Istana Negara Sejarah Visi Misi Fungsi Seni Bina Keunikan


Istana Negara: Sejarah, Visi, Misi, Fungsi, Seni Bina & Keunikan
Istana Negara bukan sahaja berfungsi sebagai tempat tinggal rasmi ketua negara tetapi juga merupakan simbol kedaulatan dan kemegahan negara Malaysia. Ia juga menjadi lokasi penting untuk pelbagai  peristiwa bersejarah dan majlis rasmi. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Masjid Negara – Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Sejarah Istana Negara Istana Negara pertama terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur. Bangunan ini asalnya dibina pada tahun 1928 dan digunakan sebagai kediaman rasmi seorang jutawan Cina, Chan Wing. 
Selepas Perang Dunia Kedua, bangunan ini diambil alih oleh kerajaan British dan digunakan sebagai kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
Pada tahun 1957, bangunan ini diubah suai menjadi Istana Negara bagi menyambut kemerdekaan Tanah Melayu. Perasmian Istana Negara ini menandakan permulaan era baharu dalam sejarah negara yang merdeka. 
Pada tahun 2011, Istana Negara baharu telah dibina di Jalan Duta (kini Jalan Tuanku Abdul Halim) bagi menggantikan istana lama yang tidak lagi sesuai untuk menampung fungsi-fungsi rasmi diraja.
Latar Belakang Pengurusan Istana Negara diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang bergelar DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA. 
Beliau disokong oleh 6 Bahagian Utama dalam Pengurusan Istana Negara iaitu Bahagian Istiadat, Bahagian Urusan Diraja, Bahagian Hal Ehwal Islam, Bahagian Juruiring, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Keselamatan.
Di anggotai oleh hampir 236 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kategori dan gred jawatan.
Objektif Objektif Istana Negara ialah untuk menjaga martabat dan imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia selaras dengan peruntukan Raja Berpelembagaan  didalam Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Kualiti Dasar Kualiti Istana Negara pula adalah komited untuk menyempurnakan semua urusan dan perkara-perkara yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan berteraskan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme.
Visi Visi Istana Negara ialah untuk menjadi organisasi terunggul dalam  menjaga keselesaan dan imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia selaras dengan peruntukan Raja Berpelembagaan  di dalam Perlembagaan Persekutuan
Misi Memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti demi menjaga keselesaan dan imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia selaras dengan peruntukan Raja Berpelembagaan  di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Lokasi Istanan Negara Malaysia terletak di: Jln Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Logo Dan Panji-Panji Diraja Sebagai Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah simbol kepada ketaatan warga Malaysia kepada Undang-undang dan Perlembagaan. 
Panji-panji Diraja adalah simbol kepada kewujudan Institusi Yang di-Pertuan Agong. Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. 
Warna kuning adalah warna Diraja. Karangan padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.
Rekabentuk Jata Malaysia di tengah-tengah adalah menunjukkan:
Bulan serta bintang yang mempunyai 14 cabang adalah menunjukkan 14 buah negeri yang menjadi komponen negeri dalam Malaysia yang juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama bagi Malaysia. Lima bilah keris adalah melambangkan lima buah negeri-negeri Melayu Bukan Bersekutu (sebelum merdeka) iaitu Johor, Kedah, perlis, Kelantan dan Terengganu. Di kiri kanan perisai adalah melambangkan negeri-negeri yang tidak beraja iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Manakala empat panel perisai yang mempunyai ukuran yang sama di tengah-tengah perisai yang mengandungi warna-warna putih adalah negeri Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam dan kuning adalah warna negeri Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah asalnya negeri-negeri Melayu Bersekutu. Fungsi dan Peranan 1. Kediaman Rasmi Yang di-Pertuan Agong
Istana Negara berfungsi sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu ketua negara Malaysia. 
2. Lokasi Upacara-upacara Diraja & Majlis-majlis Rasmi
Selain itu, Istana Negara juga menjadi tempat berlangsungnya upacara-upacara diraja dan majlis-majlis rasmi negara. Antara upacara penting yang diadakan di Istana Negara termasuklah:
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong: Upacara ini diadakan setiap lima tahun sekali apabila Yang di-Pertuan Agong yang baru dilantik. Ia merupakan acara yang penuh tradisi dan adat istiadat Melayu. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong: Sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong diadakan setiap tahun dengan pelbagai acara termasuk istiadat perbarisan kehormatan, majlis jamuan, dan pelbagai aktiviti kebajikan. Majlis Menghadap Rasmi: Ini termasuklah majlis menghadap ketua-ketua negara asing, duta-duta, dan pelbagai tokoh penting dari dalam dan luar negara. Majlis-Majlis Kebangsaan: Istana Negara juga menjadi lokasi utama untuk pelbagai majlis kebangsaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, dan majlis-majlis anugerah diraja. 3. Pelancongan dan Pendidikan
Istana Negara juga menjadi daya tarikan pelancongan yang penting. Pelawat dari dalam dan luar negara berpeluang melihat keindahan dan keagungan istana ini, walaupun hanya dari luar pagar.
Pada masa-masa tertentu, istana ini turut dibuka kepada orang ramai untuk lawatan khas, terutamanya semasa sambutan hari-hari kebesaran diraja.
6. Sejarah & Budaya Negara
Selain itu, Istana Negara juga memainkan peranan penting dalam mendidik rakyat mengenai sejarah dan budaya negara.
Pelbagai program pendidikan dan lawatan sambil belajar diadakan bagi pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ini membantu dalam menyemai semangat patriotisme dan kefahaman mendalam tentang sistem pemerintahan beraja di Malaysia.
7. Memperkukuhkan Hubungan Diplomatik
Istana Negara bukan sahaja menjadi simbol kedaulatan Malaysia, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
Setiap kali pemimpin asing melawat Malaysia, Istana Negara menjadi lokasi utama untuk pertemuan rasmi dan jamuan negara. Ini membantu dalam mempererat hubungan antarabangsa dan mempromosikan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berbudaya tinggi.
Seni Bina dan Keunikan Istana Negara baharu yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim ini direka dengan gabungan elemen seni bina Melayu Islam dan moden. 
Ia mempunyai dua kubah utama dan empat belas kubah kecil yang melambangkan empat belas negeri di Malaysia. Luas keseluruhan kawasan istana adalah kira-kira 97.65 hektar, dengan keluasan bangunan utama sekitar 22,000 meter persegi.
Reka bentuk istana ini menonjolkan keindahan seni bina Melayu dengan penggunaan motif tradisional dan ukiran kayu yang halus. Kubah-kubah istana yang berwarna emas menambah keanggunan dan kemegahan kepada bangunan ini. 
Selain itu, istana ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk dewan bankuet, bilik mesyuarat, ruang-ruang istirahat yang selesa dan sebagainya. 
Maklumat Lanjut Dapatkan info terkini daripada Istana Negara melalui laman web rasmi Istana Negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/istana-negara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=istana-negara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tugu Negara Sejarah Lokasi Fungsi Harga Tiket Tips Lawatan

Tugu Negara Sejarah Lokasi Fungsi Harga Tiket Tips Lawatan

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 70 hits
Tugu Negara Sejarah Lokasi Fungsi Harga Tiket Tips Lawatan Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan warisan budaya yang pelbagai Salah satu monumen yang menonjol dan menjadi simbol penting dalam sejarah negara adalah Tugu ...
Perpustakaan Negara Sejarah Fungsi Kemudahan Peraturan Waktu Operasi

Perpustakaan Negara Sejarah Fungsi Kemudahan Peraturan Waktu Operasi

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 107 hits
Perpustakaan Negara Sejarah Fungsi Kemudahan Peraturan Waktu Operasi Perpustakaan Negara Malaysia telah menjadi mercu tanda penting dalam landskap negara Terletak di ibu kota Kuala Lumpur perpustakaan ini bukan sahaja merupakan tempat penyi...
Buka Ijtima Ulama Komisi Fatwa Wapres Tanggung Jawab Ulama Menjaga Negara Jangan Sampai Menyimpang

Buka Ijtima Ulama Komisi Fatwa Wapres Tanggung Jawab Ulama Menjaga Negara Jangan Sampai Menyimpang

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 73 hits
Menurut Ma ruf Ijtima Ulama menjawab masalah yang dihadapi umat dan rutin digelar tiga tahun sekali
Soal Revisi Uu Tni Polri Gerindra Negara Bakal Rugi Tni Polri Pensiun Usia 58 Tahun Ini Alasannya

Soal Revisi Uu Tni Polri Gerindra Negara Bakal Rugi Tni Polri Pensiun Usia 58 Tahun Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 64 hits
Muzani menilai di usia tersebut seorang prajurit TNI dan Polri masih cukup baik kesehatan fisik dan gaya pikirnya
Mengintip Tradisi Unik Perayaan Idul Adha Di 5 Negara Mulai Dari Pasar Malam Hingga Dandani Hewan Kurban

Mengintip Tradisi Unik Perayaan Idul Adha Di 5 Negara Mulai Dari Pasar Malam Hingga Dandani Hewan Kurban

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 92 hits
Ternyata perayaan Idul Adha sangat meriah ya di luar negeri Selamat Idul Adha ya sobat Hipwee semua
Pusat Sains Negara Tiket Percuma Sehingga 2 Jun 2024

Pusat Sains Negara Tiket Percuma Sehingga 2 Jun 2024

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 136 hits
Pusat Sains Negara Tiket Percuma Sehingga 2 Jun 2024 Haritu adik dan kakak kakak nad datang rumah nad bermalam satu hari dekat rumah nad di Kuala Lumpur ni Cuti sekolah bermula diaorang pun datangla bercuti di KL Dah alanmg alang datang tu ...
Kasus Pt Timah Rugikan Negara Capai Rp300 Triliun Jadi Skandal Terbesar

Kasus Pt Timah Rugikan Negara Capai Rp300 Triliun Jadi Skandal Terbesar

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 76 hits
Ada pembayaran biji timah ilegal kepada para mitra dengan total biaya sebesar Rp26 649 triliun
Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Gkb Eurycozin Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki

4 Syarikat Multinasional Henti Operasi Di Malaysia

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm

Mengenali Jenis Panadol Dan Fungsinya

Produk Gkb Lion S Mane Mushroom Baik Untuk Kesihatan Otak

Xiaomi Tv Box S 2nd Gen

Bila Perempuan Nak Lelaki Tanggung Semua Benda



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Suami Fail Cerai Kerana Ada Hiv Lepas Dirog L Peguam Nasihat Isteri Sila Jadi Cerdik Tak Semua Cerita Laki Kena Percaya

Best Travel Credit Card Malaysia Untuk Air Miles

Mahjong Ways 1 Have Fun And Play Responsibly

Kenapa Saya Tidak Menggalakkan Bersenam Di Waktu Malam

Order Makan Minum Antara Tugasan Baru Di Jabatan Sekarag

Supplement Yang Nieyl Makan Sekarang