Bayar Hutang Pun Berbilion Nak Naik Gaji Kot Mana Tun M



SEREMBAN: Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyemak semula skim gaji perkhidmatan awam di negara ini, yang disifatkan beliau sukar untuk dilaksanakan.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ini kerana kerajaan ketika ini terpaksa menanggung hutang besar yang mencecah bilion ringgit.
"Kononnya mahu naik gaji pegawai kerajaan...mahu naik bagaimana duit pun tiada, bayar hutang sahaja pun berbilion setahun.
"Macam mana nak naik gaji, (tetapi) itulah janji yang dibuat (Anwar)," katanya ketika berucap pada program Jelajah Bicara Bangsa di Sikamat di sini malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan Perdana Menteri memberitahu skim gaji perkhidmatan awam akan disemak semula bagi memastikan penjawat awam menerima gaji dan upah yang setimpal.
Anwar dilaporkan berkata, penelitian semula skim gaji perkhidmatan awam itu dibuat selepas mempertimbangkan tiada kenaikan diberikan bagi suatu tempoh agak lama.
Dalam pada itu, Mahathir turut mempersoal kenyataan Anwar yang mahukan gaji lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinaikkan serta pengumuman pemberian elaun minimum.
"Syarikat mempunyai bajet tertentu dan mereka tidak sewenang-wenangnya naikkan gaji pegawai dan kakitangan mereka, ini akan menyebabkan perniagaan mereka akan jadi rugi.
"Ada juga cadangan dari Perdana Menteri ini untuk naikkan gaji lulusan TVET..sedap cakap," katanya.
Komen itu merujuk kenyataan Perdana Menteri bahawa pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun perantisan minimum RM800 sebulan.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu mendakwa perjuangan orang Melayu sejak dulu yang menjurus kepada mempertahankan tanah air, bangsa dan Islam sudah diselewengkan pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.
Tanpa menyentuh secara khusus mana-mana pihak, beliau berkata, golongan itu cuba mengalih Tanah Melayu ini supaya tidak lagi menjadi Tanah Melayu, selain mendakwa kononnya Malaysia negara pelbagai kaum dan orang Melayu perlu berkongsi tanah air dengan orang lain.
"Ini masalah paling besar dihadapi orang Melayu sekarang iaitu cubaan untuk mengalih Tanah Melayu ini supaya tidak lagi menjadi Tanah Melayu.
"Walaupun mereka telah mendapat nikmat, perolehan daripada perniagaan di sini, tetapi negara kita ini hendak diambil oleh mereka," katanya.
Bekas Pengerusi PEJUANG itu juga berkata, golongan ini menjadikan Melayu sebagai batu loncatan untuk kepentingan diri selepas mendapat kedudukan dalam hati kaum majoriti negara ini.
"Mereka mendakwa berjuang untuk orang Melayu tetapi sebenarnya berjuang untuk mendapat kekayaan bagi diri mereka. Sebab itulah mereka (sanggup) melakukan pelbagai jenis jenayah (rasuah) dan hari ini mereka dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah.
"(Sebenarnya) mereka pegang jawatan bukan untuk bangsa, negara dan agama tetapi nak isi tembolok mereka," katanya.
Beliau berkata, mereka yang berkenaan itu juga bertanggungjawab menukar negara ini daripada demokrasi kepada kleptokrasi dan kini bertukar pula kepada kakistokrasi iaitu orang yang tidak tahu bagaimana hendak memerintah, utamakan rakyat dan bangunkan negara.
Sehubungan itu, Mahathir menggesa orang Melayu bersatu menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri untuk memilih parti yang memperjuangkan Melayu, tanah air dan Islam, sekali gus membersihkan negara daripada pihak tidak bertanggungjawab. - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/07/bayar-hutang-pun-berbilion-nak-naik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Dah Masuk Apa Nak Buat

Gaji Dah Masuk Apa Nak Buat

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 165 hits
Selamat datang rakan kongsi baru hubungi admin untuk update profileAMIR ZAKWAN BIN MOHAMEDMOHAMMAD HIFZAN BIN SABRIMOHD ISKANDAR BIN MUNAWIGAJI dah masuk Apa Nak Buat 1 Simpan GSA2 Belanja GCA1 SIMPANDuit simpanan anda ditukarkan dalam bent...
Salesman Terkejut Pelanggan Tiba Tiba Nak Beli Kereta Untuk Anak Bayar Guna 10 Guni Berisi Duit Syiling

Salesman Terkejut Pelanggan Tiba Tiba Nak Beli Kereta Untuk Anak Bayar Guna 10 Guni Berisi Duit Syiling

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 92 hits
Salesman terkejut pelanggan tiba tiba nak beli kereta untuk anak bayar guna 10 guni berisi duit syiling Pada zaman sekarang boleh dikatakan setiap orang yang menginjak usia dewasa mesti mahu memiliki kenderaan sendiri Demi membantu menjalan...
Macam Mana Nak Belajar Matematik Cara Mudah

Macam Mana Nak Belajar Matematik Cara Mudah

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 298 hits
Macam Mana Nak Belajar Matematik Cara Mudah Assalamualaikum Hi korang Bersua lagi bersama KakYa dalam sudut ilmu Ok kalini KakYa nak kongsi mengenai Matematik Bila sebut Matematik jer ramai daripada anak anak pelajar yang kecut perut Ramai ...
Jawab Lah Macamana Pun Tapi Surat Ni Nak Jawab Lagu Mana Pulak Sanusi

Jawab Lah Macamana Pun Tapi Surat Ni Nak Jawab Lagu Mana Pulak Sanusi

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 204 hits
PH MALAYSIA GROUPTERBONGKAR Dokuman surat mohon pas lawatan istimewa untuk import tenaga kerja dari China untuk urusan REE Sidang Media KP PTG Kedah tak jawab isu yang dibangkitkan dia cuma guna candu agama untuk memukau pendengar Persoalan...
Saya Tak Nak Anak Warisi Mindset Lelaki Mana Boleh Menangis Sedih Emosi Normal Manusia Tak Salah Pun

Saya Tak Nak Anak Warisi Mindset Lelaki Mana Boleh Menangis Sedih Emosi Normal Manusia Tak Salah Pun

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 249 hits
Kalau dahulu anak anak lelaki tidak dibenarkan menangis Seandainya dibuat juga mereka akan dianggap lemah Anak lelaki sepatutnya kuat dan tabah sekiranya ada masalah atau mengalami sebarang tekanan Sebenarnya menangis adalah sesuatu yang no...
Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya

Kontroversi Hutang Peneroka Felda Bila Nak Habis Agaknya

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 133 hits
MASYARAKAT Felda sudah pasti boleh menarik nafas lega dan bergembira apabila kerajaan pada 9 Julai lalu telah meluluskan jaminan sehingga RM9 9 bilion untuk menerbitkan sukuk bagi menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang peneroka Kemente...
Minta Bantuan Seolah Olah Saya Ni Menteri Iqbal Dedah Ada Individu Mohon Sumbangan Untuk Bayar Hutang

Minta Bantuan Seolah Olah Saya Ni Menteri Iqbal Dedah Ada Individu Mohon Sumbangan Untuk Bayar Hutang

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 187 hits
Usahawan Iqbal Zulkefli memaklumkan telah menerima lebih 500 mesej daripada orang awam yang meminta sumbangan daripadanya Dia bagaimanapun kecewa kerana terdapat segelintir pihak yang tergamak mengambil kesempatan di atas niat baiknya dan m...
Ramai Lagi Ahli Umno Putrajaya Nak Berhijrah Tun Faisal

Ramai Lagi Ahli Umno Putrajaya Nak Berhijrah Tun Faisal

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 128 hits
Tun Faisal Aziz menyatakan kesediannya membantu Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin untuk mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional di kawasan pusat pentadbiran negara itu Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Putrajaya ya...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia