Pukul 4.05 petang kami berada di boarding gate. Orang tak begitu ramai, masih banyak tempat duduk kosong. Dari tempat duduk, kita boleh nampak pesawat tiba di luar sana. Nak masuk pesawat cuma perlu berjalan kaki sekejap je. Begitulah bila berada di lapangan terbang kecil - terasa semuanya lebih mudah dan lebih santai
Beginilah rupa pesawat Firefly ATR 72-500. Sambil berjalan kaki menuju ke pintu pesawat, sempatlah saya merakam foto di atas
Para penumpang masuk pesawat melalui pintu yang terletak di bahagian belakang. Cuma perlu melangkah lima anak tangga, rendah je kan
Beginilah keadaan dalam pesawat - kecil dan rendah bahagian atas kepala. Laluan tengahnya pun kecil je dengan susunan tempat duduk 2-2. Rasa macam naik bas pun ada 😄
Walaupun pesawat ini kecil tetapi mempunyai ruang bahagian kaki (legroom) yang selesa
Kedudukan saya 'bersebelahan' dengan kipas besar ni. Saya mula rasa sedikit seram (takut) bila kipas ni berpusing semakin laju - dari nampak bilah kipas sehingga tak nampak bilah dek kerana terlalu laju
Hidangan ringan diedarkan dengan cara krew kabin bawa bekas/bakul, bukan tolak troli. Tak muat kalau nak tolak troli di laluan kecil. Selain kacang dan biskut, diberi juga sebungkus kecil jajan Brice keluaran EcoBrown's - yang ini mungkin edaran pek promosi
Pesawat memasuki ruang udara Alor Setar, Kedah. Kipas tepi saya tu sebenarnya laju ya, tak nampak bentuk bilah kipas. Tapi hasil rakaman foto, nampak macam tak bergerak pulak kipas tu
Cantik sungguh pemandangan dari udara - Kedah Negeri Jelapang Padi. Kalau dapat tengok masa padi menguning, tentu lebih memukau
Masa nak keluar dari pesawat, baru saya perasan Preferred Seat berada di bahagian belakang pesawat
Turun dari pesawat, kami berjalan masuk ke bangunan lapangan terbang. Sempatlah saya memotret foto keseluruhan pesawat ATR 72-500 yang kami naiki|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |