Dasar Gaji Progresif Pastikan Pekerja Dibayar Upah Bermaruah






Ekonomi Madani yang dilancarkan pada hujung Julai lalu turut merangkumi Dasar Gaji Progresif yang dirangka untuk melonjakkan kadar upah buat para pekerja di Malaysia.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ekonomi Madani yang menetapkan halatuju negara dalam tempoh sederhana meletakkan Malaysia dalam kalangan 30 ekonomi terbesar dunia akan memastikan gaji pekerja meningkat selepas peratusan pendapatan pekerja (wage share ratio) telah menurun daripada 37.2% pada 2020 kepada 32.4% pada 2022.

"Kerajaan sehubungan itu menetapkan sasaran nisbah ini ditingkatkan kepada 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan.

"Isu gaji merupakan perkara pokok yang tidak boleh diabaikan lagi. Berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023 yang dibentangkan minggu lepas, lebih 2 juta pekerja Malaysia masih berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

"Situasi ini lebih membimbangkan buat golongan muda antara umur 20 - 24 tahun di mana gaji penengah mereka hanyalah RM1,682 sebulan," katanya dalam satu kenyataan.

PM turut bimbang apabila kebanyakan pekerja gaji mereka hanya akan meningkat kepada RM3,500, pada paras tertinggi sekitar umur 40 - 49 tahun sepanjang kerjaya mereka.

Hal itu, katanya, menyukarkan para pekerja untuk menikmati kehidupan yang baik selepas usia persaraan kerana terlalu lewat untuk memiliki harta.

Oleh itu, katanya, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah berbincang mengenai cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji pekerja dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten dan pengagihan gaji dilakukan lebih seimbang.

"Dasar gaji progresif ini adalah bersifat sukarela (voluntary), berteraskan insentif (incentive-based), dan terkait dengan produktiviti (productivity-linked).

"Model dasar ini diusulkan setelah MTEN mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan dan pekerja. Dasar ini, yang merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum, akan disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan, dan peringkat.

"Sesi libat urus dan tinjauan awal telah menunjukkan sebanyak 62% pekerja dan 80% syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan ciri-ciri yang dinyatakan, dan MTEN berharap dasar ini akan menerima sambutan dan penyertaan sebanyak mungkin syarikat dan pekerja," katanya.

Langkah seterusnya, kata Ahli Parlimen Tambun itu adalah sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak berkepentingan, terutamanya para pemain industri, perniagaan dan pekerja.

"Perkara ini akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi memperhalusi mekanisma pelaksanaan secara berperingkat dan meneroka keperluan untuk memperuntukkan dana sebagai insentif yang akan ditentukan berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan dan keperluan dasar.

MTEN berpandangan bahawa Dasar Gaji Progresif merupakan salah satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan pekerja Malaysia tidak dibebankan dengan kos sara hidup dan dapat menikmati pekerjaan dengan gaji yang bermaruah, demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda mengangkat ekonomi negara," katanya lagi.


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/dasar-gaji-progresif-pastikan-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kertas Putih Dasar Gaji Progresif Akan Dibentangkan Ke Parlimen

Kertas Putih Dasar Gaji Progresif Akan Dibentangkan Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 136 hits
Kertas Putih berhubung pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan dalam sidang khas Parlimen bulan depan maklum Menteri Ekonomi Rafizi Ramli Melalui satu ciapan di Twitter Rafizi berkata beliau telah membentangkan kertas Dasar Gaji ...
Dilaksana Berperingkat Dasar Gaji Progresif Kurangkan Beban Kos Sara Hidup

Dilaksana Berperingkat Dasar Gaji Progresif Kurangkan Beban Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 152 hits
Cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk memperhalusi mekanisme pelaksanaan secara berperingkat dan meneroka keperluan bagi memperuntukkan dana sebagai insentif berdasarkan kewangan kerajaan serta keperluan dasa...
Rafizi Luncur Statistik Gaji Dan Upah Hari Ini

Rafizi Luncur Statistik Gaji Dan Upah Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 201 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bakal meluncurkan laporan Statistik Gaji dan Upah Jabatan Perangkaan Negara setiap suku tahun pagi ini Langkah pertama kali dalam sejarah pentadbiran Malaysia itu sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menyeles...
Pastikan Kerajaan Perpaduan Menang Semua Kerusi Port Dickson

Pastikan Kerajaan Perpaduan Menang Semua Kerusi Port Dickson

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 219 hits
Kerajaan Perpaduan perlu menang kesemua 5 kerusi dalam parlimen Port Dickson untuk memastikan berjaya membentuk Kerajaan Negeri yang stabil dalam Pilihan Raya Negeri kali ini Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun berkata dem...
Bayar Hutang Pun Berbilion Nak Naik Gaji Kot Mana Tun M

Bayar Hutang Pun Berbilion Nak Naik Gaji Kot Mana Tun M

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 230 hits
SEREMBAN Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyemak semula skim gaji perkhidmatan awam di negara ini yang disifatkan beliau sukar untuk dilaksanakan Bekas Ahli Parlimen Langkawi ...
24 Murid Dua Guru Dan Dua Pekerja Kantin Di Sk Sungai Tiram Muntah Dan Pening Sebab Terhidu Bau Pencemaran Kimia

24 Murid Dua Guru Dan Dua Pekerja Kantin Di Sk Sungai Tiram Muntah Dan Pening Sebab Terhidu Bau Pencemaran Kimia

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 232 hits
JOHOR BAHRU Sekurang kurangnya 24 murid dua guru serta dua pekerja kantin Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram mengalami muntah dan pening kepala selepas disyaki terhidu bau pencemaran dalam kejadian petang kemarin Komander Operasi dari Balai Bo...
Hanya Berlaukkan Keropok Fatihah Kongsi Kesusahan Hidup Dorong Arwah Bapa Pastikan Rakyat Tidak Lapar

Hanya Berlaukkan Keropok Fatihah Kongsi Kesusahan Hidup Dorong Arwah Bapa Pastikan Rakyat Tidak Lapar

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 209 hits
Fatihah berkongsi gambar kenangan bersama arwah bapanya Salahuddin pada majlis sebelum ini Foto Fatihah Facebook Kami sekeluarga pernah makan hanya berlaukkan keropok ayah berhutang beli susu dari kedai Fatihah Salahuddin Ayub KUALA LUMPUR ...
Pekerja Ladang Bakar Isteri Dengan Petrol

Pekerja Ladang Bakar Isteri Dengan Petrol

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 140 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myGeorgetown Lelaki tergamak membakar isterinya menggunakan petrol dalam kejadian di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor semalam hanya kerana perselisihan faham membabitkan keluarga Akibatny...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

Miniatur Bus Jetliner Tronton

Miniatur Bus Rosalia Indah Scorpion King

Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C