Dasar Kemasukan Pelajar Antarabangsa Tidak Ketepi Pelajar Tempatan Tingkat Persaingan Global


Dasar Kemasukan Pelajar Antarabangsa Tidak Ketepi Pelajar Tempatan, Tingkat Persaingan Global
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa dasar pengambilan pelajar antarabangsa di institusi pendidikan tinggi negara tidak menjejaskan peluang pelajar tempatan, sebaliknya turut meningkatkan tahap persaingan di peringkat global.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), agenda pengantarabangsaan telah dilaksanakan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).
“Kini, Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara yang mampu menarik minat pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian tinggi berdasarkan kepada kualiti program-program pendidikan yang ditawarkan di samping keterlihatan dan kesohoran kepakaran tenaga akademik di universiti tempatan,” kata beliau.
Berdasarkan data pada 31 Disember 2024, jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia adalah seramai 155,986 orang daripada keseluruhan 1,251,552 enrolmen di IPT Awam dan Swasta.
Bagi universiti awam sahaja, terdapat 53,322 pelajar antarabangsa di peringkat prasiswazah dan pasca siswazah, mewakili 8.7 peratus daripada jumlah pelajar.
Data sebenar mengenai enrolmen pelajar antarabangsa “Susulan dakwaan pihak tertentu bahawa pelajar antarabangsa di lima (5) buah Universiti Penyelidikan (RU) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencecah angka 27% dan mengambil tempat pelajar tempatan, KPT ingin berkongsi data sebenar mengenai enrolmen pelajar antarabangsa di universiti-universiti tersebut.
“Bilangan pelajar tempatan dan antarabangsa di lima (5) universiti berkenaan adalah seramai 180,024 orang dengan perincian seramai 141,636 orang merupakan pelajar tempatan dan 38,388 orang atau 21.3% merupakan pelajar antarabangsa. Daripada jumlah tersebut, 15.8% adalah pelajar pasca siswazah dan baki 5.5% adalah pelajar prasiswazah.
“Sesuai dengan status sebagai RU, kelima-lima buah universiti di atas memberi tumpuan pengambilan pelajar antarabangsa di peringkat pasca siswazah dan ini berjaya menarik 28,383 orang pelajar antarabangsa dan menyumbang 46.7% daripada jumlah enrolmen pelajar pasca siswazah,” tegas beliau.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kehadiran pelajar antarabangsa di peringkat pasca siswazah khususnya di UA dapat membawa perspektif baharu dalam konteks penyelidikan berdasarkan latar belakang budaya dan akademik mereka.
Hal ini seterusnya turut memperkaya perbincangan dan mendorong pendekatan yang lebih kreatif dalam menyelesai masalah.
Tambahan pula, kemasukan pelajar antarabangsa dilihat dapat meningkatkan kedudukan universiti dalam penarafan ranking.
Lantaran itu, KPT tidak mengehadkan sebarang peratusan bagi pengambilan pelajar antarabangsa di peringkat pasca siswazah.
Semua pelajar antarabangsa dikenakan yuran penuh, tanpa sebarang subsidi oleh pihak Kerajaan Dalam pada itu, KPT juga menegaskan bahawa semua pelajar antarabangsa dikenakan yuran penuh, tanpa sebarang subsidi oleh pihak Kerajaan dan kemasukan ke mana-mana program harus melalui proses saringan serta menepati syarat am dan khusus yang ditetapkan oleh pihak universiti.
“Di samping itu, hasil daripada yuran pelajar antarabangsa ini telah digunakan oleh UA bagi menambahbaik dan meningkatkan lagi fasiliti universiti masing-masing untuk dinikmati secara bersama oleh semua pelajar termasuk pelajar tempatan,” tambah beliau.
Tidak hanya itu, kehadiran pelajar antarabangsa tidak hanya memberi nilai tambah yang besar kepada warga kampus.
Malah, ia juga mencetus persekitaran pembelajaran yang dinamik dan reflektif dengan keperluan semasa bagi memperluas horizon pemikiran pelajar tempatan tanpa perlu ke luar negara.
“Justeru, dasar pengantarabangsaan dapat membuka peluang terbaik kepada pelajar tempatan untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta mempelajari silang budaya sekali gus mempersiap siaga mereka untuk bersaing di peringkat global.
“KPT sentiasa cakna dan komited dalam menyediakan tempat kepada calon pelajar tempatan dan tiada sebarang diskriminasi kepada warganegara tempatan untuk mengikuti pengajian di UA.
“Dalam hubungan ini, KPT sentiasa memantau pengambilan pelajar antarabangsa di semua universiti tempatan bagi memastikan pelajar tempatan terus diberi keutamaan dalam sektor pendidikan tinggi negara,” kata beliau.
BACA: Pernah Tular Pinjam Basikal Cari Rezeki, Kisah Rider Ini Buka Jalan Lindung 1.2 Juta Pekerja Gig
Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi
The post Dasar Kemasukan Pelajar Antarabangsa Tidak Ketepi Pelajar Tempatan, Tingkat Persaingan Global appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/26/dasar-kemasukan-pelajar-antarabangsa-tidak-ketepi-pelajar-tempatan-tingkat-persaingan-global/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Kes Pelajar Jatuh Bangunan Pelajar Perubatan Parah Jatuh Dari Tingkat Tujuh Kondominium

Lagi Kes Pelajar Jatuh Bangunan Pelajar Perubatan Parah Jatuh Dari Tingkat Tujuh Kondominium

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 666 hits
Buletin TV3 nbsp MELAKA Seorang penuntut tahun akhir kolej perubatan swasta di negeri ini parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh kondominium yang disewa bersama tiga rakan sekuliah di Jalan Tun Perak di sini malam tadi Ketua P...
Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan

Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1123 hits
Malaysiakini nbsp Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihakn...
Pelajar Universiti Maut Jatuh Tingkat 22 Bapa Syak Dibuli

Pelajar Universiti Maut Jatuh Tingkat 22 Bapa Syak Dibuli

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 685 hits
MOHD FAHMI ISMAILJeff Ho menunjukkan gambar lokasi kejadian menimpa anak perempuannya di Setapak KUALA LUMPUR Seorang bapa tampil membuat laporan polis selepas mengesyaki kematian anak perempuannya yang terjatuh dari tingkat 22 sebuah kondo...
Aplikasi All Indonesia Wajib Untuk Penumpang Antarabangsa Mulai 1 Sept

Aplikasi All Indonesia Wajib Untuk Penumpang Antarabangsa Mulai 1 Sept

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2472 hits
Aplikasi All Indonesia Wajib Untuk Penumpang Antarabangsa Mulai 1 Sept JAKARTA 31 Ogos Semua penumpang untuk penerbangan antarabangsa diwajibkan melengkapkan pengisytiharan ketibaan melalui aplikasi All Indonesia bermula 1 Sept menurut Peng...
Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang Langgar Syarat Sah Lesen

Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang Langgar Syarat Sah Lesen

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1483 hits
KUANTAN Enam kru termasuk seorang tekong warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang selepas sebuah vesel nelayan tempatan disyaki melanggar syarat sah lesen di perairan negeri ini kelmarin Pengarah Maritim Pahang L...
Anwar Lancar Ilmu Ai Pertama Malaysia Dibangunkan Anak Tempatan

Anwar Lancar Ilmu Ai Pertama Malaysia Dibangunkan Anak Tempatan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 360 hits
SITI NUR ZAWANIAugust 12 2025Hari ini tercatat detik bersejarah dalam landskap teknologi Malaysia apabila Perdana Menteri meluncurkan sebuah kecerdasan buatan iaitu ILMU merangkap model bahasa besar pertama negara yang dibangunkan sepenuhny...
Pocky Lancar Perisa Durian Ondeh Ondeh Gabungan Warisan Tempatan Sesuai Sambut Merdeka

Pocky Lancar Perisa Durian Ondeh Ondeh Gabungan Warisan Tempatan Sesuai Sambut Merdeka

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 330 hits
Glico Malaysia menghargai keunikan cita rasa tempatan dengan melancarkan perisa baharu edisi terhad Pocky Durian dan Pocky Ondeh Ondeh yang cukup mengujakan sambil mengajak rakyat Malaysia untuk Berkongsi Keriangan Cita Rasa Warisan sempena...
24 Kapal Flotilla Antarabangsa Berlepas Ke Gaza 15 Wakil Malaysia Sertai Misi

24 Kapal Flotilla Antarabangsa Berlepas Ke Gaza 15 Wakil Malaysia Sertai Misi

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 860 hits
24 Kapal Flotilla Antarabangsa Berlepas Ke Gaza 15 Wakil Malaysia Sertai Misi KUALA LUMPUR 1 Sept Sebanyak 24 kapal flotila dari Pelabuhan Barcelona Sepanyol berlepas ke Gaza semalam membawa mesej kemanusiaan dan bantuan asas disertai lebih...
Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Ai Team Sementara Batch 1 2025

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Did You Really Think It Was All Free Of Charge

Tak Payah Layan Cadangan Mansuh Matrikulasi

Apa Itu Ekyc Kenali Proses Pengesahan Identiti Secara Digital

Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli