Dari Terlantar Akibat Diabetes Kini Puan Rahmah Mampu Berjalan Dan Kembali Pulih Sejak Amalkan Eskayvie Phytax


 hai assalammualaikum Dari Terlantar Akibat Diabetes, Kini, Puan Rahmah Mampu Berjalan Dan Kembali Pulih Sejak Amalkan Eskayvie Phytax - Semua orang tahu betapa bahayanya penyakit diabetes atau kencing manis ni. Penyakit ni tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Bukan setakat orang tua sahaja yang ada penyakit ni, malah orang muda pun ada.  Diabetes merupakan suatu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi disebabkan oleh kekurangan hormon insulin atau insulin tidak boleh digunakan badan dengan baik. Insulin dihasilkan di pankreas dan berlaku peningkatan gula yang berada di dalam darah jika insulin tak dapat menukarkan gula (glukosa) menjadi tenaga. Kalau tak dijaga, ia keadaan gula darah yang tinggi secara berterusan boleh menyebabkan penyakit kencing manis Eskayvie Phytax Minuman Kesihatan Yang Membantu Pesakit Kencing Manis Kembali SihatSetiap penyakit pasti ada ubatnya, yang penting kita ikhtiar dan berusaha. Nad ada terbaca salah seorang pesakit kencing manis mengambil produk Eskayvie Phytax, minuman kesihatan, dan alhamdulillah, kesihatan dia semakin pulih. Jadi, nad nak kongsikan produk ni dengan korang, mana tau ada yang mencari setelah mencuba bermacam cara kan.  
Nad juga akan kongsikan cerita Puan Rahmah ni, bagaimana dia dapat penyakit Diabetes, apa simptom dia alami dan kesannya setelah menggunakan Eskayvie Phytax ni. Korang kene baca sampai habis.
 Sebelum tu, nad nak kongsi dulu antara simptom dan komplikasi Diabetes yang korang kena tahu. Simptom dan komplikasi DiabetesSimptom diabetes sebenarnya bergantung pada paras kandungan gula dalam darah. Tidak semua orang yang menghidapi kencing manis lebih-lebih lagi Diabetes jenis 2 mempunyai simptom-simptom ini pada peringkat awal kerana diabetes jenis 2 merupakan penyakit yang progresif secara perlahan. 6 dari 10 tidak mempunyai simptom apabila mereka didiagnos sebagai diabetes jenis 2. 
Antara simptom yang sering dialami penghidap diabetes adalah seperti;
1) Kaki rasa kebas dan panas
Rasa kebas kaki ini bukan sahaja dikira sebagai simptom untuk penyakit kencing manis, bahkan ia juga merupakan sejenis komplikasi yang membabitkan saraf dan tergolong dalam kumpulan besar komplikasi neuropati diabetes. Neuropati diabetes adalah salah satu daripada komplikasi jangka panjang yang paling kerap berlaku dalam penyakit kencing manis, mempengaruhi sehingga 50% daripada kesemua pesakit. 
Selain rasa kebas, rasa nyilu, rasa panas terbakar, rasa tajam, rasa sakit menjalar dan juga rasa sesemut seperti renjatan elektrik. Gangguan deria rasa pada bahagian kaki ini biasanya akan bertambah teruk pada waktu malam sehingga mampu untuk mengganggu tidur seseorang itu. Rasa sakit dan tidak selesa ini berupaya untuk menyebabkan gangguan pada aktiviti harian seseorang itu sehinggakan mereka akan mengelakkan diri daripada menyertai aktiviti. 
Neuropati diabetes bukanlah hanya rasa kebas kaki dan tangan sahaja, ia adalah komplikasi penyakit kencing manis yang berupaya untuk menyebabkan pelbagai kesan buruk yang tidak diingini. Dengan kerosakan saraf sensasi menyebabkan rasa kebas kaki yang beransur-ansur menjadi teruk, seseorang individu mungkin tidak perasan jika berlakunya luka pada kaki mereka. 
Tambahan lagi, memandangkan bekalan darah lebih banyak diperlukan untuk menyembuhkan luka atau ulser berbanding dalam keadaan biasa, tempoh penyembuhan luka atau ulser akan menjadi lebih lama berbanding biasa. 
2) Cepat letih, lesu dan mengantuk
Rasa letih atau lesu boleh disebabkan oleh paras gula darah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kandungan gula yang tinggi tanpa diproses menyebabkan badan anda tidak dapat bekalan tenaga yang anda perlukan. Sebab itulah penghidap kencing manis mungkin berasa penat setiap hari.
3) Luka lambat sembuh
Kerosakan salur darah disebabkan paras gula yang berlebihan dalam darah. Keadaan ini memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka. Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk di mana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

Mereka juga mengalami simptom lain;
- kerap buang air kecil, terutamanya waktu malam
- sering lapar dan dahaga
- sakit kepala, moody atau panas baran
- mulut dan bibir yang kering
- mudah mengalami jangkitan seperti bisul, panau & kayap
- kabur penglihatan
- perubahan berat badan samada menaik mendadak ataupun menurun walaupun nafsu
makan bertambah
- gatal-gatal, terutama pada kelamin bahagian luar yang mungkin juga disebabkan oleh
jangkitan kulat seperti kurap

Diabetes jenis 2 perlu diambil serius. Jika tidak dikawal dan dirawat, ia boleh menurunkan kualiti hidup penghidapnya dan menyebabkan pelbagai kompliksi yang melibatkan mata, jantung, buah pinggang, saraf dan kaki anda. Pengawalan glukosa darah, tekanan darah dan tahap lemak darah
yang baik, bersama dengan penjagaan gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko komplikasi jangka
panjang.

Lebihan gula bersifat asidik dan menyebabkan keradangan sehingga membuatkan salur darah tersumbat. Segalanya bermula dengan ayat ‘angiopati’ (angio = salur darah, pati = penyakit) yang merujuk kepada penyakit salur darah.
Akibat sumbatan ini, sel-sel contohnya sel pada saraf tidak mendapat oksigen dan zat nutrisi yang sepatutnya. Bukan itu saja, bahkan bahan kumuh pun tidak dapat dialirkan keluar dengan sempurna.
Paras gula yang tinggi akan membuatkan salur darah halus tersumbat dahulu (mikroangiopati) seterusnya salur darah besar pula akan terjejas (makroangiopati)
Maka timbullah simptom-simptom seperti kebas kaki, rasa menyucuk dan rasa panas pada kaki seperti dilayurkan api. 
Salur darah ke bahagian lain juga turut terlibat hingga menjejaskan pelbagai fungsi organ-organ tubuh dan mencetuskan pelbagai komplikasi.
1. Masalah mata 
- 45% penghidap diabetes jenis 2 mempunyai retinopati selepas 15 tahun. Retinopati terjadi
apabila salur darah di retina menjadi bocor atau akibat salur darah baru yang tidak normal
dan rapuh. Ia boleh merosakkan penglihatan tengah mata dan jika tidak dirawat, boleh
merosakkan penglihatan anda.
- Bukan itu sahaja, penghidap diabetes jenis 2 juga mempunyai risiko 5-6 kali ganda mendapat
katarak berbanding orang biasa. Risiko glaukoma juga meningkat 2x ganda. 
2. Masalah buah pinggang 
- Penyakit buah pinggang berlaku apabila buah pinggang mula gagal berfungsi. Ia berkembang
sangat perlahan dan mengambil masa bertahun-tahun tanpa menunjukkan sebarang simptom. 45% penghidap diabetes jenis 2 mempunyai masalah buah pinggang dan 61% pesakit dialisis di Malaysia adalah penghidap diabetes jenis 2.
- Penyakit buah pinggang boleh menjadi sangat serius, oleh sebab itu penting untuk mendapatkan pemeriksaan pada setiap tahun. Ia sering terjadi di kalangan penghidap diabetes yang lebih 10 tahun. Tanda-tanda awal selalunya kencing berbuih (protein di dalam air kencing) dan kerap kencing pada waktu malam. Kawalan paras glukosa darah, tekanan darah dan paras kolesterol darah dapat mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.
3. Masalah saraf atau kerosakan saraf

- Neuropati adalah kerosakan kepada saraf. Paras glukosa darah tinggi boleh merosakkan saraf badan, melemahkan keupayaan mereka menghantar isyarat. Glukosa darah yang meningkat juga boleh membahayakan saluran darah itu membawa oksigen dan nutrien kepada saraf
- Terdapat pelbagai jenis neuropati; a) Motor neuropati sangat jarang berlaku. Ia melibatkan mata dan otot kaki. Motor neuropati boleh menyebabkan otot di sekitar peha lemah. Jika saraf-saraf di sekitar otot kaki terjejas, ia boleh menyebabkan kecacatan pada kaki
b) Autonomik neuropati mempengaruhi saraf yang mengawalnya segala aktiviti automatik badan. Ia termasuk organorgan seksual bagi lelaki dan wanita (menyebabkan masalah mati pucuk dan kekeringan faraj), perut, usus dan kelenjar peluh. Simptomnya adalah berbeza bergantung kepada bahagian tubuh yang terjejas
c) Sensori neuropati mempengaruhi saraf yang membawa mesej dari kulit, tulang dan otot ke otak. Ia merupakan neuropati yang sering berlaku di kalangan pesakit diabetes yang biasanya melibatkan kaki tetapi juga boleh berlaku di bahagian tangan. Ia boleh menyebabkan individu mula hilang deria untuk merasakan kesakitan. Simptom sensori neuropati termasuk kebas, kesemutan dan sensitiviti yang melampau untuk disentuh. 4. Masalah kardiovaskular (jantung/strok)
Ia termasuk penyakit jantung, strok/angin ahmar dan semua penyakit yang berkaitan jantung. Penghidap diabetes adalah empat hingga lima kali lebih berisiko untuk mendapat masalah kardiovaskular berbanding individu yang tiada diabetes. 
Pengawalan paras glukosa darah, penjagaan penyakit berkaitan darah tinggi dan kolesterol boleh menurunkan risiko penyumbatan salur darah atau aterosklerosis. Aterosklerosis boleh menyebabkan aliran darah ke jantung tersumbat seterusnya menyebabkan serangan jantung. Jika penyumbatan tersebut terjadi di sekitar salur darah yang membawa darah ke otak, ia boleh menyebabkan terjadinya strok.
Ni adalah antara simptom dan komplikasi Diabetes jika tidak dikawal. Tapi kita kene tahu juga, setiap penyakit pasti ada ubatnya, yang penting kita kene cuba dan berusaha.


Macam nad kata tadi, ada satu produk yang dapat membantu pesakit Diabetes ni kembali pulih. Produk itu ialah Eskayvie Phytax. Mungkin ada yang belum pernah nampak lagi produk ni. Eskayvie Phytax adalah minuman botani gabungan 12 jenis tumbuhan dan buahan bernutrisi tinggi yang akan memberikan anda pengalaman keajaiban kuasa antioksidan & pemulihan sel terhebat. 


Bahan-bahan di dalam Phytax tidak terhad kepada tumbuhan atau buahan yang boleh didapati setiap masa seperti beri biru, durian belanda, kranberi, teh hijau dan tomato, dan juga tumbuhan yang kaya nutrisi tetapi jarang diamalkan oleh manusia biasa seperti kulit pokok pain, kulit manggis, alga hijau, acai beri, biji anggur dan banyak lagi! Malah, antioksidan astaxanthin daripada alga hijau yang ada di dalam Phytax turut mempunyai kuasa antioksidan sehingga 6000x ganda lebih kuat dari vitamin C dan dikenali sebagai raja kepada segala antioksidan.


Phytax memanfaatkan nutrisi buahan dan tumbuhan yang kaya dengan kesan antioksidan, anti-radang serta kuasa pemulihan penyakit-penyakit dalaman juga bagi mempercepatkan penyembuhan luka dan selesaikan masalah kebas kaki!


Pengalaman Puan Rahmah, 75 Tahun, Pesakit Diabetes Kembali Sihat Dan Mampu Berjalan Semula Selepas Mengambil Eskayvie Phytax

Disini nad kongsikan salah seorang pesakit Diabetes yang menggunakan produk Eskayvie Phytax ni.
Ni adalah Puan Rahmah Abdullah berusia 75 Tahun. Dia selalu kebas dan penat dan ada sign consent form 5 hari terlantar sakit. Selepas mengambil Eskayvie Phytax dia tidak pernah terfikir untuk boleh berjalan semula. 
Bayangkan, bagaimana rasanya apabila 5 hari terbaring saja di katil tanpa boleh bergerak sedikit pun. Tidak mampu menguruskan diri sendiri dan terpaksa memerlukan bantuan orang lain samada ke tandas ataupun untuk makan. Badan akan terasa sakit berbisa dan serba tidak kena untuk berbuat apa saja. Begitulah penderitaan yang dialami Pn Rahmah akibat daripada kesan kencing manis yang dialami sejak 40 tahun yang lalu. 
Sebenarnya Pn Rahmah telah disahkan menghidap kencing manis selepas bersalin. Ini disebabkan gaya hidup yang terlalu sibuk ketika di usia muda sehingga tidak mengambil berat tentang kesihatan. Kerjaya sebagai setiausaha yang perlu sentiasa bersiap sedia bila-bila masa saja mengakibatkan beliau sukar mengawal stress, tidak menjaga pemakanan dan langsung tidak sempat hendak bersenam. 
Segalanya berubah apabila Pn Rahmah mengalami 2 kemalangan yang memberi kesan kepada tulang belakang beliau. Kemalangan pada kali kedua telah menjadi puncak kepada kesakitan yang terlampau menyebabkan Pn Rahmah terpaksa berikhtiar mencari rawatan tambahan. Beliau tidak sanggup lagi menanggung siksa menderita sakit yang telah melumpuhkan pergerakan sehingga terlantar di pembaringan. 


 
Kencing manis adalah pembunuh senyap yang tidak disedari. Ramai orang muda mula mendapat kencing manis disebabkan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Jahatnya kencing manis ini hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu. Sebenarnya masih ramai yang tiada atau kurang pengetahuan serta pendedahan terhadap risiko yang bakal dihadapi. Terutamanya jika tidak pandai mengawal gula dalam badan, kesihatan akan merosot dan akhirnya ada yang akan kehilangan anggota badan, cucuk insulin dan perlu menjalani dialisis. 
Beruntungnya, Pn Rahmah masih boleh bersikap positif di dalam menangani penyakit yang dihidapi. Seorang rakan yang prihatin melihatkan kesakitan yang dialami telah mengesyorkan Pn Rahmah untuk mencuba Eskayvie Phytax kerana terdapat banyak testimoni pesakit kencing manis yang telah berjaya sembuh dengan pengambilan produk tersebut. 
Ikhtiar Pn Rahmah membawa kepada perubahan ketara terhadap kesihatan beliau. Beliau merasa sangat bertenaga dan masalah kebas berpanjangan yang dialami telah hilang. Paling menggembirakan, Pn Rahmah sudah kembali boleh berjalan dan menikmati kehidupan seperti biasa.

Tidak mahu mengulangi keadaan terbaring di katil tanpa mampu berbuat apa-apa, kini Pn Rahmah nekad untuk memperbaiki gaya hidup dan terus mengamalkan pengambilan suplemen Eskayvie Phytax bagi menyokong kesihatan beliau. 
Sesungguhnya, nikmat boleh berjalan semula adalah satu kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan dan perlu disyukuri oleh setiap insan.Pn Rahmah yakin, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Berikhtiarlah sebelum terlambat dan jangan sesekali berputus asa. 


Bagi pesakit diabetes, banyak kajian yang dilakukan menunjukkan kesan positif kranberi yang terdapat di dalam Eskayvie Phytax telah secara langsung meningkatkan kepekaan insulin dan memperbaiki kawalan paras gula. Kesan positif lain termasuklah membantu kawalan tekanan darah, merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolestrol baik HDL, mengatasi stress oksidasi serta menurunkan bahan keradangan (C reactive protein, homocycteine dan cytokine) yang semuanya amat berfaedah bagi kesihatan sistem kardiovaskular.
Alhamdulillah, gembira bila baca perubahan yang dialami Puan Rahmah, nampak tersenyum riang. Sentiasa berfikiran positif dan berniat untuk kembali sihat seperti sediakala. 



Mana-mana ahli keluarga atau saudara atau kawang-kawan yang ada penyakit kencing manis ni bolehlah cuba beri mereka minuman kesihatan Eskayvie Phytax ni. Penggunaan yang kerap dapat hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga.
Berminat dengan Eskayvie Phytax boleh layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang. 
BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari www.phytax.com.my Untuk ketahui lebih lanut boleh layari Website: www.phytax.com.myWebsite: www.kawalkencingmanis.comFacebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia/Instgaram : https://instagram.com/eskayviemalaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2021/04/dari-terlantar-akibat-diabetes-kini-puan-rahmah-mampu-berjalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eskayvie Phytax Mampu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Eskayvie Phytax Mampu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 276 hits
Eskayvie Phytax Kawal Paras Gula Dalam Darah Salasilah keluarga saya memang penghidap penyakit kencing manis dari ayah hingga lah beberapa orang kakak yang turut menghidap penyakit kencing manis Ayah saya meninggal pun disebabkan penyakit 3...
Rawatan Alternatif Diabetes Dengan Eskayvie Phytax

Rawatan Alternatif Diabetes Dengan Eskayvie Phytax

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 278 hits
Hari semalam saya ada tengok satu video Bila tengok video itu kan tiba tiba saya rasa macam kebas kebas hujung jari kaki Seram tau Sebenarnya video itu tentang seorang pak cik yang ada penyakit diabetes Pak Cik Nasir namanya Dia cerita dari...
Eskayvie Penyelamat Kaki Puan Zaharah Dari Dipotong

Eskayvie Penyelamat Kaki Puan Zaharah Dari Dipotong

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 338 hits
Kencing manis antara penyakit yang popular di kalangan mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas Namun jangan terlalu selesa memandangkan gaya hidup masyarakat sudah terlalu berlebihan juga menjadi punca kenapa golongan muda juga mudah terke...
Seminggu Berlalu Kini Kembali Bekerja

Seminggu Berlalu Kini Kembali Bekerja

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 224 hits
Seminggu Berlalu Kini Kembali Bekerja Ikut hati rasa dah malas nak naik kerja Badan still tak fit lagi Disebabkan kerja hakiki masih lagi diperlukan jadi umi dengan rela hati jugak ke tempat kerja Seminggu lebih dah tak bekerja Last bekerja...
Pengganas Pun Terjejas Akibat Covid 19 Mereka Kini Tiada Sokongan Bukit Aman

Pengganas Pun Terjejas Akibat Covid 19 Mereka Kini Tiada Sokongan Bukit Aman

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 417 hits
Oleh GAMBAR KANAN Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman DCP Normah Ishak Siapa sangka golongan pengganas yang ditakuti kerana suka melakukan aktiviti keganasan juga terkesan dengan penularan COVID 19 Se...
Mengulik Sumber Penghasilan Para Pemain Catur Yang Kini Kembali Naik Daun Apa Saja

Mengulik Sumber Penghasilan Para Pemain Catur Yang Kini Kembali Naik Daun Apa Saja

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 255 hits
Mulai dari The Queen s Gambit sampai drama Dewa Kipas semuanya bikin catur jadi hits lagi
Kawal Gula Darah Dengan Eskayvie Phytax

Kawal Gula Darah Dengan Eskayvie Phytax

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 406 hits
Kawal Gula Darah Dengan Eskayvie Phytax Assalamualaikum apakhabar semua harap semua dalam keadaan sihat belaka Pejam celik rupanya Lisa dah dekat 10tahun amalkan kurangkan pengambilan gula Awalnya masa dulu sebab nak turunkan berat badan se...
The Good Detective Kembali Dengan Musim Kedua

The Good Detective Kembali Dengan Musim Kedua

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 304 hits
Drama JTBC The Good Detective akan kembali dengan musim kedua Pada 16 April sumber dari JTBC menyatakan telah disahkan bahawa musim kedua The Good Detective akan dihasilkan Penggambaran akan bermula pada Oktober ini dan Son Hyun Joo The pos...
Covid 19 Kes Harian Kembali Melonjak Pada Angka Lebih 2 000 Dengan 2 148 Kes Hari Ini

Covid 19 Kes Harian Kembali Melonjak Pada Angka Lebih 2 000 Dengan 2 148 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 237 hits
PUTRAJAYA Kes harian hari ini kembali melonjak pada angka melebihi 2 000 dengan 2 148 kes menjadikan jumlah kes positif Covid 19 kini mencecah 367 977 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah ters...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life