/

~ Bonde Senyum Riang ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bondezaidalifah.com/2019/07/dashing-baharu-2-in-1-dashing-deo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sasa Dan Harum Dengan Dashing Deo Perfume Body Spray

Sasa Dan Harum Dengan Dashing Deo Perfume Body Spray

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 456 hits
Assalamualaikum semua Saya doakan semua sihat sihat dan baik baik belaka ya Siapa di sini yang punya ramai anak lelaki macam saya Saya ada 3 orang anak bujang berusia 10 8 dan 6 tahun Di usia mereka sekarang sudah pandai menjaga penampilan ...
Dashing Deo Perfume Body Spray Pilihan Babah Ilhams

Dashing Deo Perfume Body Spray Pilihan Babah Ilhams

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 314 hits
Dashing Deo Perfume Body Spray Pilihan Babah Ilham Assalamu alaikum Yessss Of course Dashing Deo Perfume Body Spray pilihan Babah Ilham semestinya dari DASHING peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki Dashing Deo Perfume Bod...
Dashing Deo Body Spray For Masculine Men

Dashing Deo Body Spray For Masculine Men

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 538 hits
Assalammualaikum Every day is a great day for a great man It is important to stay fresh throughout the day to be able to withstand the challenges and daily activity confidently Sometimes we wonder whether the scent of deodorant used is comp...
Dua Manfaat Dalam Satu Botol Dengan Dashing Deo Perfume Keluaran Terbaru Dashing

Dua Manfaat Dalam Satu Botol Dengan Dashing Deo Perfume Keluaran Terbaru Dashing

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 399 hits
Assalammualaikum Dunia Menjadi idaman setiap kaum Adam untuk memulakan hari mereka dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan lebih yakin dan bersemangat Penggunaan ...
Dashing Deo Perfume 4 Jenis Wangian Dashing Yang Wajib Ada Bagi Setiap Lelaki

Dashing Deo Perfume 4 Jenis Wangian Dashing Yang Wajib Ada Bagi Setiap Lelaki

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 857 hits
Hi Semua Teringat masa kali pertama jumpa suami bau dia sedap sangat Hahah Eh walaupun orang perempuan ni tak kisah lelaki tu cemana asalkan sayang dia tapi bau badan tu pun penting juga tau untuk memikat hati perempuan Jangan buat main tau...
Dengan Kos Rm 5 00 Sahaja Kipas Siling Lama Boleh Berfungsi Seperti Kipas Baharu Yang Laju

Dengan Kos Rm 5 00 Sahaja Kipas Siling Lama Boleh Berfungsi Seperti Kipas Baharu Yang Laju

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 382 hits
Kipas siling cenderung untuk menjadi semakin perlahan setelah lama digunakan dan menukar kipas yang baharu bukanlah satu pilihan yang bijak kerana penukaran itu akan melibatkan kos yang tinggi Walau bagaimanapun ramai yang masih belum tahu ...
Oppo Mendaftar Tanda Dagang Enco Mungkin Peranti Siri Baharu

Oppo Mendaftar Tanda Dagang Enco Mungkin Peranti Siri Baharu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 192 hits
Oppo adalah salah satu syarikat di bawah naungan BBK Electronics yang sama dengan OnePlus dan Vivo Seperti banyak peranti dari China lain Oppo juga mempunyai sub jenama dan banyak siri siri tertentu untuk peranti peranti mereka Antara yang ...
Pesuruhjaya Sukan Baharu Norza Yakin Dr Wirdati Mampu Galas Tugas

Pesuruhjaya Sukan Baharu Norza Yakin Dr Wirdati Mampu Galas Tugas

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 254 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Khai Bahar Bawa Hatiku Bersama Kamu Chord



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Mitarashi Dango