Maszlee Malik Sanggah Mahathir Dalam Isu Tulisan Jawi



Bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkenaan pengenalan tulisan Jawi untuk murid Tahun 4, termasuk di sekolah vernakular, yang menjadi antara isu terhangat sepanjang pentadbiran PH.

Dalam satu hantaran Facebook bertajuk "Surat kepada Tun: Penjelasan mengenai isu Jawi", yang disiarkan hari ini, Dr Maszlee berkata rancangan itu sebenarnya telah dimulakan pada 2014 dan diluluskan dalam Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan setahun kemudian, bukannya baru dibuat ketika beliau menjadi menteri pendidikan.

Beliau merujuk semakan Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) yang dibuat pada 2014, yang ingin memperkenalkan tulisan Jawi - ketika itu dipanggil "seni khat" - untuk antara lain mengembangkan kamahiran membaca serta mempelajari aspek seni bahasa dan tatabahasa.

"Tun, perancangan pengenalan tulisan khat ini dimulakan pada 2014 lagi...Sebelum semakan semula KSS ini pun, pada 2015, Kementerian Pendidikan telah perkenalkannya kepada pelajar Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam buku teks Bahasa Melayu cetakan 2015.

"Waktu itu Bersatu pun masih belum ditubuhkan. Saya cuma seorang pensyarah biasa, tiada kena mengena dengan pembentukan KSSR dan semakan semula terhadapnya.

"Justeru adalah salah untuk mengatakan PH atau saya yang menyuruh orang Cina belajar tulisan khat (Jawi)," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir ketika wawancara bersama Sinar Harian pada 12 Mac lalu, yang antara lain menyifatkan pengenalan tulisan Jawi sebagai tindakan "menimbulkan masalah yang (pada asalnya) tiada masalah".

"Jawi ini dulu kita tak minta MCA terima pun...Tapi bila PH perintah, menteri pendidikan nak orang Cina belajar tulis khat. Apa perlunya kita suruh orang tulis Jawi?

"Selama 60 tahun kita tak pernah dengar MCA tolak Jawi sebab kita tak suruh dia belajar. (Apabila) kita tiba-tiba suruh (murid bukan Melayu belajar Jawi dan timbul bantahan), kata 'tengok dia tak mahu ikut kita'," kata bekas perdana menteri itu.

Maszlee berkata lagi, beliau tidak memilih untuk berdepan dengan isu itu dan tumpuannya sepanjang menjadi menteri adalah terhadap reformasi sistem pendidikan.

"Namun sebagai menteri pendidikan pada waktu itu, saya perlu menggalas tanggungjawab dengan menangani isu ini, dan menghormati keputusan yang telah disepakati oleh Kementerian Pendidikan sekian lama.

Dr Maszlee mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 2 Jan lalu.

Katanya, ketika meletakkan jawatan, Jawatankuasa Kajian Dasar sudah hampir memuktamadkan syor untuk mengubah sistem pendidikan secara keseluruhan dan boleh dilaksanakan bermula hujung tahun ini.

"Itulah fokus paling utama saya, selain meringankan beban guru, meningkatkan akses pendidikan kepada OKU dan B40, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), kebebasan akdemik, kualiti pendidikan peringkat sekolah dan peringkat tinggi, kerjasama pendidikan dengan industri, dan juga menyelesaikan masalah sekolah daif terutamanya di Sabah dan Sarawak," katanya lagi.

Dalam wawancara itu, Mahathir turut menyuarakan pendiriannya bahawa tulisan Jawi hanya perlu dipelajari oleh pelajar Melayu sahaja.

"Kita nak kena baca Quran, kena tahu Jawi. Tapi orang Cina tak baca Quran, tak payah tahu Jawi. Mereka nak belajar bahasa dan tulisan mereka," katanya..

'Dengar daripada orang yang tepat'
Bermula dengan enam halaman ketika pertama kali diumumkan, kandungan berkenaan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 dikurangkan kepada tiga halaman selepas mendapat bantahan.

Selain itu, Kementerian Pendidikan ketika itu juga memutuskan ia akan dilaksanakan secara pilihan, dengan guru diberi kuasa menetapkan sendiri kaedah pelaksanaannya.

Menteri Pendidikan baru, Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata akan menjadikan pengenalan tulisan Jawi sebagai salah satu perkara yang perlu diberi perhatian.

Maszlee berkata beliau telah memberi penjelasan berkenaan isu tulisan Jawi "sudah lebih sepuluh kali", sama ada kepada pihak awam dan juga kepada Mahathir, Kabinet PH dan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

"Namun saya dapati masih terdapat salah faham dan fakta terhadap isu ini yang juga boleh mengelirukan ramai orang. Saya harap dengan penjelasan ini, salah faham yang wujud boleh diperbetulkan. Saya bersedia menjelaskan lagi jika perlu.

"Sudah sampai masanya, Tun, untuk kita mendengar penjelasan dari orang yang tepat, bukan hanya dari orang-orang yang terdekat dengan kita sahaja," katanya lagi.


MR :  Orang macam Maszlee yang berubah penderian, tidak bertegas pendapat tidak akan kekal lama dalam politik.. politik bukan bidang.. dia hanya bijak bercakap dan merancang di forum aje..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/maszlee-malik-sanggah-mahathir-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Telah Jelaskan Semua Salah Faham Maszlee Jawab Mahathir Mengenai Tulisan Jawi

Saya Telah Jelaskan Semua Salah Faham Maszlee Jawab Mahathir Mengenai Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 311 hits
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata pengenalan tulisan Jawi sudah bermula pada tahun 2014 melalui semakan semula Kurikulum Sekolah Rendah yang turut melibatkan pakar bahasa PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik tam...
Surat Maszlee Kepada Dr Mahathir Penjelasan Mengenai Isu Jawi

Surat Maszlee Kepada Dr Mahathir Penjelasan Mengenai Isu Jawi

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 355 hits
ASSALAMUALAIKUM Tun Sejak dua hari lepas saya sudah berkali kali diminta oleh media untuk memberikan maklum balas terhadap pandangan Tun berhubung dengan isu Jawi Pandangan tersebut telah diutarakan oleh Tun dalam Wawancara Ekslusif Sinar H...
Daripada Maszle Kepada Mahathir Isu Sebenar Jawi Katanya 10 Kali Dah Bagitau

Daripada Maszle Kepada Mahathir Isu Sebenar Jawi Katanya 10 Kali Dah Bagitau

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 328 hits
Sejak dua hari lepas saya sudah berkali kali diminta oleh media untuk memberikan maklum balas terhadap pandangan Tun berhubung dengan isu Jawi Pandangan tersebut telah diutarakan oleh Tun dalam Wawancara Ekslusif Sinar Harian Saya tonton di...
Video Guna Tulisan Jawi Dalam Klip Video Sembah Naim Daniel Dapat Surat Dbp

Video Guna Tulisan Jawi Dalam Klip Video Sembah Naim Daniel Dapat Surat Dbp

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 378 hits
Penyanyi muda yang kian meningkat naik Naim Daniel telah melancarkan video klip lagu terbarunya Sembah Baru saja memenangi Anugerah Juara Lagu baru baru ini menerusi lagu Sumpah single kedua dari Naim telah menerima respon positif dari para...
Maszlee Malik Yang Hipokrit

Maszlee Malik Yang Hipokrit

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 326 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maslzee Malik berkata dia tak boleh bersama dengan mereka yang masih diselaputi isu isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri yang dahulunya puas saya berusaha membersi...
Cerita Di Sebalik Individu Bernama Dr Maszlee Malik

Cerita Di Sebalik Individu Bernama Dr Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 340 hits
Peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan bukan disebabkan beliau melakukan banyak kesalahan kata Tun Dr Mahathir Mohamad Maszlee yang juga Ahli Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia meletakkan jawatannya seb...
Pupils Would Learn To Write Only 4 Terms In Jawi Says Maszlee

Pupils Would Learn To Write Only 4 Terms In Jawi Says Maszlee

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 299 hits
Former education minister Maszlee Malik said plans to introduce khat were approved in 2015 PETALING JAYA Primary school pupils would be required to learn to write only four terms in Jawi former education minister Maszlee Malik said today Th...
Hemmm Pening Dengan Mahathir

Hemmm Pening Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 239 hits
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menceritakan kembali kisah di sebalik tabir menjelang pertemuan pemimpin kanan PH dalam Majlis Presiden pada 21 Feb lalu Mesyuarat tersebut dilihat lebih menghangatkan polemik tarikh penyer...
Anwar Must Realise He Is Not Popular Dap Must Be Sensible Dr Mahathir Must Fix His Irresponsible Behaviour

Anwar Must Realise He Is Not Popular Dap Must Be Sensible Dr Mahathir Must Fix His Irresponsible Behaviour

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 352 hits
Well only now Anwar Ibrahim is finding out that not only is he less popular than Dr Mahathir but now he has even lost out to Muhyiddin Yassin I believe in a couple of years Anwar s political popularity will plummet even more Some of you won...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip