Dasar Fiskal Kerajaan Susulan Covid 19 Satu Respons Yang Tepat Tengku Zafrul


KUALA LUMPUR, 26 Jun — Kerajaan percaya dasar fiskal yang dilaksanakan susulan krisis akibat pandemik COVID-19 merupakan satu respons yang tepat walaupun S&P Global Ratings mengekalkan penarafan Malaysia pada tahap A- dengan semakan semula prospek daripada stabil ke negatif, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata ia diambil memandangkan keperluan kritikal untuk memastikan langkah rangsangan dan pemulihan ekonomi dilakukan dengan segera untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.
“Langkah ini disokong oleh laporan S&P yang optimis mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 7.5 peratus bagi 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Unjuran S&P itu didorong oleh impak negatif wabak COVID-19 terhadap pertumbuhan ekonomi dan kedudukan fiskal negara.
Beliau berkata kerajaan turut percaya respons proaktif terhadap krisis ini adalah tepat dan bersesuaian.
Tengku Zafrul berkata inisiatif dan langkah menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Tambahan (perusahaan kecil dan sederhana) serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) — keseluruhannya bernilai RM295 bilion – bertujuan melindungi nyawa, menyokong perniagaan, menyelamatkan dan menjana pekerjaan serta merangsangkan ekonomi.
“Jumlah nilai RM295 bilion untuk keseluruhan pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN dan PENJANA dijangka menyumbang lebih 3.0 peratus kepada pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2020,” katanya.
Beliau berkata sebilangan besar langkah yang diperkenalkan menerusi pakej PRIHATIN dan PENJANA adalah bersifat ‘one-off’ atau sementara, dan tidak akan mempunyai impak kepada kedudukan kewangan kerajaan bagi jangka sederhana.
Tambahan pula, Malaysia mempunyai kecairan yang mencukupi di pasaran domestik bagi pembiayaan tambahan kerajaan, katanya.
“Kerajaan juga akan memfokus kepada disiplin fiskal untuk mempertahankan keutuhan sistem dan integriti ekonominya, dan juga memastikan Malaysia mampu untuk bangkit segera apabila keadaan ekonomi beransur pulih. Pandangan optimis terhadap ekonomi Malaysia juga dikongsi oleh S&P,” katanya.
Beliau berkata bagi jangka sederhana dan panjang, kerajaan tetap komited terhadap agenda reformasi fiskal dan akan meneruskan usaha pembaikan fiskal apabila ekonomi global kembali pulih.
Memandang ke hadapan, kerajaan komited untuk menurunkan defisit fiskal kepada paras di bawah 4.0 peratus daripada KDNK dalam jangka sederhana, katanya.
Tengku Zafrul berkata Malaysia mempunyai rekod prestasi pengurusan fiskal yang baik, iaitu semasa Krisis Kewangan Global pada 2008/09, defisit fiskal Malaysia meningkat kepada 6.7 peratus daripada KDNK pada 2009 namun sejak kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 3.4 peratus daripada KDNK pada 2019.
Kedudukan luaran Malaysia tetap kukuh, disokong oleh lebihan akaun semasa, rizab antarabangsa yang mencukupi dan aset luaran milik bank-bank dan syarikat swasta yang tinggi, katanya.
“Dengan kadar pertukaran mata wang yang fleksibel, ekonomi Malaysia tetap berdaya tahan dalam menghadapi kemungkinan kejutan pasaran luaran,” katanya.
Beliau berkata krisis pandemik ini telah mempengaruhi penarafan kredit untuk pelbagai negara, dan ini mencerminkan cabaran getir yang dihadapi oleh ekonomi global seperti prospek pertumbuhan yang lebih lemah, defisit fiskal lebih besar dan tahap hutang lebih tinggi, katanya.
Beliau berkata negara-negara bersifat ekonomi terbuka seperti Malaysia, telah melaksanakan langkah makroekonomi dan fiskal yang menyeluruh untuk mengurangkan impak kepada kesihatan awam dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Justeru, ini juga telah mengakibatkan penarafan kredit yang lebih rendah untuk beberapa negara, baik negara maju atau yang masih berkembang, katanya.
Tengku Zafrul berkata sejak beberapa dekad lepas, Malaysia telah membuktikan daya ketahanannya dalam menangani pelbagai cabaran, termasuk Krisis Kewangan Asia dan Krisis Kewangan Global, berteraskan kekukuhan asas ekonomi, kerangka institusi yang baik serta pasaran kewangan yang cukup teguh dan terkawal.
“Kerajaan juga komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan, tadbir urus yang terus ditambah baik, pengurusan kewangan awam yang cekap dan reformasi struktur ekonomi demi kelangsungan dan daya ketahanan ekonomi Malaysia bagi jangka panjang,” katanya.
— BERNAMA
The post Dasar fiskal kerajaan susulan COVID-19 satu respons yang tepat – Tengku Zafrul appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/26/dasar-fiskal-kerajaan-susulan-covid-19-satu-respons-yang-tepat-tengku-zafrul/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dasar-fiskal-kerajaan-susulan-covid-19-sat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Zafrul Rebecca Bincang Cabaran Anjur Apec Susulan Covid 19

Tengku Zafrul Rebecca Bincang Cabaran Anjur Apec Susulan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR 24 Jun Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Pengarah Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik Tan Sri Dr Rebecca Sta Maria hari ini membincangkan cabaran menganjurkan sidang kemuncak APEC tahun ini dengan pe...
Muhyiddin Gesa Pbt Agensi Kerajaan Turun Padang Bantu Peniaga Terjejas Covid 19

Muhyiddin Gesa Pbt Agensi Kerajaan Turun Padang Bantu Peniaga Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 254 hits
Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Perjumpaan Wakil Peniaga dan Industri Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar hari ini Turut hadir Pegawai Daerah Muar Mohd Haffiz Ahmad dan Pegawai Daerah Tangkak Shafiei Ahamad MUAR Perdana Menteri Muhyiddin ...
Palestin Tutup Bandar Di Tebing Barat Susulan Peningkatan Kes Covid 19

Palestin Tutup Bandar Di Tebing Barat Susulan Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 194 hits
PIHAK Berkuasa Palestin pada Sabtu berkata pihaknya menutup sementara bandar Hebron dan Nablus di Tebing Barat yang diduduki bagi mengekang penyebaran koronavirus selepas peningkatan jangkitan yang mendadak Kerajaan memutuskan untuk menutup...
Tidak Tangani Isu Covid 19 Jokowi Ugut Rombak Jawatan Menteri Atau Bubar Agensi Kerajaan

Tidak Tangani Isu Covid 19 Jokowi Ugut Rombak Jawatan Menteri Atau Bubar Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 194 hits
Rakaman video memaparkan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi memarahi menteri dan pegawai agensi kerajaan yang dilihat tidak serius dalam menangani wabak Covid 19 di negara itu menjadi perhatian ramai di media sosial Menerusi video y...
Semua Dah Status Zon Hijau Kuning Hanya Rembau Satu Satunya Daerah Zon Merah Covid 19

Semua Dah Status Zon Hijau Kuning Hanya Rembau Satu Satunya Daerah Zon Merah Covid 19

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 321 hits
Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa hanya di daerah Rembau masih dalam kategori Zon Merah iaitu mencatat sebanyak 57 kes positif sepanjang pergerakan 14 hari taburan kes Covid 19 di Malaysia Jelas ...
Satu Kes Covid 19 Baru Di Tuaran Kota Kinabalu Kini Zon Hijau

Satu Kes Covid 19 Baru Di Tuaran Kota Kinabalu Kini Zon Hijau

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 349 hits
Tuaran masih mempunyai dua kes aktif termasuk satu kes baharu yang dicatatkan di daerah itu hari ini Covid 19 Satu Kes Baharu Di Tuaran KK Kini Zon Hijau Kota Kinabalu kini dikategorikan sebagai zon hijau selepas tiada lagi kes aktif dengan...
Hanya Satu Zon Merah Covid 19 Di Selangor

Hanya Satu Zon Merah Covid 19 Di Selangor

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 307 hits
SHAH ALAM 13 JUN Hanya satu zon merah Covid 19 direkodkan di negeri membabitkan 62 kes aktif di Hulu Langat demikian menurut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor Selain Hulu Langat semalam Selangor mempunyai dua zon merah iaitu...
Covid 19 Realiti Menuju Kemenangan Kembali Satu Digit

Covid 19 Realiti Menuju Kemenangan Kembali Satu Digit

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 221 hits
Alhamdulillah Negara sedang menuju kemenangan di dalam inisiatif mengekang penularan Wabak COVID 19 Realiti kes baharu yang disahkan oleh KKM pada 19 Jun pada satu digit enam kes amat menyenangkan hati rakyat Malaysia Pada 18 Jun dilaporkan...
Wna Korea Tertular Covid 19 Dari Teman Satu Kantor Di Balikpapan

Wna Korea Tertular Covid 19 Dari Teman Satu Kantor Di Balikpapan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 239 hits
Dengan data terbaru ini Kalimantan Timur mencatat sudah 503 kasus pasien terkonfirmasi positif
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk