Daripada Maszle Kepada Mahathir Isu Sebenar Jawi Katanya 10 Kali Dah Bagitau



Sejak dua hari lepas saya sudah berkali-kali diminta oleh media untuk memberikan maklum balas terhadap pandangan Tun berhubung dengan isu Jawi

Pandangan tersebut telah diutarakan oleh Tun dalam Wawancara Ekslusif Sinar Harian. Saya tonton di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=puw_sGF5Acs&t=1s
Termasuk kali ini, saya rasa sudah lebih 10 kali saya memberikan penjelasakan berkenaan isu Jawi.
Kepada Tun sendiri, dalam Kabinet, dalam mesyuarat MPT, dalam siri-siri perbincangan saya dengan pemegang-pemegang taruh, juga dengan semua pihak

Namun, saya dapati masih terdapat salah faham dan fakta terhadap isu ini yang juga boleh mengelirukan ramai orang

Maafkan saya, Tun, izinkan saya menjelaskan letak duduk isu ini. Saya harap orang ramai boleh adili sebaiknya

Di dalam wawancara tersebut, Tun mengatakan:
“Tulisan jawi ni, dulu kita tak minta MCA terima pun. Kita tak bangkit perkara itu. Tapi bila Pakatan Harapan memerintah, Menteri Pelajaran (saya) nak suruh orang Cina belajar tulis khat.”
Tun, perancangan pengenalan tulisan khat ini dimulakan pada 2014 lagi, melalui semakan semula Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR). Waktu itu juga telah diadakan sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa

Pada waktu itu, semakan semula KSSR tersebut telah diluluskan dalam Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan pada 5 Februari 2015

Namun sebelum semakan semula KSSR ini pun, pada tahun 2015 juga, KPM telah perkenalkan tulisan khat ini kepada pelajar Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam buku teks Bahasa Melayu cetakan 2015

Sekali lagi, saya ulang, tahun 2015 dan buku teks Bahasa Melayu cetakan 2015

Hal ini boleh dirujuk dalam muka surat 85 hingga 88, Tema 6, Menghargai Budaya Bangsa, Unit 17 Seni Tulisan

Waktu itu Tun, BERSATU pun masih belum ditubuhkan. Saya cuma seorang pensyarah biasa. Saya tiada kena mengena dengan pembentukan KSSR dan semakan semula terhadapnya

Justeru adalah salah untuk mengatakan Pakatan Harapan atau saya yang menyuruh orang Cina belajar tulisan khat (jawi). Salah untuk mengatakan “kita tak minta MCA terima pun.”
MCA terima. Tak ada bantahan. Dong Zong pun tidak nyatakan bantahan. SEKAT pun tidak wujud lagi pada waktu itu, Tun

Tun, izinkan saya meneruskan. Tun mengatakan lagi:
“Khat berkenaan dengan agama, banyak kaitan dengan agama. Kita tulis Allah, kita tulis Muhammad. Lepas tu kita suruh diorang tulis jawi. Apa perlunya kita suruh dia tulis jawi. Jadi kita timbulkan masalah di mana tidak ada masalah. 
Kemudian Tun sambung lagi, “Lepas tu bila dia tak bersetuju, ha, kita kata dia tak bersetuju. Benda tu bukan masalah. Dulu selama 60 tahun kita memerintah, kita tak pernah dengar MCA tolak jawi. Pasal kita tak suruh dia belajar jawi. Ni tiba-tiba kita suruh dia (belajar).”
Tun, seperti yang telah saya bentangkan di dalam kabinet Pakatan Harapan dan seperti yang telah kabinet putuskan, tulisan jawi yang diperkenalkan tidak ada kaitan dengan agama dan hanya tiga muka surat

Tiga muka surat tersebut boleh dirujuk di sini: https://www.malaysiakini.com/news/503727
Secara ringkasnya, anak-anak Malaysia kita akan belajar cara menulis perkataan “Malaysia”, “Ringgit Malaysia”, “Bank Negara Malaysia” dan “Bersekutu Bertambah Mutu” dalam tulisan jawi, tulisan warisan kita. Itu sahaja

Tambahan pula, pembelajaran ini tidak akan diuji di dalam peperiksaan

Ingin saya tegaskan di sini Tun, saya tidak pilih untuk berhadapan dengan isu-isu ini

Namun sebagai Menteri Pendidikan pada waktu itu, saya perlu menggalas tanggungjawab dengan menangani isu ini, dan menghormati keputusan yang telah disepakati oleh KPM sekian lama

Apa yang saya berikan tumpuan ialah “reform” pendidikan yang memang sudah berjalan

Malah ketika saya meletakkan jawatan sebagai menteri sekalipun, Jawatankuasa Kajian Dasar hampir memuktamadkan syor untuk mengubah sistem pendidikan negara kita secara total

Mereka telah dipilih berdasarkan kepakarakan masing-masing. Mereka telah mengumpulkan puluhan ribu pandangan orang ramai, mereka berbengkel berbulan-bulan lamanya untuk memuktamadkan syor yang terbaik

Jika diizinkan, segala syor mereka boleh mula dilaksanakan sekurang-kurangnya bermula hujung tahun ini

Itulah fokus paling utama saya, selain meringankan beban guru, meningkatkan akses pendidikan kepada OKU dan B40, STEM, kebebasan akdemik, kualiti pendidikan peringkat sekolah dan peringkat tinggi, kerjasama pendidikan dengan industri, dan juga menyelesaikan masalah sekolah daif terutamanya di Sabah dan Sarawak

Saya harap dengan penjelasan ini, salah faham yang wujud boleh diperbetulkan. Saya bersedia menjelaskan lagi jika perlu

Sudah sampai masanya, Tun, untuk kita mendengar penjelasan dari orang yang tepat, bukan hanya dari orang-orang yang terdekat dengan kita sahaja

Akhir sekali, Tun, saya minta maaf atas salah dan silap. Saya hormati Tun sebagai seorang negarawan ulung. Sumbangan Tun pada negara tak terbalas dengan apapun

Saya doakan Tun dikurniakan kesihatan dan keberkatan hidup. Terima kasih, Tun

Yang benar,Dr Maszlee Malik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/daripada-maszle-kepada-mahathir-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Maszlee Kepada Dr Mahathir Penjelasan Mengenai Isu Jawi

Surat Maszlee Kepada Dr Mahathir Penjelasan Mengenai Isu Jawi

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 349 hits
ASSALAMUALAIKUM Tun Sejak dua hari lepas saya sudah berkali kali diminta oleh media untuk memberikan maklum balas terhadap pandangan Tun berhubung dengan isu Jawi Pandangan tersebut telah diutarakan oleh Tun dalam Wawancara Ekslusif Sinar H...
Maszlee Malik Sanggah Mahathir Dalam Isu Tulisan Jawi

Maszlee Malik Sanggah Mahathir Dalam Isu Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 398 hits
Bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkenaan pengenalan tulisan Jawi untuk murid Tahun 4 termasuk di sekolah vernakular yang menjadi antara isu terhangat sepanja...
Saya Telah Jelaskan Semua Salah Faham Maszlee Jawab Mahathir Mengenai Tulisan Jawi

Saya Telah Jelaskan Semua Salah Faham Maszlee Jawab Mahathir Mengenai Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 311 hits
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata pengenalan tulisan Jawi sudah bermula pada tahun 2014 melalui semakan semula Kurikulum Sekolah Rendah yang turut melibatkan pakar bahasa PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik tam...
Kenapa Anwar Sokong Mahathir Jadi Pm Untuk Kali Kedua Selepas Kena Tipu

Kenapa Anwar Sokong Mahathir Jadi Pm Untuk Kali Kedua Selepas Kena Tipu

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 281 hits
Ada maklumat yang dikatakan sah daripada sumber sahih mengatakan apabila Anwar datang nak jumpa Agong Agong tak berapa nak layan Pasal Malaysiakini menyiarkan Anwar jumpa hanya beberapa minit aje Malah ada sumber mengatakan Agong tak nak ju...
Kak Wan Lancar Perang Saraf Terhadap Mahathir Menarik Game Ph Kali Ni

Kak Wan Lancar Perang Saraf Terhadap Mahathir Menarik Game Ph Kali Ni

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 248 hits
Anwar Ibrahim dan bukannya Dr Mahathir Mohamad yang akan mengetuai PH dalam pilihan raya akan datang kata Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam wawancara bersama Bloomberg Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu berkata perkara itu perlu d...
Mawar Rashid Mengaku Masih Sentap Dengan Isu Gst

Mawar Rashid Mengaku Masih Sentap Dengan Isu Gst

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 287 hits
Pasti ramai masih ingat lagi pelakon Mawar Rashid pernah digelar Mawar GST apabila mengakui tidak tahu mengenai cukai itu ketika ditanya pada The post appeared first on
Pemikiran Sempit Kaitkan Isu Agama Jijik Biadap Permainan Dap

Pemikiran Sempit Kaitkan Isu Agama Jijik Biadap Permainan Dap

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 181 hits
Pemikiran sempit Dap mengaitkan isu berkontekskan agama adalah kolot dan biadap bidas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Beliau berkata demikian berikutan kenyatan Hannah Yeoh iaitu bekas Timbalan Menteri...
Isu Tabung Haji Benarkah Dikuasai Dap

Isu Tabung Haji Benarkah Dikuasai Dap

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 560 hits
Alhamdulillah Allah aturkan bekas Mufti WP Dato Seri Dr Zukkifli AlBakri diletakkan menjadi Menteri Jabatan Menteri yang akan bertanggungjawab terhadap TH Bekas menteri YB DS Dr Mujahid mendedahkan akaun TH mengalami difisit sehingga tidak ...
Isu Salah Faham Jay Park Ditampar Peninju Ufc

Isu Salah Faham Jay Park Ditampar Peninju Ufc

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 342 hits
Isu Salah Faham Jay Park Ditampar Peninju UFC Artikel Gempak Atas Hiburan Penyanyi Korea Jay Park ditampar oleh peninju UFC Brian Ortega Berita itu didedahkan oleh wartawan ESPN Ariel Helwani menerusi akaun Twitter peribad
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Betul Ke Teh Hijau Boleh Turunkan Berat Badan

Kalendar 2025 Menyusun Rancangan Perjalanan Dan Percutian

Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm

Homemade Potato Wedges

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Tiga Pengawal Keselamatan Dihadap Ke Mahkamah Kes Curi Rm200 000