Maizatul Buktikan Ada Anak Kecil Bukan Halangan Minat Mendaki


Maizatul buktikan ada anak kecil bukan halangan minat mendaki. Maizatul Hazra Yahaya, 39 tahun, bukan mahu dilihat sebagai ibu yang cuai atau mengambil ringan soal keselamatan, sebaliknya beliau hanya ingin menyemai minat terhadap aktiviti mendaki bersama anak tersayang, Nur Nayla Ardani Muhamad Arham.
Maizatul Buktikan Ada Anak Kecil Bukan Halangan Minat Mendaki Menurut Maizatul, yang juga seorang suri rumah sambilan serta pengusaha makanan sejuk beku di Gombak, Selangor, semua langkah keselamatan telah diteliti sebelum membawa Nayla, yang kini berusia tiga tahun, menyertai aktiviti mendaki.
“SEBELUM MEMBAWA NAYLA, SAYA PASTIKAN SEMUA ASPEK KESELAMATAN DIPERIKSA. SAYA TIDAK BERTINDAK SEMBARANGAN ATAU AMBIL MUDAH,” KATANYA YANG MERUPAKAN PEMINAT TEGAR AKTIVITI MENDAKI SEJAK DAHULU LAGI.
Sebelum kehadiran anak sulungnya itu, Maizatul sudah giat mendaki pelbagai gunung dalam dan luar negara. Bahkan semasa hamil, beliau masih aktif mendaki sehingga kandungannya mencecah tujuh bulan.

“Saya sering berbual dengan Nayla dalam kandungan, niat untuk mendaki bersamanya setelah dia lahir,” ujarnya.
Hasrat tersebut menjadi kenyataan apabila Nayla berusia tiga bulan. Ketika itu, Maizatul membawa bayi kecil itu mendaki Bukit Batu Puteh di Port Dickson. Sepanjang pendakian tersebut, Nayla tidur lena dalam ‘carrier’ tanpa sebarang masalah.
Maizatul, isteri kepada Muhamad Arham Mohd Anuar, menegaskan setiap pendakian bersama anak dilakukan dengan persiapan rapi. Ubat-ubatan dan keperluan anak diutamakan, malah beg dibawa hampir penuh hanya dengan barang-barang milik Nayla.
“SETAKAT INI, NAYLA TIDAK PERNAH MERAGAM. DIA MALAH KELIHATAN SERONOK, TENANG DAN SELESA DALAM KENDONGAN, SEOLAH-OLAH MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN,” JELASNYA.
Kini apabila Nayla sudah boleh bercakap, pendakian menjadi lebih meriah kerana dia suka bertanya dan memberi reaksi terhadap persekitaran.
Suaminya turut menyokong minat ini, meskipun atas kekangan kerja, tidak semua pendakian dapat dilakukan bersama. Ada kalanya, Maizatul mendaki bersendirian atau bersama rakan-rakan.

“Sekarang saya lebih bersemangat kerana ada teman kecil mendaki. Nayla kelihatan lasak dan sesuai dengan persekitaran hutan,” katanya, mengakui tetap ada rasa risau terutama mengenai kesihatan dan keselamatan anak.
Namun segala persiapan dilakukan dengan penuh teliti, dan Maizatul sentiasa bertawakal kepada Allah serta berdoa semasa setiap pendakian.
Sehingga kini, pelbagai puncak telah ditawan mereka berdua termasuk Gunung Kinabalu (Sabah), Gunung Kerinchi (Indonesia), Gunung Angsi (Negeri Sembilan), Gunung Karunai (Perak) dan Gunung Ulu Semangkok (Selangor).
Dalam memastikan dirinya sentiasa cergas, Maizatul turut mengamalkan rutin senaman harian selama dua jam yang merangkumi regangan dan latihan fizikal.
“MENGENDONG ANAK SEMASA AKTIVITI LUAR MEMBANTU MENGUATKAN OTOT. INI PENTING BAGI MENDAKI KERANA MEMERLUKAN KEKUATAN FIZIKAL YANG TINGGI,” KATANYA, SAMBIL MENAMBAH BAHAWA BELIAU TURUT MENJAGA PEMAKANAN DAN MENGAMALKAN DIET TINGGI PROTEIN.
Apa yang dilakukan Maizatul membuktikan bahawa ibu yang mempunyai anak kecil juga mampu meneruskan minat dan hobi, asalkan dilakukan dengan tanggungjawab dan persediaan yang teliti.

Namun, beliau mengingatkan bahawa setiap anak itu berbeza dari segi ketahanan dan kesesuaian. Oleh itu, ibu bapa perlu menilai kemampuan diri dan anak terlebih dahulu sebelum membawa mereka menyertai aktiviti seperti mendaki.
“Hobi ini memang menyeronokkan, tapi perlu dilakukan dengan penuh hati-hati seperti mana-mana aktiviti lasak lain,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Bayi Jadi Peneman Bapa Daki Gunung, Hana Langsung Tak Meragam, Menangis 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Maizatul Buktikan Ada Anak Kecil Bukan Halangan Minat Mendaki appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/maizatul-buktikan-ada-anak-kecil-bukan-halangan-minat-mendaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Wira Haiwan Kecil Didik Anak Menyayangi Makhluk Tuhan

Jadi Wira Haiwan Kecil Didik Anak Menyayangi Makhluk Tuhan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 110 hits
Hubungan antara manusia dan haiwan telah lama menjadi simbol kasih sayang empati dan keprihatinan Dalam dunia yang semakin moden dan sibuk penting untuk kita kembali kepada nilai nilai murni ini khususnya dalam membesarkan anak anak Menyaya...
Kecil Kecil Sudah Sakit Realiti Obesiti Anak Zaman Kini

Kecil Kecil Sudah Sakit Realiti Obesiti Anak Zaman Kini

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 112 hits
Dalam era serba moden ini perubahan gaya hidup yang drastik telah membawa kepada pelbagai implikasi kesihatan terutamanya dalam kalangan kanak kanak Salah satu isu yang semakin membimbangkan ialah obesiti kanak kanak satu masalah kesihatan ...
22 Tahun Anak Beranak Hang Kaya Raya Melayu Mana Hang Bagi Jadi Kaya

22 Tahun Anak Beranak Hang Kaya Raya Melayu Mana Hang Bagi Jadi Kaya

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 118 hits
Kenyataan macam ni bukan saja hina kebolehan orang Melayu tapi boleh cetuskan kebencian kaum lain Netizen baca artikel di bawah
Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 192 hits
Kadang kadang bukan mudah nak terima hakikat kita akan jadi ayah Macam yang dilalui oleh pelakon versatil Khir Rahman saat tahu isterinya mengandung anak sulung mereka dulu Bukannya tak gembira tapi rasa gemuruh dan takut tu lebih menguasai...
Sorok Kehamilan Anak Sulung Go Sunghee Didedahkan Sudah Berusia Setahun

Sorok Kehamilan Anak Sulung Go Sunghee Didedahkan Sudah Berusia Setahun

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 123 hits
Pelakon Go Sung hee kini bergelar seorang ibu Artikel Berkaitan Agensi pelakon itu MS Team Entertainment memberitahu media Go Sung hee telah melahirkan anak perempuan sulungnya tahun lalu dan baru baru ini menyambut ulang tahun pertama anak...
Kes Rebut Barang Selepas Cerai Roti Gardenia Dalam Resit Nafkah Anak Pun Jadi Isu Rita Rudaini

Kes Rebut Barang Selepas Cerai Roti Gardenia Dalam Resit Nafkah Anak Pun Jadi Isu Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 112 hits
Rebut barang selepas cerai bukan perkara asing di Mahkamah Syariah malah ada yang sanggup bertikam lidah kerana hal hal remeh Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalamannya melihat sendiri pelbagai kes pelik dan menyedihkan ketika berada di m...
Kalau Tak Nak Gigi Anak Rongak Ini Cara Elak

Kalau Tak Nak Gigi Anak Rongak Ini Cara Elak

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 144 hits
Penjagaan Gigi Anak Tanggungjawab Awal Demi Masa Depan yang Sihat Menjaga kesihatan mulut anak bukan sekadar rutin harian ia adalah langkah penting dalam membentuk tabiat hidup sihat sejak kecil Ramai ibu bapa masih keliru tentang waktu ses...
Betul Ke Bersalin Anak Kedua Lebih Cepat Mudah Ini Penjelasannya

Betul Ke Bersalin Anak Kedua Lebih Cepat Mudah Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 199 hits
Anak pertama lambat nak bersalin yang kedua pula lancar mudah dan cepat Betul ke Sememangnya proses melahirkan bayi akan menjadi lebih cepat serta mudah untuk kelahiran kedua dan seterusnya Malahan pada peringkat awal proses kelahiran akan ...
Jojo Si Anak Bulu Sudah Sunat

Jojo Si Anak Bulu Sudah Sunat

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 150 hits
Agak lama saya tak mencoret di blog dek semangat menulis yang hilang entah ke mana Bulan April menjadi bulan paling sedikit saya mencatat di blog Catatan terakhir bulan ini berkenaan Jojo si anak bulu yang sudah selamat dimandulkan Saya jug...
Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Kurma Muda

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi

Anak Minat Cakap Banyak Mungkin Dia Wartawan Hebat Masa Depan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Kopi Eksklusif Tarik Perhatian Pembeli Seawal Pandangan Pertama

Hello Me 2025

Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat