Dari Segi Moral Tok Mat Lebih Sesuai Jadi Tpm Kata Penganalisis Politik


agendaily.com30/11/2022
Dr Syed Agil Alsagoff berpendapat Datuk Seri Mohamad Hasan lebih layak diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri berbanding Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) jika diperhatikan dari sudut moral, berbanding presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kata penganalisis dan pemerhati politik

Ini kerana majoriti undi beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu di Parlimen Rembau meningkat sebanyak 15,533 undi, berbanding yang diperoleh penyandang terdahulu Khairy Jamaluddin, manakala Zahid pula menurun sebanyak 4,725 undi.

“Berdasarkan pencapaian peribadi kedua-dua tokoh ini, maka ramai berpendapat, dari sudut moral adalah lebih bagus untuk UMNO memilih Mohamad sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

“Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Mohamad juga menunjukkan prestasi gemilang mengemudi parti sebagai satu-satunya negeri mempertahankan dan merampas kerusi dimiliki oleh lawan UMNO walaupun di semua negeri lain kerusi UMNO merudum.

“Zahid menang dengan majoriti 348 undi di Parlimen Bagan Datuk berbanding majoriti 5,073 undi di kerusi sama dalam PRU-14,” kata Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media & Industri Kreatif, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff.

Beliau turut mengimbau kembali ketika PRU-14 apabila Barisan Nasional (BN) melalui UMNO hanya menang tiga kerusi di Negeri Sembilan, iaitu Parlimen Jelebu dengan majoriti 2,045 undi oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias; Parlimen Jempol dengan majoriti 1,631 undi (Datuk Salim Sharif) dan Parlimen Rembau dengan majoriti 4,364 undi (Khairy).

Namun, katanya pada PRU-15, ketiga-tiga kerusi ini dipertahankan oleh UMNO dengan majoriti undi lebih baik di mana Parlimen Jelebu dengan majoriti 8,125 undi (Jalaluddin), Parlimen Jempol (majoriti 5,857 undi – Datuk Shamshulkahar Mohd Deli) dan Parlimen Rembau (majoriti 19,897 undi Mohamad).

Malah, Dr Syed Agil berkata dalam PRU-15, UMNO merampas kerusi dimiliki lawan iaitu di Parlimen Kuala Pilah melalui Datuk Adnan Abu Hassan dan Parlimen Tampin melalui Datuk Mohd Isam Mohd. Isa.

“Menarik untuk diperhatikan, walaupun empat daripada lima calon UMNO tersebut adalah muka baharu, kesemuanya menang selesa tidak seperti di kerusi-kerusi di negeri- negeri lain yang muka-muka baharu diturunkan kecundang teruk.

“Oleh itu, pastilah Mohamad mempunyai kelebihan tertentu sehingga berjaya mengemudi UMNO Negeri Sembilan menunjukkan prestasi cemerlang dalam PRU-15 walaupun di negeri-negeri lain gelombang undi Melayu dikatakan menuju ke Perikatan Nasional,” katanya menurut Utusan.

Menurutnya kewibawaan Mohamad mengemudi UMNO negeri ini pastilah boleh dihubungkan dengan prestasi amat bagus yang beliau tunjukkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 25 Mac 2004 sehingga 9 Mei 2018.

Katanya dalam tempoh pentadbirannya, Negeri Sembilan mencatatkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat dan kesan positifnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Ekonomi negeri yang berasaskan pertanian berjaya ditukar kepada pembuatan melalui pengwujudan beberapa taman industri.

Selain itu, Dr Syed Agil berkata dalam konteks janji dan tuntutan pelbagai pihak supaya Kabinet kerajaan perpaduan dibarisi tokoh-tokoh yang tidak mempunyai apa-apa kes mahkamah, maka amat tepat sekali jika Mohamad dinamakan sebagai TPM mewakili BN, setidak-tidaknya sehingga Zahid dibebaskan daripada semua pertuduhan.

“Begitu juga latar belakang Mohamad yang teguh dalam bidang ekonomi, dengan pengalaman di Bank Negara Malaysia, Malayan Banking Berhad, Arab Malaysian Merchant Bank Berhad, Bank Bumiputra Malaysia Berhad, serta pendedahan korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad dan Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad, pastilah akan memberikan beliau aset besar untuk membantu memulihkan ekonomi negara,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/dari-segi-moral-tok-mat-lebih-sesuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Bakal Tpm Dan Khairy Will Return

Tok Mat Bakal Tpm Dan Khairy Will Return

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 155 hits
Kuala Lumpur Ahli Parlimen Rembau yang juga Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan antara yang disebut sebut bakal dilantik menjadi orang nombor dua negara Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa jawatan ...
Bincang Dulu Dengan Zahid Tok Mat Sebelum Umum Kabinet Kata Ahmad Maslan

Bincang Dulu Dengan Zahid Tok Mat Sebelum Umum Kabinet Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 186 hits
freemalaysiatoday com November 27 2022 1 37 PMSetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Umno tidak dipanggil berunding dalam pembentukan Kabinet ketika kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim diminta ...
Biar Pn Ph Tubuh Kerajaan Bn Jadi Pembangkang Kata Tok Mat

Biar Pn Ph Tubuh Kerajaan Bn Jadi Pembangkang Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 299 hits
TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hasan mencadangkan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan bergabung untuk membentuk kerajaan baharu kerana mereka gabungan yang mendapat banyak kerusi Katanya rakyat sudah menolak Barisan Nasional dan ia se
Parti Politik Mengelirukan Pengundi Hilang Sudah Moral Dan Nilai Perjuangan

Parti Politik Mengelirukan Pengundi Hilang Sudah Moral Dan Nilai Perjuangan

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 161 hits
agendailt com25 11 2022Kemesraan Rafizi Ramli dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Semasa berkempen bercakap lain tetapi selepas menang lain pula dibuatnya itu yang boleh diperkatakan terhadap sikap parti politik yang bertandi...
Calon Tpm Zahid Layak Ikut Hierarki Parti Kata Ahli Mkt Umno

Calon Tpm Zahid Layak Ikut Hierarki Parti Kata Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 203 hits
freemalaysiatoday com November 26 2022 12 30 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dicadang dilantik menjadi timbalan perdana menteri dalam pimpinan kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii PETA...
Selangor Bukan Negeri Selamat Ph Menjelang Prn Kata Penganalisis

Selangor Bukan Negeri Selamat Ph Menjelang Prn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 155 hits
Kerjasama BN PH dalam kerajaan perpaduan juga bakal memberi kesan terhadap pola pengundian menjelang pilihan raya negeri Selangor kelak menurut penganalisis PETALING JAYA Selangor tidak boleh lagi dianggap kubu selamat Pakatan Harapan yang ...
Jadi Pembangkang Keputusan Bijak Pn Kata Penganalisis

Jadi Pembangkang Keputusan Bijak Pn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 141 hits
freemalaysiatoday com November 26 2022 10 00 AMPerikatan Nasional berkata gabungan itu lebih cenderung menjadi pembangkang di Parlimen PETALING JAYA Perikatan Nasional membuat keputusan bijak dengan memilih menjadi pembangkang menentang Pak...
2 Tpm Dalam 25 Jemaah Menteri Anwar Kata Sumber

2 Tpm Dalam 25 Jemaah Menteri Anwar Kata Sumber

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 162 hits
bharian com myNovember 30 2022 5 34pmDua timbalan perdana menteri dijangka dilantik dalam senarai 25 ahli Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut sumber Foto NSTP Mohd Fadli HamzahPETALING JAYA Dua timbalan perdana menteri dijangka dilanti...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

Aktiviti Lawatan Ke Ahmad S Fried Chicken Ppim 21 04 2025

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025