Daripada Tugasan Kokpit Kepada Kerja Dapur


Oleh Muhammad Yusri Muzamir  Azrin menampilkan kelainan dengan mengenakan pakaian seragam juruterbang ketika berniaga di gerai makannya di Subang Jaya. - FOTO IHSAN KAPTEN AZRIN MOHAMAD ZAWAWI SUBANG: Membina kerjaya sebagai pengemudi pesawat tetapi kini terpaksa beralih kepada bidang perniagaan membabitkan 'kerja dapur' demi menyara keluarga.
Demikian cabaran dihadapi bekas juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Kapten Azrin Mohamad Zawawi, 44, selepas diberhentikan kerja susulan langkah pengecilan operasi dan jumlah kakitangan syarikat itu akibat pandemik COVID-19, baru-baru ini.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mengaku masih kekok dengan perubahan ditempuhi walaupun sudah bersedia menghadapi situasi terbabit sejak syarikat penerbangan berkenaan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) dan cuti tanpa gaji sebelum ini.
Namun, beliau tetap tabah berdepan dugaan hilang punca pendapatan itu, malah gigih mengusahakan gerai 'Kapten Corner' di Boomtown, USJ 11, dekat sini, sejak 23 Oktober lalu.
Seperkara menambah tarikan ialah beliau menampilkan kelainan dengan mengenakan pakaian seragam juruterbang ketika berniaga di gerainya.
"Jika dulu saya hanya berada di dalam kokpit, namun kini terpaksalah belajar pergi membeli barang basah di pasar untuk bahan niaga, memegang pisau, mengupas bawang, membantu isteri menyediakan juadah dan pelbagai lagi.
"Semua ini agak baharu bagi saya, namun lama-kelamaan ia bak kata pepatah 'alah bisa, tegal biasa'.
"Pada mulanya, sampai bengkak jari-jemari membuat kerja. Membungkus kuah pun sangat kekok. Mujur ada sokongan serta bantuan daripada keluarga, sekali gus menguatkan motivasi saya untuk terus berkecimpung dalam bidang ini.
"Rutin harian saya bermula seawal jam 6 pagi untuk membuat persiapan sebelum membuka gerai dari jam 1 tengah hari hingga 9 malam setiap hari.
"Sambutan pelanggan sangat memberangsangkan walaupun gerai ini bahu beroperasi," katanya ketika ditemui BH, di sini, hari ini.
Mengenai keputusan untuk membuka gerai makanan, beliau yang berpengalaman selama 20 tahun sebagai juruterbang berkata, cadangan itu sudah dibincangkan lebih awal bersama ahli keluarga, terutama isteri, Latun Noralyani Meor Aminudin, 41.
"Sebenarnya, keluarga isteri sudah lama berkecimpung dalam bidang masakan dan katering.
"Idea membuka gerai ini tercetus apabila terdengar khabar angin bahawa syarikat akan menawarkan VSS.
"Susulan itu, kami berbincang dan memilih lokasi serta jenis juadah akan dijual berdasarkan nasihat semua pihak, termasuk kawan isteri yang menerajui tapak perniagaan di sini.
"Kepada semua di luar sana yang senasib dengan saya, jangan putus asa! Semangat perlu tinggi untuk 'survive' dan sentiasa berfikir ke hadapan serta idea yang boleh dilaksanakan untuk menghadapi dugaan ini," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/daripada-tugasan-kokpit-kepada-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
62 Daripada 230 Kluster Covid 19 Jangkitan Di Tempat Kerja

62 Daripada 230 Kluster Covid 19 Jangkitan Di Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 62 kluster iaitu 30 peratus daripada keseluruhan 230 kluster Covid 19 di negara ini berkaitan jangkitan di tempat kerja Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini terdapat 37 kluster t...
Kerja Sambilan Di Rumah Tanpa Modal Besar Sesuai Untuk Semua

Kerja Sambilan Di Rumah Tanpa Modal Besar Sesuai Untuk Semua

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 571 hits
Kerja Sambilan Di Rumah Tanpa Modal Besar Sesuai Untuk Semua Kepada anda yang tercari cari bisnes atau kerja sambilan di rumah The post appeared first on
Menyamar Jadi Mahasiswa Pencopet Saat Demo Uu Cipta Kerja Ditangkap Di Kawasan Monas

Menyamar Jadi Mahasiswa Pencopet Saat Demo Uu Cipta Kerja Ditangkap Di Kawasan Monas

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 322 hits
Terduga pelaku itu berinisial TH Dia beraksi dengan meminjam Almamater salah satu Univesitas untuk ikut membaur dengan mahasiswa lain Namun aksi penyamarannya bukan untuk menyampaikan aspirasi RUU Cipta Kerja Melainkan hendak mencopet baran...
Menkop Nilai Uu Cipta Kerja Buka Ruang Konsolidasi Data Tunggal Kumkm

Menkop Nilai Uu Cipta Kerja Buka Ruang Konsolidasi Data Tunggal Kumkm

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 311 hits
Selain itu kata Teten UU Cipta Kerja dibuat dengan tujuan untuk menjawab masalah masalah utama yang dihadapi oleh UMKM dan koperasi yang sebelumnya menyebabkan mereka tidak bisa tumbuh dan berkembang
Gadis Kerja Kedai Handphone Dakwa Dia Dilarikan Suspek Curi Kereta Polis

Gadis Kerja Kedai Handphone Dakwa Dia Dilarikan Suspek Curi Kereta Polis

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 440 hits
Wanita yang ditahan bersama lelaki yang melarikan sebuah kereta peronda model Honda Civic 1 8S milik pasukan polis dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada malam Ahad mendakwa dia dilarikan suspek ketika sedang b...
Salah Guna Surat Kebenaran Kerja Boleh Diambil Tindakan

Salah Guna Surat Kebenaran Kerja Boleh Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 436 hits
M Update 27 10 2020 Surat kebenaran yang dikeluarkan majikan itu adalah bagi membolehkan pekerja yang tidak bekerja di rumah melepasi sekatan jalan raya dan pelepasan untuk keluar bekerja Beliau mengulas terdapat dakwaan terdapat segelintir...
Video Kerja Keras Sang Pemandu Wisata

Video Kerja Keras Sang Pemandu Wisata

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 299 hits
Sebelumnya Abdul sempat bekerja di sebuah perusahaan di bidang IT Namun perusahaan tersebut bangkrut imbas pandemi Covid 19
Berani Berubah Kerja Keras Seorang Tour Guide Yang Tidak Mengkhianati Hasil

Berani Berubah Kerja Keras Seorang Tour Guide Yang Tidak Mengkhianati Hasil

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 395 hits
Kini kerja keras Abdul membuahkan hasil Selama tiga bulan menjalani profesi tour guide pendapat Abdul semakin bertambah Pendapatannya mencapai Rp4 juta sebulan
Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Klp48 Nfc Album Keychain

7 Barang Travel Wajib Ada Untuk Wanita Praktikal Murah Mesra Beg

Telur Pindang Johor

Marsha Sudah Ku Temui Chord

Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Spring Fever Amazon Diesel Powered Mini Bike Pt 1