Daripada No Amwar No Dap Sudahnya Anwar Dan Dap Dijadikan Penyelamat Tengkuk Kerajaan Serta Penentu Dasar Negara


 
PH dan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan menandatangani Memorandum Persefahaman atau MOU jam 5.00 petang ini yang menandakan bermulanya kerjasama kedua-dua pihak demi kepentingan rakyat.
Meski butiran MOU hanya akan diumumkan selepas ia ditandatangani antara Ismail Sabri dengan ketua-ketua parti PH yang diketuai Anwar Ibrahim petang nanti, adalah dijangka ia tidak lari daripada tujuh tawaran yang dibuat Perdana Menteri, Jumaat baru-baru ini.
Tujuh tawaran tersebut adalah:
• Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.
• Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat.
• Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
• Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
• Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama
• Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
• Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.
Melalui MOU itu, dalam erti kata lain termetrailah CSA atau Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan antara kerajaan dengan blok pembangkang yang tujuan utamanya untuk mewujudkan kestabilan politik dan saling bekerjasama, khusus untuk memulihkan ekonomi ekoran pandemik Covid19.
Dalam jangka masa singkat, keuntungan yang diperolehi oleh Ismail Sabri melalui MOU itu ialah tiada lagi desakan usul undi percaya dan Belanjawan 2022 akan diluluskan tanpa banyak masalah.
Jika tiada apa-apa halangan atau Ismail Sabri kekal sihat tanpa memerlukan sebarang rawatan rutin, setidak-tidaknya akan kekallah beliau sebagai Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU15.
Walaupun belum tentu UMNO dan BN mampu menang lagi dalam PRU15 akan datang nanti, MOU dengan PH itu sekurang-kurangnya mampu memberi harapan cerah untuk Ismail Sabri bertahan sebagai Perdana Menteri lebih 17 bulan, melebihi tempoh singkat Mahiaddin Md Yasin sebelum ini.
Dari segi PH pula, meski MOU ini bermakna ia menutup peluang Anwar untuk mencuba lagi bagi mengembalikan mandat PRU14 sebelum tibanya PRU15, tetapi dalam beberapa sudut keuntungannya tidak boleh dinafikan begitu saja.
Selain wakil rakyat blok pembangkang akan menikmati peruntukan sama rata dengan Ahli Parlimen kerajaan, lebih penting daripada itu, semua rang undang-undang yang mahu dilaksanakan, termasuk belanjawan, mesti dirunding dengan mereka terlebih dahulu.
Dengan itu, PH akan berperanan besar dalam menentukan hala tuju dan pembangunan negara tanpa perlu berada dalam kerajaan sekali sama sekali.
Melalui peruntukan yang sama rata, pengundi di kawasan pembangkang tidak lagi rasa dipinggirkan oleh kerajaan yang memerintah.
Terlebih penting lagi, MOU ini juga memperlihatkan betapa besarnya peranan PH dalam memberi kestabilan dan menentukan jangka hayat kerajaan sekarang yang Perdana Menterinya adalah daripada UMNO.
Kalau sebelum ini UMNO berteriak dan bertempik No Anwar No DAP, terbukti kini Anwar dan DAPlah yang dicari untuk menyelamatkan kerajaan dan tengkuk jawatan beserta gaji lumayan yang mereka diterima setiap bulan.
Realitinya sekarang, sementara Ismail Sabri sudah sedia ada mempunyai 114 sokongan Ahli Parlimen di belakangnya, beliau seperti tidak yakin dengan kekuatan tersebut untuk mendepani usul undi percaya dan Belanjawan 2022 nanti.
PH yang di dalamnya ada PKR, DAP dan Amanah bukan saja lebih dipercayai oleh Ismail Sabri untuk jangka hayat kerajaannya, tetapi juga untuk hala tuju negara ini.
No Anwar No DAP kini sudah ditelan oleh mereka yang dulu kuat menentangnya, bukan saja daripada UMNO, tetapi termasuk daripada Pas juga.
Semuanya kerana sayangkan jawatan, tetapi PH tidak rugi apa-apa, sebalik bakal untung yang menanti lebih berganda-ganda.
Kalau dilihat berdasarkan tujuh tawaran Ismail Sabri itu, kesemuanya adalah perkara yang memang asas perjuangan PH dan mahu dilaksanakan sebelum ini sejak dilontarkan dalam manifesto lagi, cuma ia tidak sempat dilakukan kerana tiada kejujuran ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan selepas itu berlaku pula pengkhianatan oleh Mahiaddin yang menjadikan segala-galanya tergendala.
Yang mustahak, dengan kesediaan Ismail Sabri mengangkat semula tawaran terse-but, rakyat pasti akan menilai bahawa perkara-perkara yang menjadi idea dan perjuangan PH adalah sesuatu yang relevan dan sesuai dengan semua kerajaan.
Pasti ada berfikir, kalaulah PH diberi peluang lebih lama jadi kerajaan dan dipimpin oleh pemimpin yang betul-betul menjiawai semangat reformasi, tentulah lebih banyak lagi kebaikan dan pembaharuan mampu dinikmati bersama.
Dengan yang demikian, melalui MOU itu, selain memperlihatkan PH adalah pembangkang yang berjiwa besar yang memang meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan, peluangnya untuk memenangi PRU15 turut jadi lebih cerah lagi.
Kerajaan yang ada sekarang tidak lebih hanya penciplak – tiada idea dan tiada kemampuan melaksanakan perubahan jika tanpa PH. –
 ShahbudinHusin 13/09/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/daripada-no-amwar-no-dap-sudahnya-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Anwar Dap Jadi Penentu Hayat Kerajaan Pm Dari Umno

Akhirnya Anwar Dap Jadi Penentu Hayat Kerajaan Pm Dari Umno

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 219 hits
gemilangdaily comAkhirnya Anwar Dap jadi penentu hayat kerajaan PM dari Umno Pakatan Harapan dan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan menandatangani Memorandum Persefahaman atau MoU jam 5 00 petang ini yang menandaka...
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 448 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
No More No Anwar No Dap Kerajaan Gagal Campaign Says Puad

No More No Anwar No Dap Kerajaan Gagal Campaign Says Puad

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 165 hits
The slogan about refusing to cooperate with Anwar Ibrahim and DAP promoted by some Umno leaders is now no longer in use said Umno supreme council member Mohd Puad Zarkashi The Umno politician said this as the government led by Prime Ministe...
Momokan No Anwar No Dap Tak Lagi Relevan Kata Ahli Mkt Umno

Momokan No Anwar No Dap Tak Lagi Relevan Kata Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 176 hits
September 12 2021 Puad Zarkashi berkata dengan termeterainya CSA berkenaan yang dijangka dibulatkan dalam tempoh terdekat permintaan PH sudah tentu akan dipenuhi dan diterima tanpa syarat PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Um...
Umno Anwar Dap Berjiwa Besar Retorik No Anwar No Dap Sudah Padam

Umno Anwar Dap Berjiwa Besar Retorik No Anwar No Dap Sudah Padam

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 238 hits
MALAYSIA DATELINEJika sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Isu No Anwar no DAP dianggap selesai dan hari ini perkara itu pula diulangi oleh Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi Pokoknya momo...
Yes Anwar Yes Dap

Yes Anwar Yes Dap

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 310 hits
Apa pula bahan aku nak guna untuk menang di PRU kali ini dah tak boleh guna dah DAP anti Islam anti Melayu Sebaliknya parti lawan sedap pula memperkatakan sejumlah kluster mahkamah yang aku miliki DAP akan membawa banyak permintaan Malaysia...
Mou Dengan Ph Terbit Daripada Dasar Inklusif Kerajaan

Mou Dengan Ph Terbit Daripada Dasar Inklusif Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 184 hits
Berasas semangat Keluarga Malaysia tiada siapa tertinggal termasuk pembangkang KOTA KINABALU Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan terbit daripada dasar inklusif keraj...
Ikhtiar Tambah Baik Parlimen Pentadbiran Kerajaan Permulaan Baik Tapi Masih Perlu Undi Percaya Kata Anwar

Ikhtiar Tambah Baik Parlimen Pentadbiran Kerajaan Permulaan Baik Tapi Masih Perlu Undi Percaya Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 327 hits
September 11 2021 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran Ismail Sabri Yaakob menambahbaik Parlimen dan pentadbiran kerajaan namun tetap mahukan undi percaya terhadap perdana menteri diadakan secepat mungkin Anw...
No Anwar No Dap

No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 200 hits
Ok fine Pilihan masing masing Tapi apa punca yang tak mahu sangat dengan DS Anwar Sebagai rakyat apa yang DS Anwar dah buat kepada korang Kalau tanya kepada macai UMNO Cai Bunga dan Walaun takkan ada seorang pun yang boleh beri jawapan yang...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint