Dari Usia 10 Bulan Biasa Bertudung Kalau Keluar Minta Nak Pakai Bawa Handbag


Betullah orang kata, bila ada anak perempuan, keterujaan untuk menggayakannya buatkan ibu-ibu berpinar mata nak beli baju dan aksesori yang comel. Kalau boleh dari hujung rambut sampai hujung kaki, biar anak nampak cantik.

Sama jugalah situasi ibu ini, Puan Eida Alias, 25, ibu kepada Nur Annasya Mardhiyyah bt Mohamad Sobrie, 2 tahun 2 bulan yang begitu pandai bergaya dengan penampilan bertudung macam orang dah besar.
Mula pakai tudung ketika 10 bulan

Menurut Eida, ketika Annasya berumur 2 bulan lagi, memang dah dibiasakan pakai perhiasan di kepalanya. Contoh ketika nak keluar selalu pakaikannya headband. Ketika umurnya 10 bulan, saja suka-suka pakaikan tudung ketika hari raya dan tak sangka dia ok.
“Kebiasaannya kanak-kanak, bila dah lama-lama pakai dan rasa tak selesa, akan ditariknya tapi Annasya tiada masalah. Jadi selepas itu, saya mula membeli tudung sarung untuk membiasakannya dan selepas itu cuba pula pakaikan tudung bawal dan shawl. Alhamdulillah dia tak cabut pun, melainkan saya yang buka.

“Walaupun dililit atau dipakaikan kerongsang, penerimaannya sangat bagus malah saya tengok dia jadi lebih yakin dan seronok apa yang dia pakai. Bagaimanapun, bukanlah sepanjang masa keluar saya mewajibkan pakai tudung. Tengok pada cuaca dan tempat jugalah. Semua ni kena ambil kira sebab dia pun masih kecil,” katanya.

Ada 20 koleksi tudung
Tambah Eida lagi, tak sangka setiap kali dia berkongsi gambar-gambar Annasya ramai yang beri komen positif. Jadi sejak dari itu saya pun mula menambah koleksi tudung Annasya dan jika beli sedondon saya akan jahit ikut saiznya.

Kini Annasya dah ada 20 koleksi tudung. Semua itu akan dipakainya mengikut kesesuaian tempat bila nak keluar. Lagipun suami dan ahli keluarga menyokong dan tak kisah, asalkan Annasya gembira.

Disebabkan gaya Annasya yang memakai tudung macam orang besar, ke mana saja dia pergi mesti orang akan geram. Kadang kita pula rasa serba salah,” kata Eida yang bertugas sebagai pembantu tadika di Terengganu.
Suka bawa beg tangan 
Kongsi Eida, selain suka memakai tudung tiap kali nak keluar, ada satu lagi tabiat Annasya adalah nak bawa beg tangan. Tak kisahlah ke mana pun, beg tangan mesti ada. Jika tak dia akan tanya dan minta.

“Itu pun dia minat dengan sendiri. Mungkin sebab selalu tengok ibunya bawa. Jadi dalam beg tangan itu mesti kena ada duit RM1, pelitup mukanya dan makanan kegemarannya. Tiga barang ni wajib ada.
“Kalau budak-budak lain mungkin rasa rimas bila nak pegang-pegang, tambah lagi bila nak main atau berlari-lari tapi Annasya dia tak begitu. Kadang nak tergelak pun ada melihat gelagatnya,” ujarnya.

Menurut Eida lagi, ada jugalah ibu-ibu yang ada anak perempuan tanya apa tip yang dia buat pada Annasya sehingga boleh memakai tudung dengan elok?
“Jawapan saya adalah, biasakan dari awal lagi dengan memakai aksesori di kepalanya dan bila dah boleh duduk, boleh cuba pakai tudung sarung. Bila anak dah biasa, dengan sendirinya ok.

“Tapi jika awal-awal anak tak biasa, bila dipaksa pakai itu yang buat anak menangis dan mahu menarik atau mencabut apa saja yang ada di kepalanya. Lagi satu, anak-anak kecil ini kita tak boleh paksa. Sebab setiap anak, tak sama.
“Apa yang penting, mereka rasa enjoy melalui kehidupan kanak-kanak sama seperti rakan sebayanya,” akhirinya.
**Boleh dapatkan tudung kanak-kanak yang comel di sini pada harga yang berpatutan.

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
The post Dari Usia 10 Bulan Biasa Bertudung. Kalau Keluar Minta Nak Pakai & Bawa ‘Handbag’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dari-usia-10-bulan-biasa-bertudung-kalau-keluar-minta-nak-pakai-bawa-handbag/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penatnya Bawa Anak Kecil Berjalan Balik Je Mesti Serik Jangan Menyesal Bila Anak Dah Besar Susah Nak Ajak Berjalan

Penatnya Bawa Anak Kecil Berjalan Balik Je Mesti Serik Jangan Menyesal Bila Anak Dah Besar Susah Nak Ajak Berjalan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 339 hits
Bawa anak keluar berjalan jalan memang besar cabaranya Ditambah pula anak anak ramai dan semuanya masih kecil Macam macam perangai yang mama papa perlu hadapi Belum lagi ada yang merajuk yang tak dengar arahan dan sebagainya Memang buat mam...
Covid 19 Ujian Ubat Ivermectin Tak Tahu Nak Pakai Ubat Merck Pula

Covid 19 Ujian Ubat Ivermectin Tak Tahu Nak Pakai Ubat Merck Pula

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 265 hits
Keputusan ujian klinikal ke atas ubat melawan virus Covid 19 yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak bulan Jun lalu masih belum diumumkan kini kerajaan akan menjalankan ujian ke atas pil Merck pula untuk rawatan pandemik Setiaus...
3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 336 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menerusi posting di Instagram memaklumkan bahawa dia membuka peluang pekerjaan kepada bangsa Melayu untuk menjadi pembantu serta mengasuh anak anaknya Cari pembantu MelayuDatin Rebecca memaklumkan jenis pe...
Cuba Bunuh Bayi Usia 7 Bulan Pengasuh Ini Mengaku Tidak Bersalah

Cuba Bunuh Bayi Usia 7 Bulan Pengasuh Ini Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 400 hits
Seorang pengasuh telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh selepas didakwa cuba melakukan pembunuhan terhadap seorang bayi berusia tujuh bulan di rumahnya baru baru ini
Hari Ni Gaji Esok Lusa Habis Nak Pastikan Duit Cukup Sampai Hujung Bulan Ni Je Caranya

Hari Ni Gaji Esok Lusa Habis Nak Pastikan Duit Cukup Sampai Hujung Bulan Ni Je Caranya

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 326 hits
Hari ni gaji tapi esok lusa dah habis Lepas tu tertunggu tunggu gaji berikutnya Selalunya macam tu la kan Omputih kata Living from paycheck to paycheck dari gaji ke gaji hujung bulan tunggu gaji masuk tapi awal bulan berikutnya dah habis Ib...
Siang Jadi Rider Malam Tulis Tesis Abang Foodpanda Keluar Awal Pagi Cari Rezeki Nak Sara 5 Anak Bayar Yuran Pengajian

Siang Jadi Rider Malam Tulis Tesis Abang Foodpanda Keluar Awal Pagi Cari Rezeki Nak Sara 5 Anak Bayar Yuran Pengajian

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 224 hits
HENDAK seribu daya tak hendak seribu dalih Tugas sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah Mereka terpaksa mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca panas dan hujan ribut Semua ini memakan tenaga dan masa yang bukan kepalang ...
Kami Faham Gaduh Lam Kelambu Jangan Bawa Keluar Tapi Saya Pun Tak Tau Kunci Porche Mana Hangpa Letak Tang Mana

Kami Faham Gaduh Lam Kelambu Jangan Bawa Keluar Tapi Saya Pun Tak Tau Kunci Porche Mana Hangpa Letak Tang Mana

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 176 hits
Audio tular pertikai Hadi Hashim nafi Pas ada pergolakan dalamanOctober 12 2021 Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menafikan parti itu berdepan dengan pergolakan dalaman selepas tular klip audio yang didakwa rakaman percakapan pemimpin kanan mer...
Bila Ismail Sabri Nak Bawa Balik Jolo

Bila Ismail Sabri Nak Bawa Balik Jolo

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 275 hits
Lokman adam tolong melalak kuat sikit kes adib macm mana
Guna App Maps Senang Nak Tahu Lokasi Pasangan Atau Anak Bila Keluar Rumah

Guna App Maps Senang Nak Tahu Lokasi Pasangan Atau Anak Bila Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 357 hits
Teknologi sekarang sebenarnya banyak membantu jika digunakan dengan betul Begitu juga dalam hal melibatkan pengesanan ahli keluarga yang tidak ada bersama dengan kita Ada beberapa aplikasi yang boleh digunakan dan salah satunya teknik track...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success